Berubah Rasa Di Aidil Adha Dengan 4 Menu Ayam Autentik Yang Sedap Ni.

Share

Ayam antara juadah paling senang diolah dengan pelbagai mudah mudah dan sedap. Sebab tulah ramai orang tak pernah bosan dengan hidangan menu ayam, Apa kata di Aidil Adha ni korang cuba empat menu ayam cita rasa oramg dulu-dulu tapi sangat sedap dan sesuai dihidangkan di Aidil Adha bersama ketupat, nasi mahu pun lemang.



.
RENDANG AYAM KAMPUNG BERSAMA KACANG PANJANG

BAHAN-BAHAN:

  • 1 ekor ayam | potong kecil, cuci dan tos
  • 300gm kacang panjang | potong 3cm
  • 1 liter santan/500ml santan kotak
  • 1 keping asam gelugor
  • 2 helai daun kunyit | dimayang halus
  • 5 helai daun limau purut | carik-carik
  • 5 batang serai | titik
  • 3 sudu makan kerisik
  • 4 sudu makan cili kisar
  • 2 sudu makan Gula Melaka
  • Garam secukup rasa
  • 5 sudu makan minyak masak | untuk menunis

BAHAN KISAR:
15 ulas bawang merah

  • 6 ulas bawang putih
  • 5 biji buah keran | hiris
  • 3cm halia 1/2 inci lengkuas
  • 3cmkunyit hidup | hiris
  • 30 biji cili padi kampung | buang tangkai
  • 6 batang serai, |hiris
  • BAHAN TUMIS:
  • 3 ulas bawang merah | hiris
  • 3 ulas bawang putih | hiris
  • 1 batang kayu manis
  • 2 kuntum bunga lawang
  • 6 biji buag pelaga
  • 6 kuntum bunga cengkih

CARA MEMASAK:

  1. Panaskan minyak dalam kuali , masukkan bahan-bahan tumis bersama serai, tumis hingga wangi.
  2. Tambahkan cili kisar hingga cili garing baru masukkan bahan kisar.
  3. Kacau rata dan tumis hingga pecah minyak atas api sederhana. Sentiasa kacau.
  4. Masukkan ayam, kacau rata dan biarkan ayam kecut dan keluar airnya.
  5. Apabila kuah kering, masukkan santan. Kacau dan biarkan mendidih hingga empuk.
  6. Masukkan asam gelugor, kacang panjang, garam dan Gula Melaka, terus kacau.
  7. Apabila kuah pekat masukkan kerisik dan daun limau purut.
  8. Terus kacau hingga timbul minyak.
  9. Setelah cukup rasa taburkan daun kunyit, kacau seketika dan tutup api.
  10. Rendang sedia dihidangkan.


.PAIS AYAM TEMASIK
BAHAN-BAHAN:

  • 1 kg ayam | potong sederhana
  • 1 helai daun kunyit | hiris halus
  • 2 helai daun limau purut | disiat-siat
  • 2 cawan santan
  • 2 sudu makan Gula Melaka
  • 1 sudu makan pes asam jawa + 1/2 cawan air
  • 1 kiub pati ayam | hancurkan
  • Garam secukup rasa
  • Daun pisang secukupnya
  • 3 sudu makan minyak masak

BAHAN KISAR:

  • 3-4 sudu makan cili kisar | pedas ikut cita rasa
  • 1 biji bawang besar
  • 5 ulas bawang merah
  • 4 ulas bawang putih
  • 6 biji buah keras
  • 3 batang serai| hiris
  • Beberapa biji cili padi | jika mahu lebih pedas
  • 1 sudu makan serbuk ketumbar
  • 1 sudu teh serbuk jintan manis

CARA MEMASAK:

  1. Panaskan minyak dalam kuali, tumiskan bahan kisar hingga garing dan terbit minyak.
  2. Masukkan daun limau purut, pes Asam Jawa, Gula Melaka dan santan.
  3. Biarkan mereneh seketika, baru masukkan ayam dan gaul rata.
  4. Tambahkan garam dan kiub pati ayam, masak hingga pekat dan hampir kering.
  5. Tutup api.
  6. Sediakan daun pisang, letakkan ayam tadi di atasnya dan taburkan dengan hirisan daun kunyit.
  7. Bungkus dan kemaskan dengan lidi sate,
  8. Bakar dalam ketuhar selama 15-20 minit dengan api 200C atau hingga sedikit keperangan.
  9. Setelah siap, sedia dihidangkan dengan nasi putih.


