Resipi Bihun Taucu perkongsian saudari Siti Zanariah Khalit ni nampak sangat sedap dan membuka selera. Menurut beliau, resipi ini adalah dari ibunya dan menjadi kegemaran beliau serta adik beradik yang lain. Di waktu ibunya masih mudah dan sihat, inilah menu yang akan dimasak setiap kali anak-anak pulang ke rumah. Sangat mengimbau memori.
Kini, menu ini pula menjadi kegemaran anak-anak beliau. Tiap kali menu ini dimasak, pasti akan dimakan berulang-ulang. Beliau juga memohon doa agar kedua ibu bapa beliau diberi kesihatan yang baik untuk menjalani hari-hari tua mereka. Moga perkongsian ini bermanfaat buat semua dan pahala yang diperolehi dari perkongsian resipi ini, pulang kembali pada sang empunya. Insyaallah.
CARA MASAK BIHUN TAUCU MUDAH & SEDAP
BAHAN-BAHAN:
BAHAN TUMIS A (KISAR):
BAHAN TUMIS B:
CARA MEMASAK:
1.Kisar ikan bilis (bahan B) dengan sedikit air namun jangan sampai terlalu halus.
2. Kemudian masukkan separuh dari taucu. Kisar sekejap sahaja. Separuh lagi tidak perlu dikisar supaya masih ada butir-butir taucu.
3. Panaskan minyak masak dan tumis bahan A. Bila sudah terbit minyak, masukkan bahan B dan juga taucu yang tidak dikisar.
4. Biarkan sebati kemudian masukkan air asam jawa secukupnya, sedikit gula dan serbuk perasa. Tidak perlu menggunakan garam sebab ikan bilis dan taucu sudah cukup masin.
5. Masukkan air mengikut kepekatan yang kita mahu. Jangan terlalu pekat dan jangan terlalu cair. Agak-agak sahaja.
6. Biarkan kuah taucu mendidih dan padamkan api. Hidangkan bersama bihun yang sudah dicelur tadi.
Kredit resipi & foto: Siti Zanariah Khalit
[Sertai Telegram Geng Rasa Share Resipi]
Dapatkan lebih banyak resipi yang mudah, sedap & cepat masak di laman web RASA:
Tonton lebih banyak video masakan mudah & sedap di Dailymotion @Rasa & Youtube @Majalah Rasa Official