Kalau follow Instagram pasangan selebriti sama cantik sama padan ni, mesti akan tersenyum je. Sweet sangat. Sejak selamat diijabkabulkan pada 27 November yang lalu, segenap cerita mengenai Fattah Amin dan Fazura ini memang dinanti-nantikan oleh para peminat. Malah ketika ditemubual media, Fazura mengakui beliau adalah wanita paling bahagia ketika ini kerana mengahwini lelaki seperti Fattah Amin. Wow!!!! Bersemut lagi uols!
Bagi yang baru nak mengenali selebriti cantik ini, berikut adalah 3 fakta mengenai Fazura yang anda perlu tahu.
3 FAKTA PERLU TAHU MENGENAI
FAZURA
TAK MAKAN PEDAS
TAK MINUM MINUMAN SEJUK
SANGAT PEMBERSIH. DALAM BEG MESTI ADA TISU BASAH ( WET WIPES)
Tudia…Patutlah cantik dan sentiasa nampak menarik. Tapi menerusi satu rakaman temubual bersama Hot fm, Fazura ada cakap yang beliau sekarang dah slowly belajar makan pedas. Wahhhh! Encik suami suka makan pedas ke tu? Jika betul, baguslah. Sanggup ikut selera cik abang tercinta.
Semasa di Indonesia tempoh hari pun, kedua-dua selebriti ni dilihat mencuba Nasi Goreng Gila. Bagi yang tak tahu, Nasi Goreng Gila ni adalah salah satu hidangan tersohor di Jakarta. Pendek kata memang terkenal dengan kesedapan dan juga kepedasannya. Ha…bagi yang nak kesana, bolehlah cuba nanti.
Pada masa yang sama, Fazura juga kena la belajar macam-macam sebab Fattah Amin kan ada sebuah kafe di Kota Damansara yang diberi nama Stalkers Cafe. Dekat sini, ada macam-macam menu best yang boleh anda cuba. Antara yang di ‘review’ best oleh para pelanggan ialah Chicken Chop, Lamb Chop, God Father Sandwich, Salmon Carbonara dan banyak lagi. Satu lagi menu wajib cuba ialah Nasi Lemak istimewa hasil air tangan ibu Fattah sendiri. Wah…menarik tu!
Meh kita layan gambar menu-menu best di Stalkers Cafe.
Inginkan suasana santai dengan hidangan yang cukup enak dan menyelerakan sambil berbual dengan yang tersayang atau teman-teman. Mardhiyyah Hotel & Suites teruja memperkenalkan pilihan hidangan gourmet pelbagai rasa di Borak Borak Café & Lounge yang terletak di hotel berkenaan.
Nikmati menu A la Carte yang dihias cantik dengan rasa yang pastinya tidak mengecewakan. Terdapat lebih daripada sepuluh hidangan yang setiap satunya menjanjikan citarasa yang berbeza. Pilih sahaja hidangan kegemaran anda seperti Seafood Cartocchio, Pizza Daging Salai, Pasta Capellini Prawn Mushroom, Pasta Spaghetti Seafood Aglio Olio, Ayam Cajun Bakar, Burger Daging, Piza Tuna Pedas, Mentaiko Prawn Aburi dan banyak lagi. Harga yang ditawarkan untuk hidangan ala carte di sini bermula dari RM 34.00.
Antara hidangan Ala carte yang ada di Borak Borak Cafe & Lounge
Selain hidangan ala carte, bagi yang ingin menikmati set hi-tea yang juga cukup menarik untuk dinikmati. Dihidang cantik di atas set bertingkat, menjadikannya hidangan ini sesuai untuk berkongsi dan mencipta detik yang tidak dapat dilupakan. Jadikan momen itu sebagai peluang untuk diraikan bersama yang tersayang.
Hidangan set Hi-Tea tersebut membawakan Tuna Vol-Au-Vant, Mushroom Risotto, Prawn Croquettes, Zaatar Chicken, Fatush Salad dan Club Sandwich. Promosi bermula jam 2.30 petang hingga 6.00 petang setiap hari, pada harga RM 100.00 bersih untuk 2 orang. Akan mula dihidangkan kepada tetamu bermula 1 November hingga 31 Disember 2023, bagi yang ingin merasai sendiri keenakan hidangan di sini boleh terus menghubungi pihak Mardhiyyah Hotel & Suites.
Borak Borak Café & Lounge adalah tempat yang sesuai untuk meluangkan masa bersama rakan-rakan, keluarga atau perjumpaan bersama klien dengan konsep tenang dan santai sambil menikmati aneka hidangan dan minuman sesuai dengan suasana hotel bertaraf 5 bintang.
Eh, tetiba berkeroncong pulak perut ni. Nak makan apa ya..? Hah, kalau malam begini sedap kalau dapat makan char kuey tiew kan. Goreng panas-panas campur udang segar memang ‘terangkat’ kan.
Jika anda teringin nak makan char kuey tiaw goreng Pulau Pinang asli, Haq Char Kuey Tiaw pasti memenuhi keinginan selera anda.
Terletak di kawasan flat perumahan blok 3, seksyen 16, Shah Alam, warung yang berhadapan dengan jalan utama di seberang Masjid Jamek Raja Tun Uda ini menjadi tarikan baru pelanggan yang gemarkan kesedapan asli char kuey tiaw ‘ori’ dari Pulau Pinang.
Kuey tiaw dilambung dalam kuali lagak gaya ‘chef pro’ oleh pemiliknya Nashrul Haq Ahmad Muner. Peniaga muda ini menuntut sendiri ilmu dan resipi asli juadah ini di Pulau Pinang dari saudaranya yang arif memasak menu popular ini.
Nak tahu apa yang menyebabkan Haq Char Kuey Tiaw begitu digemari, sudah pastilah udang segar bersaiz besar dan telur goreng yang ‘cantik’ terletak di atas menu ini.
Haq char kuey tiaw disediakan dalam tiga jenis menu iaitu biasa, ‘special’ dan ‘super padu’. Menu biasa hanya berharga RM 5 dengan dua ekor udang besar, ‘special’ berharga RM 6 dengan empat ekor udang dan telur ‘mata’ sementara menu char kuey tiaw ‘super padu’ pula hidangannya adalah gabungan udang dan kerang dengan telur ‘mata’.
Nasrul Haq (kanan)
Memang ummph, memang terangkat.Mana tidaknya Nashrul Haq mendapat kan bekalan udang segar dari Meru, Klang.
Jika anda memesan teh o ais harganya cuma RM 1 sahaja. Cukup murah dan sungguh menyegarkan. Terdapat juga minuman panas disediakan di sini. Warung Haq Char kuey tiaw ini dibuka dari hari Selasa hingga Sabtu, bermula jam 5.30 petang hingga 11.00 malam.
Eh sempat lagi kalau nak pergi, baru jam 9 malam , Jomlah
Info Kedai : Pemilik : Nashrul Haq Ahmad Muner Alamat : berhampiran flat Seksyen 16, Shah Alam di tepi jalan utama berhadapan Masjid Jamek Raja Tun Uda. Waktu operasi : Selasa hingga Sabtu, jam 5.30 petang hingga 11.00 malam Wajib cuba : Haq Char Kuey Tiaw Penang, Haq Char Kuey Tiaw Penang Special dan Haq Char Kuey Tiaw Super Padu.
Salah satu makanan yang menjadi pilihan orang ramai untuk dinikmati sebagai snek adalah apam balik. Menu ini sudah lama ada di pasaran. Namun kini apam balik bagaikan menjadi satu daya tarikan apabila menunya dipelbagaikan sehingga membuat orang tercari-cari menu ini.
Apam Balik MN Hafiz menjadi sebutan ramai orang. Menggunakan warna kuning sebagai warna rasmi, apam balik ini bukan sekadar mendapat perhatian masyarakat awam namun termasuklah golongan artis.
Bermula dengan food truck yang menemui peminat apam balik di sekitar Shah Alam dan juga pusat beli-belah, kini ruang niaga Apam Balik MN Hafiz adalah di gerai tepi jalan depan Pasar Moden Seksyen 6 Shah Alam dan food truck di parkir lot Seksyen 9 di depan Restoran Cili Merah.
DITERAJUI ANAK MUDA
Pada usia baru 29 tahun, Hafiz mengorak langkah dengan bakal menjual apam balik dengan konsep layan diri menggunakan lori jenis caravan tidak lama lagi. Wujudnya caravan ini bagi memudahkan orang ramai membeli apam balik pada bila-bila masa.
“Sebagai pengusaha apam balik, saya akan cuba teruskan kekalkan rasa asli kuih tradisi ni di samping perisa tambahan yang moden. Saya nak tambah cawangan supaya lebih ramai boleh rasa kerangupan Apam Balik MN Hafiz. Sayang kalau perniagaan ayah sejak 1999 ni saya sia-siakan,” katanya
Antara perisa yang ada adalah Rainbow, Nestum, Coklat, Cornflakes, Strawbery, Original dan Oreo. Setiap perisa ini mempunyai peminatnya yang tersendiri.
RANGUP DAN TEBAL
Ada dua jenis apam balik yang ditawarkan. Ada yang nipis dan rangup. Ada juga yang jenis tebal dan penuh isinya. Rata-rata peminat apam balik akan menyukai apam balik di sini kerana rasanya yang sedap, manis dan rangup. Manakala apam balik yang jenis tebal menawarkan inti yang penuh dan diadun dengan sempurna.
Apam balik yang paling mendapat sambutan adalah perisa original yang menggunakan jagung dan kacang tumbuk. Menurut Hafiz, perisa ini tetap menjadi pilihan kerana mengekalkan rasanya yang asli. Harga apam balik nipis RM1 untuk semua perisa. Perisa oreo RM1.50. Manakala saiz tebal RM2.
PEMILIK: Muhamad Norhafiz bin Murtaza ALAMAT: Pasar Moden Seksyen 6 Shah Alam dan parkir lot Seksyen 9 (depan Restoran Cili Merah) WAKTU OPERASI: 9 pagi hingga 4.30 petang WAJIB CUBA: Apam balik original, apam balik coklat dan apam balik nestum
Cuba resipi ayam perap mayo sedap dan mudah ini! Diperap dengan madu, mayones dan sos tiram, dijamin lembut, berlemak dan menjilat jari. Klik untuk langkah penuh.