Tiba-tiba teringin nak menikmati lauk kenduri ni. Masak untuk menu tengah hari memang menambah selera. Aroma tumisan rempah ratus ketika memasak buat anda tak sabar nak menikmatinya.
KURMA AYAM TUMIS DARAT
Ads
Bahan-Bahan:
1 kg ayam
4 sudu besar rempah kurma ayam
rempah tumis (kulit kayu manis, buah pelaga, bunga lawang)
2 cawan santan pekat
2 biji tomato (dipotong 4)
2 biji kentang
1 biji lobak merah (didadu besar)
2 labu bawang besar potong 4
Sedikit daun bawang dan daun sup
sedikir air asam jawa
Bahan untuk dikisar:
5 ulas bawang putih*
5 ulas bawan merah*
2 cm halia*
3 sudu kelapa parut*
Ads
Cara memasak:
1.Panaskan minyak
2.Masukkan bahan kisar, rempah tumis dan rempah kurma ayam, kacau sehingga pecah minyak
3.Masukkan ayam kacau sebati dan biar masak seketika
4.Masukkan kentang dan lobak merah serta sedikit asam jawa
5.Apabila kentang & lobak merah sudah empuk, masukan santan
6.Kacau sebati dan biarkan mendidih
7.Sesuaikan rasa dengan garam dan gula
8.Masukkan tomato dan daun sup serta daun bawang
9.Tutup api
10.Masukkan bahan tumisan darat.
10.Sedia untuk dihidangkan.
Cara tumis darat
1.Panaskan minyak.
2.Tumis hirisan bawang putih dan bawang merah, cili kering dan daun kari
3.Setelah garing masukkan semuanya ke dalam periuk kurma tadi dan cepat-cepat tutup tudung periuk agar aroma tumisan tadi tidak keluar.
Ayam bakar ini memang mudah untuk disediakan asalkan cukup bahan di dapur. Masak sendiri sebenarnya lebih puas hati, apatah lagi jika lihat anak-anak makan dengan penuh selera. Bagi anda yang mahu mencuba hidangan ini, boleh cuba resipi perkongsian oleh Fazilawati Binti Padzil ini. Nak makan dengan nasi boleh, pasta pun boleh.
RESIPI AYAM BAKAR SEDAP
BAHAN-BAHAN:
12 ketul ayam
2 sudu besar cili kisar
5 sudu besar sos cili kimball
1 sudu besar sos tomato
1 sudu besar sos tiram
1/2 sudu besar serbuk perasa hilal / yg sediaada
1 1/2 sudu besar gula
1 sudu kecil garam
2 ulas bawang putih tumbuk kasar
BAHAN DIKISAR KASAR
1 sudu besar biji ketumbar
1 sudu besar lada hitam
CARA PENYEDIAAN:
1. Gaulkan semua bahan dan serap semalaman.
2. Bakar pada suhu 180°c – 200°c selama 40 minit.
3. Untuk oven saya, saya gunakan api atas bawah 30 minit dan 10 minit atas sahaja. Siap!
Jika anda mencari AIR FRYER yang murah dan berkualiti, boleh cari DISINI.
Semasa sahur, hidangan yang panas dan cepat masak antara yang paling digemari dan membuka selera. Tidak perlu lauk pauk yang mewah. Cukup sekadar sajian ringkas untuk mengalas perut supaya kekal bertenaga sepanjang hari ketika berpuasa.
Tauhu merupakan sumber protein yang sedap dan terbaik yang boleh diambil semasa bulan Ramadan ini. Selain harganya yang murah, ia juga boleh dipelbagaikan bagi menghasilkan hidangan sihat untuk keluarga tercinta.
Hidangan Nasi Bersama Daging Tauhu Campbell’s ini antara sajian yang boleh anda sediakan sebagai menu sahur untuk keluarga. Mudah, enak dan mengenyangkan. Pasti suami dan anak-anak anda sukakan rasanya. Selamat mencuba.
RESIPI NASI BERSAMA DAGING TAUHU CAMPBELL’S
Masa Penyediaan: 10 minit
Masa Memasak: 15 minit
Hidangan: 4 orang
BAHAN-BAHAN:
300gm sup pekat Krim Ayam Campbell’s – dicampur dengan 4 sudu besar air
Minyak masak
1 labu (kecil) bawang besar merah – dicincang
350gm daging lembu – dicincang
100gm lobak merah – dicincang
2 sudu besar Sos berperisa Tiram Kimball
200gm tauhu lembut
4 cawan nasi yang telah dimasak
Lada hitam
CARA MEMASAK:
Panaskan minyak di dalam periuk dan tumis bawang sehingga wangi. Masukkan daging cincang dan masak selama 3 – 4 minit.
Tambah sup pekat Krim Ayam Campbell’s dan lobak merah. Biarkan mendidih selama 6 – 7 minit.
Perasakan dengan sos berperisa Tiram Kimball dan lada hitam. Masukkan tauhu dan masak selama 2 minit. Hidangkan bersama nasi panas.
Tip: Daging lembu cincang boleh digantikan dengan daging kambing cincang atau ayam cincang.
Nak makan kuetiau tapi malas nak keluar? Jom belajar cara buat kuetiau homemade yang mudah, bersih dan jimat. Resipi lengkap Kak Yong Ima Shida, confirm jadi!