Segar mata melihat menu Nasi Campur Korea atau lebih dikenali sebagai Bibimbap ini. Penyediaannya yang berasaskan banyak sayuran bagaikan syurga buat pencinta sayuran. Makanan yang menyihatkan ini disajikan dengan aneka sayur pelbagai warna.
Selain lazat dan menyihatkan, bibimbap ini mudah disediakan kerana bahan-bahannya mudah didapati di mana-mana pasar raya.
Ikuti perkongsian resipi daripada Zurina Zulkefli cara-cara untuk menghasilkan bibimbap yang ringkas, enak dan berkhasiat. Mudah saja membuatnya. Jom cuba buat.
Daging kambing dihiris secara memanjang. Perapkan dengan kicap cair dan sos tiram selama 10 minit. Tak perlu garam.
Lobak merah juga dihiris secara memanjang. Perapkan dengan secubit garam halus.
Ambil segenggam taugeh dan cuci bersih. Cucikan juga sebiji telur ayam sehingga bersih. Ketepikan.
Untuk sawi Jepun, ketepikan bahagian yang keras dan cuci sehingga bersih.
Panaskan sesudu kecil minyak masak atau minyak bijan, Gorengkan lobak merah sehingga lembut.
Goreng pula hirisan timun Jepun sehingga lembut.
Masakkan daging kambing yang diperap tadi dengan api perlahan. Daging tak perlu garing atau kering. Biarkan daging masak dengan lembut dan berjus.
Ads
Untuk tauge dan sawi Jepun, rebus seketika dan toskan.
Gorengkan pula telur menjadi telur mata. Bahagian kuning telur biarkan sedikit cair.
Sediakan mangkuk sederhana besar, letakkan senduk nasi. Gunakan beras Sumo.
Beras Sumo ni kecil saja butirnya. Cara masak sama saja seperti beras biasa. Guna sukatan jari, nasi akan masak elok empuk tak terlalu keras atau terlalu lembik.
Susun bahan yang dimasak pada permulaan tadi.
Ratakan nasi. Kemudian, letakkan telur mata di tengah-tengah. Susun sayuran mengelilingi telur mata.
Letakkan Kimchi dan Gochujang (pes cili Korea), boleh beli di pasar raya. Kemudian, tabur sedikit biji bijan. Sedikit sahaja, tak perlu banyak.
Siap sedia untuk dinikmati. Cara hidangan atau makan, gaulkan kesemua sekali nasi dan sayuran di dalam mangkuk.
Tengah PKPB ni macam-macam pulak tekak ni mengidam nak makan. Apa pun pilihan terbaik adalah makan bersama famili di rumah. Aroma Nasi Karot @ Lobak Merah dan Ayam Bakar ni kalau dimasak memang semerbak aromanya.
.
Kalau bau dah sedap, apalagi rasanya. Meh,kita cuba resipi yang dikongsikanZaini Talib ini
AYAM BAKAR
.
BAHAN-BAHAN :
Seekor ayam saiz kecil ( kalau tak nak potong, kalau saiz besar potong 4 bagi cepat masak)
1 biji bawang besar | sederhana besar – beli online DI SINI
CARA MEMASAK :
1. Kisar semua bahan di atas. Lumur pada ayam
2. Kemudian masukkan 2 sudu besar madu gaul rata pada ayam. Perap 24 jam kalau nak lebih sedap.
3. Masa nak masak keluarkan ayam dari peti sejuk kemudian lumur dengan sedikit mentega.
4. Panaskan oven suhu 220 darjah C.
5. Bila oven dah ready baru masukkan ayam. Bakar ayam 15 minit dengan suhu 220 C.Kemudian turunkan suhu ke 180 darjah dan teruskan masak ayam sehingga empuk
3 biji bawang merah | dimayang – beli online DI SINI
3 ulas bawang putih | dimayang – beli online DI SINI
Seinci halia | dipotong mancis – beli online DI SINI
1 hekai daun pandan
1/4 yogurt | kalau tiada tak apa (boleh guna susu diperah 1/2 biji lemon atau limau nipis)
Rempah empat sekawan (1 kulit kayu manis, 3 buah pelaga, 2 bunga lawang, 6 cengkih ).
Sedikit daun ketumbar.
