Bihun Celup Thai, Sekali Rasa Gerenti Bertambah

Share

Memikirkan menu simple dan mengenyangkan untuk makan malam? Boleh cuba masak bihun celup Thai ni. Dapat semangkuk pun puas rasa. Sedap hirup kuahnya panas-panas, jom kita masak.

BIHUN CELUP THAI

Bahan-bahan:
1 kg tulang lembu/ daging/ ayam
Bebola daging secukupnya
1 labu bawang putih diketuk *
1 ikat akar ketumbar diketuk *


Halia diketuk *
Serai diketuk *
Lengkuas diketuk *
Rempah sup bunjut
Kicap ikan
Kicap mountain Thai/ kicap cair
Ajinomoto
Gula garam
Minyak untuk menumis
Air untuk kuah secukupnya

Cara memasak:
1. Tumis bahan-bahan bertanda ** yang diketuk tadi dan rempah sup bunjut hingga wangi.
2. Masukkan air, daging dan ayam. Rebus hingga daging dan ayam empuk. Kemudian masukkan bebola daging baru masukkan kicap ikan, kicap mountain Thai atau kicap cair, ajinomoto, gula dan garam. Kecilkan api. Biarkan kuah sentiasa panas.


3. Bila daging dah empuk keluarkan dan hiris nipis-nipis. Carikkan isi ayam hingga halus.
4. Untuk hidangan-masukkan bihun, kangkung celur, taugeh, daging yang dihiris nipis-nipis, isi ayam dan tuangkan sup serta bebola daging ke dalam mangkuk bihun.

5. Taburkan chili flakes, bawang goreng, cili jeruk, air lada dan serbuk lada sulah. Siap untuk dihidangkan.

Bahan-bahan celur
Kangkung/ sawi
Bihun/ keow teow/ mee/ maggie

Bahan-bahan tambahan:
Daun ketumbar – hiris kasar
Daun bawang
Chili flakes
Cili jeruk
Bawang goreng
Serbuk lada sulah
Air lada (cili padi merah,cuka,garam,gula dikisar)
Kredit: Rozmaliza Omar

Dapatkan lebih banyak resipi yang mudah, sedap & cepat masak di laman web RASA:

https://www.rasa.my/resipi-nasi-kerabu-kuning-sedap-masak-sendiri-baru-puas-makan/

https://www.rasa.my/resipi-rojak-ayam-sedap-masak-sendiri-puas-hati-lebih-jimat/

https://www.rasa.my/cara-masak-oden-homemade-ala-family-mart-sedap-puas-makan/

https://www.rasa.my/jom-cuba-resipi-kuih-kole-kacang-sedap-mudah-kurang-manis/

Tonton lebih banyak video masakan mudah & sedap di Youtube @Majalah Rasa Official

Published by
Putri Adila Saari