.PECAL AYAM
BAHAN-BAHAN:
1 kg ayam bahagian dada | potong sederhana
3 cm halia | kisar
2 ulas bawang putih | kisar
1 sudu teh garam
3 helai daun cekur | mayang halus
2 biji limau kasturi | perah & ambil jusnya
1 1/2 cawan santan
Garam dan gula secukup rasa

BAHAN KISAR:
5 ulas bawang merah
3cm isi cekur
Sedikit belacan | bakar
10-15 biji cili padi

CARA MEMASAK:

  1. Ayam dilumur dengan halia dan bawang putih yang dikisar halus serta satu sudu teh garam. Gaul rata dan perap 30 minit.
  2. Kemudian panggang ayam hingga masak (lebih kurang 20 minit untuk setiap bahagian).
  3. Setelah masak, susun dalam pinggang hidangan, kemudian ke tepikan.
  4. Sediakan bahan kuah atau sosnya. Dalam periuk satukan santan dan bahan kisar.
  5. Kacau rata dan masa atas api kecil hingga masak, perasakan dengan garam dan gula secukup rasa serta jus limau Kasturi dan separuh dari hirisan daun cekur.
  6. Kacau rata dan tutup api.
  7. Tuang kuah di atas ayam bakar tadi.
  8. Pecal ayam sedia dihidangkan.


.SUP BEREMPAH AYAM KAMPUNG RAMPAI KELEDEK
BAHAN-BAHAN:

  • 1 ekor ayam kampung | potong kecil dan bersihkan
  • 3 biji keledek | buang kulit dan potong dadu
  • 8-10 biji cili padi | titik
  • 1 sudu makan rempah sup
  • 1/2 sudu makan rempah kurma
  • 1 sudu teh serbuk lada sulah
  • 1/2 sudu teh serbuk lada hitam
  • 1 biji limau nipis | ambil jus sahaja
  • 1 kiub pati ayam
  • Garam secukup rasa
  • 2 sudu makan minyak masak

BAHAN TUMIS:

  • 2 batang serai | titik
  • 6 ulas bawang merah | hiris
  • 3cm kulit kayu manis
  • 2 kuntum bunga lawang
  • 5 biji buah pelaga
  • 5 kuntum bunga cengkeh

BAHAN KISAR:

  • 1 biji bawang besar
  • 5 ulas bawang putih
  • 3cm halia | hiris
  • 2cm lengkuas

BAHAN TAMBAHAN:

  • Hirisan daun sup
  • Hirisan daun bawang
  • Bawang goreng
  • Sambal kicap

CARA MEMASAK:

  1. Rebus ayam kampung bersama sedikit garam dan beberapa hirisan halia.
  2. Setelah empuk, ketepikan.
  3. Panaskan sedikit minyak, tumis bahan hingga wangi dan garing.
  4. Kemudian masukkan bahan kisar, kacau rata atas api sederhana.
  5. Setelah pecah minyak, masukkan campuran rempah sup dan kurma yang dibancuh dengan sedikit air.
  6. Kacau lagi, setelah wangi masukkan rebusan ayam tadi bersama keledek yang telah didadu serta cili titik tadi.
  7. Tambah sedikit air jika perlu, biarkan mereneh.
  8. Perasakan dengan garam, pati ayam, jus limau nipis secukup rasa.
  9. Setelah isi ayam dan keledeh empuk, tutup api.
  10. Masukkan sup dalam mangkuk, dan tambah aroma dengan hirisan daun bawang, sup dan serta bawang goreng.
  11. Sup Ayam Kampung sedia dihidangkan bersama sambal kicap.
Published by
Norasida Myasin