Rendang Daging Sapi Indonesia, Menu Serumpun Enak Dihidang Di Aidiladha

Share

Resipi yang min nak kongsi ni adalah rendang sapi @ lembu dengan citarasa dari Indonesi. Tapi jika diperhatikan resipinya seaakan sama aje dengan negara kita. Cuma ia menggunakan daun salam sahaja tanpa daun kunyit atau daun limau purut.

Apapun rasanya tetap hebat memang sesuai dengan selera kita, maklumlah warisan masakan negara tetangga Indonesia ni memang dekat dengan selera Malaysia..
RENDANG SAPI @ LEMBU


BAHAN-BAHAN :

  • 250 gm daging sapi @ lembu
  • 800 ml santan | dari kelapa segar
  • 1 batang serai
  • 2 helai daun salam
  • 3 hirisan lengkuas
  • Garam secukup rasa
  • Gula secukup rasa

Bahan kisar :

  • 3 biji buah keras
  • 5 ulas bawang putih
  • 5 biji bawang merah
  • 3 sm halia
  • 3 sm kunyit hidup
  • 1 sudu makan serbuk lada hitam
  • 1 sudu makan biji ketumbar | ditumbuk halus
  • 7biji lada merah (direbus terlebih dahulu)
  • Gula merah secukupnya

CARA MEMASAK :

  1. Bersihkan daging lalu dipotong.
  2. Masukkan daging, bahan kisar, santan, serai daun salam dan lengkuas ke dalam periuk di atas api..
  3. Masak dan kacau sekali sekala hingga jadi keperangan dan keluar minyak
  4. Biarkan sampai daging empuk ( lebih kurang 45 minit)

Info Chef : Anda boleh juga rebus daging dengan bahan ramuan dan air, biarkan sampai airnya hamper kering kemudian baru dimasukkan santan.

FB : Resep Masakan

Published by
Faridah Talib