Sebut saja menu seafood atau makanan laut, tidak kira di pelusuk dunia mana, pasti ramai yang menyukainya dan dimasak dengan cara dan tradisi bangsa, budaya sesebuah negara itu. Namun tidak salah jika kita menyukai menu masakan negara lain dan mengolahnya mengikut kesesuaian selera sendiri atau tempatan.

Bestnya Chef  Faizal Dari SDCC Kongsi 5 Menu Seafood Mudah & Sedap.
Untuk itu, Chef Mohd Faizal dari Sime Darby Convention Centre, SDCC, berkongsi enam menu olahan seafood beberapa negara jiran dan barat yang disesuaikan dengan selera kita orang Malaysia.

Bestnya Chef  Faizal Dari SDCC Kongsi 5 Menu Seafood Mudah & Sedap.
KARI PEKAT UDANG GALAH
BAHAN-BAHAN:

  • 500gm udang galah
  • 5 sudu makan serbuk kari |bancuh dengan sedikit air
  • 1 sudu teh halba
  • 3 sudu makan pes cili kisar
  • 3 biji kentang
  • 1 cawan susu cair
  • 1/2cawan yogurt
  • 1 tangkai daun kari |lurut dari tangkai

BAHAN KISAR:

Ads
  • 5 ulas bawang merah
  • 3 ulas bawang putih
  • 2.5cm halia
  • Garam dan gula secukup rasa
  • 4 sudu makan minyak masak

CARA MEMASAK:

  1. Panaskan minyak, tumis halba dan daun kari hingga naik bau.
  2. Masukkan bahan kisar, kacau rata.
  3. Apabila agak kering masukkan pes cili kisar, tumis hingga pecah minyak.
  4. Kemudian masukkan pes kari yang telah dibancuh dengan air tadi.
  5. Masukkan air asam jawa, kacau hingga pecah minyak, kemudian masukkan kentang.
  6. Apabila kentang empuk, masukkan santan, biarkan mendidih.
  7. Akhir sekali masukkan udang dan perasakan dengan garam dan gula secukup rasa.
  8. Udang sedia dihidangkan.

Bestnya Chef  Faizal Dari SDCC Kongsi 5 Menu Seafood Mudah & Sedap.
LALA MASAK SAMBAL HIJAU
BAHAN-BAHAN:

  • 500gm lala |bersih dan toskan
  • 1 biji bawang Holland

BAHAN KISAR KASAR:

  • 1 biji bawang besar
  • 3 ulas bawang merah
  • 3 ulas bawang putih
  • 5 biji cili hijau
  • 15 biji cili padi
  • 1/2 inci kunyit hidup
  • Sedikit belacan
  • Garam dan gula secukup rasa
  • 4 sudu makan minyak masak

CARA MEMASAK:

  1. Panaskan minyak dalam kuali, tumiskan bahan kisar hingga pecah minyak.
  2. Masukkan air asam jawa, kacau lagi dan perasakan dengan garam dan gula secukup rasa.
  3. Masukkan hirisan bawang Holland, setelah bawang layu masukkan lala.
  4. Kacau rata rata 3-4 minit atau hingga cengkerang lala bertukar warna.
  5. Tutup api dan Sambal Hijau Lala sedia dihidangkan.

Bestnya Chef  Faizal Dari SDCC Kongsi 5 Menu Seafood Mudah & Sedap.
KUPANG MASAK TOMATO BERKEJU
BAHAN-BAHAN:

Ads
  • 1kg kupang | bersih dan tos
  • 80gm bawang merah | hiris
  • 50gm bawang putih | dihiris
  • 200gm batang saderi |hiris
  • 200gm lobak merah | potong dadu
  • 500gm sos tomato pronto
  • 1 biji lemon
  • 30gm minyak zaitun
  • 20gm keju parmesan
  • 5gm daun parsli Inggris
  • 100 gm buah zaitun hitam
  • 10gm jeruk kaper
  • Garam secukup rasa

CARA MEMASAK:
1. Bakar bawang putih dalam ketuhr dengan suhu 150 C sehingga garing dan lembut.
2. Panaskan minyak zaitun dalam kuali, tumis bawang merah, saderi dan lobak merah.
3. Kemudian masuk bawang putih yang dibakar tadi.
4. Tambahkan ke dalamnya sos tomato pronto dan kacau selama 5 minit.
5. Perasakan dengan garam dengan lada hitam secukupnya.
6. Masukkan kupang, gaul rata hingga kupang terbuka sepenuhnya.
7. Perahkan lemon di dalamnya, kemudian masukkan buah zaitun, sayur kaper dan taburkan keju parmesan di atasnya.
8. Tutup api, kupang sedia dihidangkan.


Bestnya Chef  Faizal Dari SDCC Kongsi 5 Menu Seafood Mudah & Sedap.
SALAD KULIT TEMBIKAI BERSAMA SOTONG

BAHAN-BAHAN:

  • 500gm sotong | bersihkan dan tos
  • 200gm kulit putih bahagian dalam kulit tembikai
  • 1 biji bawang holland | hiris
  • 5 biji cili padi | hiris
  • 1 biji lemon | ambil jus
  • 1 sudu makan minyak zaitun
  • Sedikit belacan | hancurkan
  • Garam dan gula secukup rasa

CARA MEMASAK:

Ads
  1. Sotong dihiris, kemudian celur sekejap dan toskan airnya.
  2. Kulit tembikai dihiris halus memanjang.
  3. Kisar kasar cili padi dengan belacan, sedikit garam dan gula hingga sebati.
  4. Masukkan kulit tembikai, sotong dan hirisan bawang besar ke dalam mangkuk.
  5. Tambahkan minyak zaitun, bahan bumbu yang dikisar tadi ke dalamnya.
  6. Perahkan jus lemon, gaul hingga rata dan cukup rasa.
  7. Setelah cukup rasa, salad sedia dihidangkan.

Bestnya Chef  Faizal Dari SDCC Kongsi 5 Menu Seafood Mudah & Sedap.
KERABU KERANG DENGAN PERIA
BAHAN-BAHAN:

  • 1 kg kerang | bersihkan dan rebus seketika
  • 5 biji peria katak | hiris nipis
  • 1 sudu makan kerisik
  • 1/2 cawan santan pekat
  • 1 biji lemon| ambil jus sahaja
  • 2 biji bawang Holland | hiris
  • Garam dan gula secukup rasa

BAHAN KISAR:

  • 10 biji cili padi
  • 3 biji cili merah
  • Sedikit belacan

CARA MEMASAK:

  1. Kopek kerang kemudian tos dan ketepikan.
  2. Celur peria sekejap dalam air panas.
  3. Masukkan peria dalam mangkuk bersama kerang, santan, kerisik, bahan kisar.
  4. Gaul rata dan perasakan dengan garam, gula dan jus perahan limau Kasturi.
  5. Kerabu sedia dihidangkan.
Tak tahu nak masak apa? Lubuk resipi RASA kini di SEENI, tak perlu susah lagi.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI