Bila Goreng Ikan Masin Asyik Hancur Aje. Ikut Petua Ni Kalau Nak Elok Sempurna.

Share

Selalu kan bila kita goreng ikan masin, bila keluar dari kuali kepalanya tertanggal. Isinya juga mudah hancur. Sudahnya ikan masin goreng tu tak molek rupanya bila dihidang atas pinggan.

Ada teknik dan petuanya kalau nak hasil ikan goreng masin nampak sempurna. Ni min kongsikan petua turun temurun yang diamalkan oleh Norlaili Hashim

dari Pekan, Pahang ini. Senang aje petuanya.

PETUA 1 :

BAHAN-BAHAN :

Ikan gelama masin
Tepung gandum

Langkah petuanya ;
1. Bersihkan ikan dan buang siripnya

2. Ambil satu sudu tepung dan letakkan pada ekor ikan masin.

3. Ratakan sapuan pada ekor

4. Kemudian barulah panaskan minyak dan goreng ikan masin hingga garing.

Foto : shipton-mill.com

PETUA 2 :

BAHAN-BAHAN :

Ikan masin

Langkah petuanya :
1. Setelah dibuang siripnya basuh ikan masin pada air mengalir.

2. Usah merendam ikan masin. Cara ini akan membuatkan ikan masin jadi lembut dan apabila digoreng akan hancur.

Senang kan, jom ikut petua ini.

Sumber : Norlaili Hashim

ANDA SEDANG MENCARI AIR FRYER TERBAIK, JOM LAYARINYA DI SINI.

ANDA MUNGKIN JUGA MEMINATI VIDEO MASAKAN INI :

Published by
Faridah Talib