Bila sahur, kadang kala anak-anak tidak berselera untuk makan nasi. Jadi boleh cuba masak Bihun Goreng Kicap Seafood perkongsian saudari Nurul Ateekah ni. Ringkas sahaja bahan-bahan serta cara penyediaannya. Makan pula panas-panas, memang enak. Bagi anda yang buntu dah nak masak apa, bolehlah cuba resipi ini. Mudah dan hasilnya sangat memuaskan. Bihun yang dimasak pun tidak hancur. Jom lihat bahan-bahan yang diperlukan.
CARA MASAK BIHUN GORENG KICAP SEAFOOD
BAHAN-BAHAN:
BAHAN-BAHAN SOS:
CARA MEMASAK
1. Rendam bihun sehingga agak lembut kemudian,toskan. Ketepikan.
2. Panaskan minyak masak secukupnya. Goreng telur dan jadikan telur hancur. Apabila sudah sedikit garing, angkat dan ketepikan.
3. Dengan mengunakan minyak yang sama, tumis bawang putih dan bawang merah hingga keperangan.
4. Masukkan kesemua bahan-bahan sos dan serbuk perasa. Gaul sebati.
5. Setelah itu, masukkan udang dan sotong. Masak seketika.
6. Akhir sekali masukkan bihun yang telah ditoskan tadi, lobak merah dan tauge. Gaul sehingg rata dan semua bahan masak sempurna.
7. Bihun Goreng Kicap Seafood siap untuk dihidang.
Kredit resipi & foto: Nurul Ateekah
[Sertai Telegram Geng Rasa Share Resipi]
Dapatkan lebih banyak resipi yang mudah, sedap & cepat masak di laman web RASA:
Tonton lebih banyak video masakan mudah & sedap di Dailymotion @Rasa & Youtube @Majalah Rasa Official