Bihun Sup Ala PAMA, Makan Panas-Panas Memang Sedap

Share

Siapa suka sangat bihun sup PAMA.Bihun sup ala ala bihun sup segera brand PAMA versi jimat dan boleh makan sampai kenyang.Senang, cepat dan sedap rasanya sama macam bihun PAMA tu. Nak lagi best, tambah isi ayam dan telur goyang. Memang tak menyesal cuba.

Bihun sup ala PAMA

 Bahan-bahan:

Bawang putih

Isi ayam

Kiub pati ayam

Garam

Serbuk lada

Minyak masak

Air secukupnya

Telur

Daun Sup

Cili flakes

Asam limau

Cara membuat:

  1. Bawang putih dicincang dadu dan tumis dengan sedikit minyak masak sehingga kekuningan. Ketepikan
  2. Rebus isi ayam bersama kiub pati ayam, garam dan serbuk lada hitam. Rebus hingga isi ayam masak.
  3. Kalau air rebusan berkurang, tambah air biar secukupnya.
  4. Letakkan bawang putih yang ditumis bersama minyak ke dalam rebusan ayam.
  5. Masukkan bihun ke dalam kuah sup (bihun tak perlu direbus terlebih dahulu)
  6. Pecahkan telur dan biar sekejap hingga telur separuh masak. Perlahankan api.
  7. Akhir sekali taburkan daun sup dan cili flakes. Siap untuk dihidang. Jangan lupa perah asam limau tau

Kredit: Zara Latif

Kredit: Siti Hazneza Abdul Hamid

[Sertai Telegram Geng Rasa Share Resipi]

Dapatkan lebih banyak resipi yang mudah, sedap & cepat masak di laman web RASA:  

 

Tonton lebih banyak video masakan mudah & sedap di Dailymotion @Rasa & Youtube @Majalah Rasa Official

 

Published by
Putri