Bulan puasa selera pun lain macam juga. Sedap kalau dapat makan nasi ulam. Memang berkhasiat kerana segala jenis daun daun herba digaul bersama untuk menghasilkan nasi ulam. Dapat pula makan dengan sayur keladi memang padu rasa.
Untuk yang mengidam nasi ulam ni kenalah rajin sikit untuk dapatkan daun daun herba ini. Buat sendiri lagi puas makan.
Nasi Ulam Bukit Gasing
(Utk 3-4 orang makan)
Bahan-bahan:
Daun Kemangi
Daun Kaduk
Daun Kunyit
Daun Selum
Daun Pegaga
2 batang serai
Pucuk Gajus
Ulam Raja
5 ulas bawang merah
Bunga kantan (1 batang)
4 biji cili siam (hijau)
2 biji cili merah besar
*semua bahan di atas dipotong halus
*jumlah ulam dan jenis ulam yang hendak digunakan terpulang kepada cita rasa masing-masing.
2 sudu kerisik
1 sudu makan serbuk lada hitam
Garam secukup rasa
3 ekor isi ikan yang dibakar dan ditumbuk (letak garam, jenis ikan terpulang ikut kesukaan)
3 sudu makan udang kering (disangai dan ditumbuk)
4 sudu makan ikan bilis (disangai dan ditumbuk)
3 biji limau kasturi / 1 biji limau nipis
Cara membuat:
Gaul semua bahan dan perah limau.
Nasi Bunga Telang
5 cawan nasi yang dimasak bersama bunga Telang
Gaul semua bahan ulam dan isi ikan bersama nasi bunga Telang.
Hidang bersama lauk sama ada Ikan Bakar, Gulai Lemak Ikan Masin, Telur Asin dan sebagainya.
Kredit: Rosli Mohd Nordin