Ikan masak pindang atau ada sesetengah tempat panggil singgang tumis. Resipi ringkas tapi rasanya cukup menyegarkan selera makan. Resipi daripada perkongsian Facebook Sue M Shaunki.

IKAN MASAK PINDANG

BAHAN-BAHAN

  • 4 – 5 ekor ikan kerisi ( bergantung dengan saiznya) – boleh juga guna ikan tenggiri,gelama,haruan, & ikan merah.
    > Kunyit Garamkan,kemudian goreng separa garing ya
  • 1 kiub ikan bilis maggi
  • 1/2 sudu teh lada hitam – boleh tambah
  • 1/2 sudu teh serbuk kunyit ( untuk kuah)
  • 1 tangkai cili besar – belah dua
  • 1 biji tomato – belah 4.
  • 2 keping asam gelugor atau setengah cawan air asam jawa. ( agak-agak je)
  • 3 cawan air atau lebih jika nak berkuah lebih.
  • 3 sudu minyak untuk menumis
  • Garam & gula ikut sedap mulut ya

 

 

 

Alhamdulillah,
Rezeki suami beli ikan kerisi yang agak besar, cuci bersih-bersih & garam kunyitkan siap-siap.
Ikannya besar jadi saya potong dua untuk mengelakkan kesesakan lalu lintas dalam periuk

 

BAHAN TUMIS:

  • 5 biji bawang merah – belah 4
  • 2 inci halia – hiris boleh ketuk pon boleh
  • 6 ulas bawang putih**
  • 2 batang serai **
  • 10 biji cili padi ** – boleh tambah kalau suka

(**) – ketuk – ketuk je.

IKLAN

 

CARA MEMASAK:

1. Goreng ikan kerisi separa garing ( jgn garing sangat,hilang manisnya nanti),angkat dan toskan.

TIP SUPAYA IKAN TIDAK MELEKAT

  1. Tabur garam dalam minyak sebelum masuk ikan.
  2. Pastikan minyak betul-betul panas sebelum masukkan ikan, kalih ikan selepas 2-3 minit.
  3. Tips ibu mertua saya, masukkan asam keping sebelum masuk ikan.
    (Boleh cuba salah satu, saya dah cuba semua)

2. Pecah- pecahkan cili padi kampung yang pedas ini.

3. Tumiskan halia, bawang merah, bawang putih, cili padi dan serai dengan 3 sudu minyak.

4. Bila semua bahan tadi dah mula layu, masukkan air.

TIP ELAK BERKECAH:

  1. Kalau tidak mahu dapur berkecah sebab percikan air, Tuang air itu atas senduk seperti dalam gambar. InsyaAllah tidak ada percikan air berlaku

5. Masukkan serbuk kunyit,asam keping dan lada hitam . Biarkan kuah mendidih.

NOTA KAKI: asam keping tu basuh dulu ya

6. Mendidih kuah itu masukkan ikan kerisi goreng, bahan perasa  (garam dan gula ) berserta kiub ikan bilis. Jangan lupa dengan masukkan cili besar dan tomato sekali
Sukatan garam gula ikut citarasa masing-masing. Biarkan mendidih semula dalam lima minit. Siap! Hidangkan dengan nasi panas.

INFO:

  • Kalau tidak suka masam sangat kurangkan asam keping, keluarkan asam bila dah masak.
  • Tujuan ikan digoreng dulu, supaya isi ikan tak hancur walau panas semula nanti. Boleh juga tidak mahu goreng.
  • Untuk yang berpantang, bukan semua ikan boleh makan, lebihkan halia dan lada hitam. Bawang putih buat ulam.
  • Kurangkan cili padi jika tidak boleh makan pedas.

KREDIT RESIPI & GAMBAR: Sue M Shauhki

Jika anda sedang mencari BARANGAN SEGAR, boleh klik DISINI.

Kari Tulang Bersama Rebung, Lauk Sedap Tak Terkata

Resipi Daging Goreng Petai, Lauk Yang Membuka Selera