Bihun goreng sedap, cendawan Shiitake ramuan rahsianya. Kalau nak diikutkan, bihun goreng ini nampak simple saja. Tapi, bila makan, memang sedap.
Nak tahu rahsianya? Cendawan shiitake dikisar bersama bawang dan udang kering.
Jom tengok cara buatnya. Cukup mudah tapi sedap!
100gram Bihun 9untuk 2 orang makan) – rendam seketika dengan air sejuk
1 keping fish cake – hiris nipis
1 sudu makan cili boh
7 biji cili merah – hiris
1-2 sudu makan sos ikan
Sedikit daun kucai – hiris kasar
2 sudu makan kicap cair
1 sudu makan sos tomato
Sedikit sawi – potong halus
Air secukupnya
Garam secukupnya
Minyak masak
3 biji bawang merah
5 ulas bawang putih
1 sudu makan udang kering
6 biji cendawan Shiitake kering (saiz kecil) – rendam dengan air panas
Mula-mula, panaskan minyak di dalam kuali dan masukkan bahan-bahan yang telah dikisar tadi. Tumis hingga terbit wangi.
Masukkan pula cili boh dan tumis lagi hingga terbit minyak. Kemudian masukkan air secukupnya dan hirisan fish cake,.
Setelah itu masukkan batang sawi dan sos tomato. Gaul sebati. Setelah itu masukkan sos ikan.
Kemudian, masukkan pula kicap cair dan bihun yang telah direndam dengan air sejuk tadi. Gaul sekata. Tambah air lagi jika perlu.
Perasakan dengan garam secukup rasa. Tambah daun sawi dan daun kucai. Gaul lagi hingga bihun makin kering.
Ini pilihan ye. Kalau suka pedas, tambah hirisan cili padi. Gaul sebati.
Siap! Mudah je kan? Jangan lupa cuba tau!
Khasiat Bihun
Bihun juga memiliki kandungan zat yang baik untuk kesihatan. Ia memiliki kandungan tenaga sebanyak 360 kilo kalori, 4.7 gram protein, 82.1 gram karbohidrat, 0.1 gram lemak, kalsium 6 miligram, fosforus 35 miligram, dan zat besi 1 miligram.
Hasil ini didapatkan berdasarkan penelitian terhadap 100 gram bihun, dengan jumlah yang diambil 100%.
Boleh cuba resepi ini juga: Bihun Taucu