CARA MEMASAK :
1. Tumis bawang , rempah empat sekawan dan daun pandan.
2. Dah naik bau masukkan beras, goreng sekejap sampai naik bau .
3. Selepas itu bolehlah masukkan dalam periuk nasi.
4. Masukkan yogurt,garam dan air secukupnya dan perasakan.
5. Selepas itu tabur carrot dan daun ketumbar kat atas.
Di musim rumah terbuka ni, pasti ramai yang tengah tercari-cari menu yang sesuai untuk dimasak bagi dijadikan hidangan buat tetamu. Menu Nasi Ayam perkongsian saudari Sur Aida ni antara yang mudah dan sedap. Malah disukai ramai. Jom cuba. Anda pasti kagum dengan hasilnya.
CARA MASAK NASI AYAM PALING SEDAP SUKATAN 10 ORANG MAKAN
RESIPI AYAM
BAHAN-BAHAN:
1 ekor ayam
1 biji bawang besar
3 ulas bawang putih
1 inci halia
BAHAN SAPU:
5 sudu makan sos tiram
2 sudu makan kicap manis
1 sudu makan madu
1 sudu makan minyak bijan
CARA MEMASAK:
Kisar bawang besar, bawang putih dan halia. Lumurkan pada ayam dan perap selama 30 minit atau lebih.
Panaskan air hingga mendidih dan masukkan ayam. Tutup penutup periuk dan rebus selama 5-6 minit.
Angkat ayam dan sapukan dengan sos tiram, kicap manis, madu dan minyak bijan.
Gantungkan ayam sekejap anggaran ½ jam atau lebih supaya ayam menjadi kering. Ia bertujuan menghasilkan ayam yang cantik dan berkilat apabila digoreng.
Panaskan minyak hingga betul-betul panas, Kemudian jirus ayam menggunakan minyak tadi sehingga rata. Bila kulit ayam dah kering, benamkan ayam dalam minyak panas dan goreng hingga masak.
Angkat ayam dan sapukan dengan madu secukupnya supaya kelihatan berkilat. Ketepikan.
RESIPI NASI
BAHAN-BAHAN:
4 cawan beras
1 biji bawang besar – kisar
3 ulas bawang putih – kisar
1 inci halia – kisar
2 ketul kiub pati ayam
2 sudu teh garam
2 sudu makan marjerin
2 helai daun pandan
¼ sudu teh serbuk kunyit
Air rebusan ayam secukupnya – jumlah air bergantung pada jenis beras yang diguna. Sukatan air 2 kali ganda dari sukatan untuk masak nasi biasa.
CARA MEMASAK:
Cairkan marjerin dan tumis bahan kisar dan daun pandan hingga wangi.
Kemudian masukkan kiub pati ayam, garam dan serbuk kunyit.
Masukkan juga air rebusan ayam dan beras. Kacau rata dan biar nasi hingga masak.
RESIPI SOS CILI
BAHAN-BAHAN:
1/2 senduk (nasi) cili kering kisar
4 biji cili merah
5 ulas bawang putih
1/2 cawan sos cili
Gula, garam dan cuka secukup rasa
Air secukupnya
Bancuhan tepung jagung secukupnya
CARA MEMASAK:
Satukan semua bahan kecuali air dan tepung jagung dan masak atas api sederhana. Tambah sedikit air.
Bila cili kelihatan masak, masukkan bancuhan tepung jagung secukupnya untuk memekatkan sedikit kuah.
RESIPI KICAP AYAM
BAHAN-BAHAN:
5 ulas bawang putih – cincang
1/2 cawan sos tiram
1/2 cawan kicap manis
Gula secukup rasa
Sedikit minyak masak
Air secukupnya
Sedikit bancuhan tepung jagung
CARA MEMASAK:
Panaskan sedikit minyak dan tumis bawang putih. Masukkan kicap, sos tiram,gula dan tambahkan air. Kacau hingga sedikit mendidih.
Tambahkan bancuhan tepung jagung untuk memekatkan. Angkat dan hidangkan bersama nasi, ayam, sos cili dan juga sup.
Bila ada lebihan nasi dingin di rumah, mesti kita akan buat nasi goreng tanpa berfikir panjang. Namun anak-anak pula mesti bosan kalau asyik nasi goreng.
Apa kata kali ini, tukar buat Sushi Egg Roll untuk anak-anak. Menerusi perkongsian resipi daripada Umi Watie ini, dia hanya menggunakan beras biasa saja. Tidak menggunakan beras sushi pun.
Kalau buat bekal ke sekolah mesti anak teruja. Sushi ini boleh dihidangkan dengan kicap cair.