Melihatkan kepada hidangan mi champa ni, rasanya pasti padu. Makan pula dengan hirup sup panas-panas, memang nikmat.
Tahukah anda, mi champa ini asalnya dari negara Kemboja? Haaa, menarik bukan. Tambahan pula orang kita suka dengan sup sedap dan aroma yang harum.
Jom kita cuba resipi istimewa daripada Tahrunnisah Jali ini. Bila makan boleh berpeluh satu badan dan meleleh air hidung.
MEE CHAMPA
BAHAN KUAH
1 ½ – 2 kg daging lembu berserta tulang untuk dibuat bone broth
3 liter air
4 biji bawang holland* | potong 4 – beli online di sini
3 biji bawang besar * | potong 4 – beli online di sini
2 inci lengkuas | dipotong nipis* hiris nipis – beli online di sini
1 ekor sotong kering sebesar tapak tangan* (kalau tak ada, tak kick la kuah sup ni, tapi kalau tak ada boleh abaikan)
1 ikat daun ketumbar
Daun bawang
2 batang kulit kayu manis* – beli online di sini
4 biji bunga lawang*- ½ cawan sos ikan – beli online di sini
Gula & garam
Perasa jika suka
Serbuk lada sulah atau serbuk lada hitam
3 kiub stok perisa daging
CARA-CARA:
1. Merebus tulang dan daging lembu ni memakan masa agak lama untuk mendapatkan bone broth. Bone broth ni bagus untuk kesihatan kita.
2.Caranya, didihkan air rebusan dulu. Masukkan daging dan tulang. Dalam 30 minit hingga 1 jam kemudian, buang air rebusan daging tadi berserta kotoran.
3.Kemudian, masukkan air dan tulang serta daging rebus kembali ke dalam periuk. Selepas 30 minit mendidih, lihat jika air rebusan ada buih-buih atau keruh, buang lagi airnya dan masukkan air yang baru sebanyak 3 liter dan masukkan tulang serta daging dan rebus lagi.
4. Kali ini, rebus sehingga daging empuk. Keluarkan daging dan rebus tulang sehingga 5 ke 6 jam.
6. Dalam rebusan tulang tersebut, masukkan bahan-bahan yang dibakar tadi. Kemudian, masukkan sos ikan, daun ketumbar, serbuk lada hitam/lada sulah dan kiub stok perisa daging, garam dan perisa serta daun bawang.
7. Rebuslah dengan api perlahan. Sebenarnya sup ni sangatlah sedap jika makan panas-panas.
8. Sewaktu ceduk kuah bubuh dalam mangkuk mi, kena guna tapis penapis supaya bawang-bawang dan segala rempah tak masuk dalam mangkuk. Jadi, dapatlah kuah yang bersih.
BAHAN SAMBAL LADA
4 biji lada merah (besar)*
20-30 biji cili api*
2 ulas bawang putih*
2 sudu besar cuka
sedikit garam
CARA-CARA:
Bahan-bahan bertanda (*) direbus sehingga layu. Kemudian toskan dan kisar sehingga hancur berserta dengan cuka dan garam. Siap.
MINYAK BAWANG PUTIH
3 labu bawang putih | dibersihkan & dipotong halus
1 cawan minyak jagung
CARA-CARA:
Panaskan minyak dan masukkan bawang putih goreng sehingga kekuningan dan tutup api.
HIDANGAN SAMPINGAN LAIN
Kuey teow / bihun / mi champa
Daun ketumbar / daun sup / daun bawang
Limau nipis
Hirisan daging
Minyak bawang putih
Lobak asin | dipotong halus
Sambal lada
Tauge
Kicap
Serbuk lada sulah / lada hitam
Gula (tambahan jika suka manis)
Sos ikan (jika perlu)
Kredit resipi: Tahrunnisah Jali
Dapatkan lebih banyak resipi yang mudah, sedap dan cepat dimasak di laman web Rasa:
Tonton lebih banyak video masakan mudah dan sedap di YouTube @Majalah Rasa Official: