Segar mata melihat menu Nasi Campur Korea atau lebih dikenali sebagai Bibimbap ini. Penyediaannya yang berasaskan banyak sayuran bagaikan syurga buat pencinta sayuran. Makanan yang menyihatkan ini disajikan dengan aneka sayur pelbagai warna.
Selain lazat dan menyihatkan, bibimbap ini mudah disediakan kerana bahan-bahannya mudah didapati di mana-mana pasar raya.
Ikuti perkongsian resipi daripada Zurina Zulkefli cara-cara untuk menghasilkan bibimbap yang ringkas, enak dan berkhasiat. Mudah saja membuatnya. Jom cuba buat.
BAHAN-BAHAN:
Daging kambing
Beras Sumo (beras Jepun)
Lobak merah – Boleh beli online di sini
Timun Jepun
Tauge
Sawi Jepun
1 biji telur ayam
Garam halus
Kicap cair – Boleh beli online di sini
Sos tiram – Boleh beli online di sini
Minyak masak/ minyak bijan
Kimchi
Gochujang (pes cili Korea) – Boleh beli online di sini
Bijan – Boleh beli online di sini
CARA MEMASAK:
Daging kambing dihiris secara memanjang. Perapkan dengan kicap cair dan sos tiram selama 10 minit. Tak perlu garam.
Lobak merah juga dihiris secara memanjang. Perapkan dengan secubit garam halus.
Ambil segenggam taugeh dan cuci bersih. Cucikan juga sebiji telur ayam sehingga bersih. Ketepikan.
Untuk sawi Jepun, ketepikan bahagian yang keras dan cuci sehingga bersih.
Panaskan sesudu kecil minyak masak atau minyak bijan, Gorengkan lobak merah sehingga lembut.
Goreng pula hirisan timun Jepun sehingga lembut.
Masakkan daging kambing yang diperap tadi dengan api perlahan. Daging tak perlu garing atau kering. Biarkan daging masak dengan lembut dan berjus.
Untuk tauge dan sawi Jepun, rebus seketika dan toskan.
Gorengkan pula telur menjadi telur mata. Bahagian kuning telur biarkan sedikit cair.
Sediakan mangkuk sederhana besar, letakkan senduk nasi. Gunakan beras Sumo.
Beras Sumo ni kecil saja butirnya. Cara masak sama saja seperti beras biasa. Guna sukatan jari, nasi akan masak elok empuk tak terlalu keras atau terlalu lembik.
Susun bahan yang dimasak pada permulaan tadi.
Ratakan nasi. Kemudian, letakkan telur mata di tengah-tengah. Susun sayuran mengelilingi telur mata.
Letakkan Kimchi dan Gochujang (pes cili Korea), boleh beli di pasar raya. Kemudian, tabur sedikit biji bijan. Sedikit sahaja, tak perlu banyak.
Siap sedia untuk dinikmati. Cara hidangan atau makan, gaulkan kesemua sekali nasi dan sayuran di dalam mangkuk.
Tekap dengan sudu.
Makan dengan rumpai laut pun sedap.
Kredit: Zurina Zulkefli
[ Sertai Telegram Geng Rasa Share Resipi ]
Dapatkan lebih banyak resipi di laman web RASA:
Tonton lebih banyak video masakan mudah & sedap di Dailymotion @Rasa & Youtube @Majalah Rasa Official