Wah…Betul Ke Masker Cili Benggala Boleh Buat Awet Muda? Jom Cuba!

Share

Tahukan anda bahawa cili benggala yang sering menjadi bahan perencah dalam masakan ini sebenarnya ada kebaikan untuk kesihatan dan kecantikan kulit. Jangan tak percaya!

Kandungan vitamin A dan C yang terkandung pada cili benggala sangat baik sebagai antioksidan

untuk mencegah dari radikal bebas yang boleh merosakkan kolagen dalam kulit. Ia sangat sesuai untuk mereka yang kerap melakukan akiviti luar.

Untuk menyediakan masker ini sangat mudah. 

Bahan-bahan yang diperlukan:

  • 1 biji lada benggala| dibelah empat
  • 2 sudu makan madu
  • Sedikit air

Cara membuat:

  1. Belah lada benggala kepada empat. Bersihkan.
  2. Masukkan ke dalam pengisar dan kisar sehingga halus.
  3. Masukkan madu. Kacau rata dan simpan di dalam peti sejuk seketika.
  4. Ambil adunan dan sapu pada wajah dan biarkan selama 15 hingga 20 minit. Kemudian cuci dengan air bersih.
  5. Amalkan petua ini seminggu sekali sebagai rutin untuk mendapat meremajakan kulit wajah seterusnya membantu menjadikan anda awet muda.

Amalkan petua ini seminggu sekali sebagai rutin untuk mendapat meremajakan kulit wajah seterusnya membantu menjadikan anda awet muda. Selamat mencuba!

Published by
Norasida Myasin