Bestari Laksana Acara Kemuncak Sempena Ulang Tahun MIDAS Ke-20

Share

Bestari Food Malaysia dengan kerjasama Adabi Consumer Industries Sdn. Bhd. berjaya melaksanakan acara Pertandingan Memasak Midas 20 tahun di Pasar Raya Midas Mart Pandan, di sini kelmarin.

Penganjuran pertandingan itu merupakan acara kemuncak sempena ulang tahun Midas Mart ke-20 yang telah pun bermula pada 1 November lalu dan berakhir pada 4 Disember ini.

10 kumpulan layak dan terpilih ke pertandingan masakan ini, adalah merupakan pelanggan yang membeli barangan keperluan di Midas Mart.

Setiap peserta atau kumpulan, perlu menyiapkan dua jenis masakan utama serta satu masakan pencuci mulut berasaskan produk Bestari dan Adabi menggunakan bahan-bahan mentah yang telah disediakan oleh pihak Midas Mart.

Pasangan adik beradik, Ruksanna Begum Hassan, 42, dan Rukzanora, 40, berjaya dinobatkan sebagai juara Pertandingan Memasak Midas 20 tahun yang membawa pulang hadiah voucher tunai RM1,000 beserta hamper tajaan Bestari dan Adabi.

Ruksanna berkata, dia dan adiknya mengambil masa lima minit untuk mencari idea masakan setelah meninjau bahan mentah serta produk yang disedikan pihak penganjur.

Nasi Berempah Bestari, Sotong Kari Bestari, Udang Sambal Tumis Adabi serta Puding Kastart Bestari yang disediakan Ruksanna dan adiknya, berjaya menambat hati juri.

Sementara itu, pemenang tempat kedua membawa pulang voucher tunai RM500 serta hamper, dirangkul pasukan kedua yang dibarisi Norhashimah Hassim dan Nurul Huda.

Tempat ketiga pula dimenangi pasang adik beradik, Noraini Matron dan Junidah, manakala tujuh peserta kumpulan lain membawa pulang hadiah saguhati berupa voucher tunai RM50 serta hamper.

Published by
Ibnatie -Aziza Mat Roff