Pernah makan cakar ayam? Kali ni kita buat bihun cakar madu untuk anak-anak. Buat satu paket bihun,banyak juga dapat.Rasa rangup dan manis-manis buah. Nak cuba buat dikongsikan resipi membuatnya.
BIHUN CAKAR MADU
Bahan-bahan:
1 cawan air
1 cawan gula
1 plastik bihun
1 tutup pewarna
Dapatkan PRIMADA SWEETHEART PINK 4L PRESSURE COOKER dengan HARGA ISTIMEWA DISINI! Masukkan code RASGSP5 sebelum buat pembayaran untuk dapatkan DISKAUN EXTRA RM5!
Cara memasak:
1.Masukkan air dan gula dalam kuali.Kacau sampai air gula menggelegak.
2.Masukkan pewarna pilihan. Kacau sekejap agak-agak warna dah sebati,masukkan bihun. Kacau lagi sampai warna dan bihun bersalut rata.Bila dah bersalut elok,boleh angkat letak dalam dulang atau apa-apa bekas.
3.Panaskan minyak dalam 1kg,bila minyak dah panas,ambil sedikit bihun dan goreng sekejap dan masukkan dalam apa-apa acuan. Saya masukkan dalam gelas plastik dan tekap (part menekap ni kena cepat sebab tak nak melekat kalau dah sejuk)
Kredit: Ida Zaida
Ketahui lebih banyak resipi di website Majalah Rasa:
Sedapnya Puff Inti Kastard Campur Kaya, Creamy Macam Aiskrim Vanilla
Tonton lebih banyak video masakan mudah & sedap di Dailymotion @Rasa & Youtube @Majalah Rasa Official
Download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
Kuih Muih Melayu Resipi Gerenti Sedap . Cubalah…
Kuih muih Melayu memang enak dimakan bila-bila masa. Sebagai pencuci mulut, kudapan petang mahu pun sarapan pagi memang terbaiklah.
Ni min kongsikan resipi kuih bingka ubi kelapa ceri, kuih bakar kacang hijau, apom betawi dan tiga lagi sajian kuih istimewa dengan sedikit olahan baru. Lapang-lapang nanti bolehlah buat.
1. BINGKA UBI KELAPA CERI
BAHAN-BAHAN:
- 4 cawan ubi kayu | parut
- 2 cawan santan
- 1 cawan gula
- 1/2 sudu teh garam
- 1/2 cawan kelapa parut | yang putih saja
- 1/2 cawan buah ceri
- Sedikit mentega
CARA MEMASAK:
1. Campurkan kesemua bahan dan kacau sehingga gula larut dan sebati. Bakar dalam loyang 8 inci x 8 inci empat segi yang telah dioles dgn sedikit mentega
2. Bakar pada suhu 200C selama 1 – 1 jam 30 minit atau sehingga garing permukaan atas.
3. Biar betul-betul sejuk baru dipotong.
Info chef: Buah ceri boleh dibeli di kedai bakeri dan bukan yang segar.
Saiz hidangan : 6-8 orang
Waktu memasak: 2 jam 30 minit
Jenis hidangan : Kuih muih
Keistimewaan : Rasa lemak santan dan ubi yang sedap
Cara memasak : Bakar
2. KUIH BAKAR KACANG HIJAU
BAHAN-BAHAN:
- 2 cawan tepung gandum
- 2 cawan kacang hijau yg telah direbus | simpan sedikit untuk hiasan
- 1 cawan gula pasir
- 1 cawan santan pekat
- 2 cawan air
- 2 sudu makan minyak sapi
- 3 biji telur
- Secubit garam
- Beberapa titik pewarna hijau
CARA MEMASAK:
1. Satukan kesemua bahan bersama satu cawan kacang hijau dan kisar sampai sebati. Minyak sapi gunakan satu sudu sahaja.
2. Masukkan ke dalam periuk dan masak hingga sedikit pekat dan sentiasalah kacau guna ‘whisk’. Guna api sederhana.
3. Masukkan satu cawan kacang hijau yang tidak dikisar tadi dan gaul rata.
4. Masukkan satu sudu makan minyak ke dalam loyang dan oleskan rata.
5. Panaskan loyang dalam oven sebentar. Bila minyak telah panas, masukkan adunan tadi.
6. Taburkan sedikit kacang hijau yg telah direbus tadi dan bakar pada suhu 180 C selama 1 jam atau sehingga garing. Guna api atas dan bawah.
Info chef: Boleh gunakan santan kotak.
Saiz hidangan : 6-8 orang
Waktu memasak: 1 jam 30 minit
Jenis hidangan : Kuih muih
Keistimewaan : Rasa kacang hijau yang sedap
Cara memasak : Bakar
3. APOM BETAWI
BAHAN-BAHAN:
- 6 biji telur
- 1 ¼ cawan gula
- 2 cawan tepung gandum
- 1 sudu teh ovalette
- Sedikit esen vanila
- Pewarna kuning dan pink secukupnya
CARA MEMASAK:
1. Pukul telur bersama gula, esen vanila dan ovelatte sehingga kembang
2. Masukkan tepung sikit demi sedikit dan kacau rata.
3. Bahagikan kepada tiga bahagian. Satu bahagian dengan warna pink, satu bahagian warna kuning dan satu bahagian tidak diwarnakan.
4. Oles loyang dengan minyak dan masukkan adunan secara berselang seli hingga selesai. Kukus selama 45 minit hingga 1 jam.
Info chef: Gunakan loyang bersaiz 7 x 7 inci.
Saiz hidangan : 6-8 orang
Waktu memasak: 2 jam 30 minit
Jenis hidangan : Manisan tradisional
Keistimewaan : Rasa lemak santan, manis dan gebu
Cara memasak : Kukus
4. LEMPENG PISANG JEM STRAWBERI & PISANG
BAHAN-BAHAN:
- 3 biji pisang masak ranum
- Tepung gandum secukupnya
- Gula secukup rasa
- Secubit garam
- Jem strawberi secukupnya
- Hirisan pisang secukupnya
- Sedikit minyak sayur
CARA MEMASAK:
1. Dalam mangkuk, lenyekkan pisang, masukkkan gula dan garam, sebatikan. Masukkan tepung gandum, jangan banyak sangat kerana nanti keras. Biar lembik sedikit bancuhannya.
2. Panaskan kuali ‘non stick’, sapukan sedikit minyak sayur dan sendukkan adunan ke dalam kuali kemudian leperkan biar jadi bulat nipis. Sendukkan sesudu jem strawberi dan susun hirisan pisang di atasnya.
3. Masak selama 3-4 minit dengan api perlahan sehingga perang. Angkat dan ketepikan. Ulangi langkah hingga selesai.
4. Sedia dinikmati.
Info chef: Gunakan kuali ‘non stick’ bersaiz kecil untuk lebih memudahkan.
Saiz hidangan : 3-4 orang
Waktu memasak: 35 minit
Jenis hidangan : Lauk pauk
Keistimewaan : Rasa lemak santan dan agak pedas
Cara memasak : Tumis dan reneh
5. PUTERI AYU BANDUNG KACANG MERAH
BAHAN-BAHAN:
- 5 biji telur
- 250gm tepung gandum
- 300gm gula
- 2 sudu teh ovallate
- 1 sudu teh baking powder
- 250ml santan
- Pewarna pink secukupnya
- 2 sudu teh kordial air sirap
- Kelapa putih secukupnya (digaul dengan sedikit garam dan tepung ubi)
- Kacang merah secukupnya
CARA MEMASAK:
1. Panaskan kukusan.
2. Pukul telur, gula dan ovallatte hingga kembang dan gebu.
3. Masukkan santan, tepung gandum, baking powder, Kordial air sirap, kacang merah dan pewarna. Kacau lagi hingga sebati.
4. Sapu sedikit minyak pada acuan. Masukkan kelapa di bahagian bawah acuan dan mampatkan.
5. Masukkan adunan yang telah dimasak tadi dan kukus selama lebih kurang 5 minit.
6. Setelah dikeluarkan dari kukusan, tunggu hingga sejuk sikit supaya senang dikeluarkan dari acuan. Sedia dinikmati.
Info chef: Letakkan sedikit kelapa dan kacang merah untuk lebih menarik.
Saiz hidangan : 3-4 orang
Waktu memasak: 35 minit
Jenis hidangan : Lauk pauk
Keistimewaan : Rasa lemak santan dan agak pedas
Cara memasak : Tumis dan reneh
Resipi Orang Lama, Agar-Agar Kering Masih Tetap Digemari
Ada juga yang mengidam biskut dan kuih lama. Min kongsikan resipi legend yang korang sendiri akan teruja nak rasa.
Bahan-bahan:
1 paket agar-agar bertali (orang Kedah kata setahil)-BELI ONLINE DI SINI
1 kilo gula pasir (tak mahu manis kurangkan sikit)
1 atau 2 genggam gula batu
Air mineral (1.5ml)
Pewarna ikut pilihan masing-masing-BELI ONLINE DI SINI
TONTON DAPUR RASA LIVE: Resipi Mango Baked Cheesecake
Cara memasak:
1.Cuci agar-agar dan masakkan bersama air tadi (sentiasa kacau takut tak hancur sepenuhnya)
2.Setelah betul-betul hancur agar-agar tadi barulah masukkan gula batu.Kacau lagi sehingga gula batu hancur sepenuhnya barulah masukkan gula pasir.
3.Kena masak lama sikit sehingga menjadi berbuih(orang Kedah panggil buih anak ikan kalau tak silap)biar bagi pekat sikit.
4.Setelah nampak berbunga-bunga boleh tutupkan api.
5.Ikutlah berapa loyang korang nak letak.jangan bagi nipis sangat.Warnakan.
6.Biarkan sejuk baru potong(agak-agak ye, tidak terlalu nipis, tidak terlalu tebal).
7.Susun cantik-cantik di atas talam.Jemurkan.
Selamat mencuba..
Kredit : Rohana Dahaman
#mahn
Nak dapatkan peralatan memasak yang baru? Klik sini (saya nak beli periuk baru la)
Lemak Manis, Tak Jemu Makan. Puteri Ayu Jagung Ni Memang Sedap
Resipi Puteri Ayu Jagung ni semestinya perlu anda cuba. Kalau biasanya makan Puteri Ayu perisa pandan, kali ini ubah suai selera dengan menggunakan perasa jagung. Lagi sedap! Lain dari yang lain. Bagi yang nak cuba, sukatan cawan yang digunakan pula adalah cawan minum teh yang bersaiz 200ml. Ha..Mudah lah nak agak nanti kan? Jom lah cuba resipi perkongsian saudari Zurina Kifli ni. Pasti puas hati dengan rasanya.
CARA MEMBUAT KUIH PUTERI AYU JAGUNG LEMAK MANIS
BAHAN-BAHAN:
- 2 cawan tepung gandum – beli online disini
- 1 sudu teh baking powder (kedua2nya diayak bersama. (Saya guna tpg naik sendiri) – beli online disini
- 4 biji telur gred B – dibuang pusat
- 3/4 cawan gula kastor – beli online disini
- 1 sudu makan ovalette – beli online disini
- 2 sudu makan minyak jagung @ minyak masak – beli online disini
- Sedikit pewarna kuning telur – beli online disini
BAHAN KISAR HINGGA BERBUIH HALUS:
- 3/4 cawan jagung krim dalam tin – beli online disini
- 1/2 cawan susu cair – beli online disini
- Sedikit pes @perasa@pati jagung
- 1 sudu makan susu pekat manis – beli online disini
- Secubit garam halus
BAHAN HIASAN:
- Sedikit coklat rice untuk letak dalam adunan atau kelapa parut putih yang digaul dengan sedikit garam dan 1 sudu tepung ubi untuk isi dalam dasar acuan.
CARA MEMASAK:
1.Panaskan pengukus sementara nak mula mengadun.
2.Dengan kelajuan perlahan, putar telur hingga berbuih halus.
3. Masukkan gula dan ovalette. Apabila ovalette sudah sebati, naikkan ke kelajuan paling tinggi.
4. Putar dengan kelajuan ‘high speed’ hingga adunan telur naik sehabis tinggi dan kelihatan gebu bertanduk, lebih kurang 10 hingga 15 minit.
5. Perlahankan mixer ke no 2, masukkan minyak, bahan kisar dan pewarna.
6. Masukkan tepung sedikit demi sedikit sambil terus diadun sebati. Pada masa yang sama, sisip adunan yang melekat pada tepi mangkuk adunan dan kacau biar sebati.
7. Matikan mixer, kacau adunan biar sebati. Boleh terus kukus atau rehatkan adunan 30 minit hingga 1 jam untuk hasil kuih yang lebih cantik.
8. Ambil acuan Kuih Puteri ayu, oles minyak dan isi kelapa dalam acuan. Kukus sekejap acuan berisi kelapa agar kelapa tidak mudah masam dan kuih tahan lama.
9. Kemudian isikan adunan separas acuan.
10. Kukus semula kuih guna api sederhana selama 7 -10 minit ikut saiz acuan.
11. Keluarkan acuan dari pengukus kemudian picit tepi acuan supaya kuih lekang dari acuan dan mudah tanggal. Puteri Ayu Jagung siap disediakan.
NOTA:
- Untuk Puteri Ayu Jagung Coklat Rice, masukkan coklat rice ke dalam adunan dan kacau sebelum isi adunan ke dalam acuan kuih.
- Setelah masukkan bahan kisar dan tepung, jangan adun terlalu lama. Cukup sekadar semua bahan sebati.
Kredit resipi & foto: Zurina Kifli
[Sertai Telegram Geng Rasa Share Resipi]
Dapatkan lebih banyak resipi yang mudah, sedap & cepat masak di laman web RASA:
Resipi Sambal Padang Sedap, Masak Macam Ni Tahan Berbulan-Bulan
Resipi Kek Pisang Coklat Kukus Lembut, Gebu Macam Span, Sukat Guna Cawan Je
Dumpling Soup Homemade Halal, Modal Bawah RM10 Boleh Dapat 40 Biji
Tonton lebih banyak video masakan mudah & sedap di Dailymotion @Rasa & Youtube @Majalah Rasa Official