Para isteri tentunya sangat  menghargai andainya suami memberikan peluang untuk dia berehat dari masuk ke dapur setiap hari dan berpeluang pula merasa hasil air tangan suaminya.Tambah-tambah di kala PKP ini. Penat juga segalanya dibuat oleh isteri. Apa salahnya suami membantu apa yang patut. Sedikit sebanyak dapat meringankan beban si isteri.

Lelaki tak perlu pun hebat  memasak  seperti chef-chef di restoren tu, cukup sekadar mampu untuk menyediakan menu ringkas seperti bubur, nasi (ya, aku tahu ramai kawan-kawan aku tak pandai masak nasi) dan lauk-pauk ringkas.

Banyak juga kejadian lucu bila si suami  diminta membeli barang keperluan dapur. Ada yang sanggup buat video call sepanjang proses pembelian di pasaraya untuk tunjuk memastikan sama ada barang yang dibeli betul.

Maklumlah, perintah kawalan pergerakan ni tak boleh keluar rumah lebih dari seorang. Mahu atau tidak, ketua keluargalah yang keluar membeli barang masakan. Sebenarnya tidak kurang juga lelaki sudah menunjuk usaha mereka untuk mempelajari skil memasak sepanjang tempoh PKP ini.

Buktinya lihat gelagat Pengerusi Petronas Datuk Seri Syed Zainal Abidin Syed Mohamed Tahir, Syed Saddiq bin Syed Abdul Rahman, Imam Muda Ashraf dan Ustaz Ebit Lew.

Untungnya isteri dapat suami yang boleh berdikari. Para suami dekat luar sana, bila lagi nak asah bakat memasak?

Bila Lelaki Tunjuk Skil Memasak Di Kala PKP, Boleh Tahan Hebat

sumber : ig imammudaashraf

IKLAN

https://www.instagram.com/p/B-ED5x3ALeu/?utm_source=ig_web_copy_link

Bila Lelaki Tunjuk Skil Memasak Di Kala PKP, Boleh Tahan Hebat

Sumber: ig syedsaddiq

 

IKLAN

https://www.instagram.com/p/B-pBZS_H62I/?utm_source=ig_web_copy_link

 

Bila Lelaki Tunjuk Skil Memasak Di Kala PKP, Boleh Tahan Hebat

sumber:igsyedzainalsmt

IKLAN

 

https://www.instagram.com/p/B-UXDYVFRyx/?utm_source=ig_web_copy_link

 

Sumber: igebitlew

 

Gulai Daging Utara

Tak tahu nak masak apa? Lubuk resipi RASA kini di SEENI, tak perlu susah lagi.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI