Dalam bulan puasa ni, bukan mudah menyediakan masakan yang memenuhi cita rasa seisi keluarga. Ada yang nak makan bihun sup, ada yang nak ayam goreng dan sebagainya. Macam-macam. Jika anda ada teringin nak makan bihun sup tapi versi yang sedap & mudah, apa kata cuba menu yang RASA kongsi ni. Pasti puas hati.

 

 BIHUN SUP AYAM GORENG RANGUP

Ads

BAHAN-BAHAN:

  • 1 paket bihun | rendam, celur dan tos
  • 3 keping fish cake | hiris nipis
  • 5 biji fishball | belah empat
  • 1 mangkuk hirisan daging tetel rebus
  • Air secukupnya | boleh guna air rebusan daging
  • 1 sudu makan sos tiram
  • 1 sudu makan serbuk pati ayam
  • Garam secukup rasa
  • 1 bungkus sup bunjut
  • 1 sudu teh serbuk lada hitam
  • 1 sudu teh serbuk lada sulah
  • 2 sudu makan minyak masak  | untuk menumis

BAHAN KISAR:

  • 6 ulas bawang putih
  • 1 biji bawang besar
  • 3cm halia

BAHAN SAMPINGAN:

Ads
  • 1 keping ayam chicken chop yang siap digoreng
  •  Sambal kacang/sambal kicap

 

CARA MEMASAK:

Ads
  1. Panaskan minyak dalam periuk, tumiskan bahan kisar bersama sup bunjut hingga wangi.
  2. Masukkan air rebusan daging.
  3. Setelah mendidih, masukkan hirisan daging tetal, fishcake dan fishball.
  4. Kemudian perasakan dengan sos tiram, serbuk perasa ayam dan garam secukupnya.
  5. Setelah masak, tambahkan serbuk lada hitam dan lada sulah.
  6. Kacau seketika dan tutup api.
  7. Masukkan bihun dalam mangkuk, kemudian tuangkan kuah sup di dalamnya.
  8. Letakkan kepingan  ayam chicken chop dan sambal kacang atau kicap.
  9. Sedia untuk dinikmati.

INFO CHEF: Untuk pedas boleh tambahkan hirisan cili di dalam sup.

 

Tak tahu nak masak apa? Lubuk resipi RASA kini di SEENI, tak perlu susah lagi.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI