
Ni kerepek tradisional yang cukup terkenal zaman berzaman. Dalam senarai hidangan Raya, kuih siput tetap diminati tua muda.

Tapi nak cari resipi yang rangup dan sedap nilah cabarannya. Namun resipi yang dikongsikan Masni Bahari dalam FB Kuali Mama ni memang terlajak sedap. Kalau malas nak ‘menyiput’ gulung-gulung atas kayu pencetaknya boleh digunting aje. Rasanya tetap sama.

KUIH SIPUT RANGUP
BAHAN-BAHAN :

- 1kg tepung gandum
- Cili kering | sukatan ikut pedas masing-masing
- 2 sudu makan rempah daging
- 1 sudu makan jintan manis dan jintan putih | campur dan tumbuk
- 1 cawan santan | jangan terlalu pekat
- 1 cawan majerin | dicairkan
- 1 biji telur
- Garam secukup rasa
- Daun kari secukupnya
CARA MEMASAK :

- Satukan semua bahan dan uli sampai jadi doh.
- Jika perlu tambahkan air sedikit sahaja, dan rehatkan sekejap
- Kemudian dah boleh cubit dan tekan pada acuan
- Tapi kalau nak cara senang guntingkan sahaja.Rasanya tetap sama walaupun bentuknya berbeza.

5. Kemudian boleh lah digoreng, api jangan terlalu kuat, guna api sederhana sahaja.
Kredit: masni bahari
FB Kuali Mama
Tak tahu nak masak apa? Lubuk resipi RASA kini di SEENI, tak perlu susah lagi.
Download
sekarang!
Rupanya Buat Pisang Goreng Kosong Pun Sedap. Lagi Senang

Selalu buat pisang goreng kita guna bancuhan tepung untuk lebih rangup. Tapi rupanya nak buat pisang goreng kosong tanpa bancuhan tepung pun boleh saja. Malah rasanya tetap sedap.
Pisang goreng kosong ini sebenarnya antara menu nostalgia yang jarang dibuat sekarang dan dikongsi oleh Puan Habibah Husin.
Menurut beliau pisang goreng kosong ini akan dibuat apabila diminta oleh bapanya yang banyak menanam pokok pisang untuk dijual.
Rupanya pisang goreng kosong pun sedap
Arwah abah dulu hanya menoreh getah, selain dari tu petang-petang abah akan ke kebun menanam pisang. Pisang nipah, tanduk, pisang nangka pisang rastali antara pisang yg abah tanam.
Setiap kali menebang pisang abah pasti akan bawa balik setandan dua untuk kami kat rumah. Kebiasaannya abah akan request goreng pisang kosong macam ni.

Cara buat pisang goreng kosong
1.Boleh guna pisang nangka atau pisang nipah yang muda. Buang kulit dan bersihkan.

2. Potong nipis guna pisau ( bukan guna penyagat).
3. Rendam dalam air garam selama 15 minit.

4. Goreng sampai kekuningan. Siap!

Selamat mencuba.
Sumber: Habibah Husin.
Resipi Kuih Lompang Berlauk Yang Sedap Sangat, Guna Daging Burger Buat Rendang

Kali ini apa kata kita masak Kuih Lompang Berlauk. Kalau tiada daging segar, tiada masalah. Boleh sahaja guna daging burger untuk masak rendang. Rendang kita buat lebih sedikit. Nanti bolehlah makan dengan roti dan juga nasi impit. Jom kita cuba resipi Kuih Lompang Berlauk seperti yang dikongsikan oleh Zainoor Aliza Ali
RESIPI KUIH LOMPANG BERLAUK

BAHAN UNTUK RENDANG:
10 keping daging burger (dipotong enam bahagian)
2 labu bawang besar
4 ulas bawang putih – BELI ONLINE
1 inci halia –BELI ONLINE
1 inci lengkuas –BELI ONLINE
1 inci kunyit hidup – BELI ONLINE
2 sudu kecil serbuk kunyit – BELI ONLINE
20 tangkai cili padi – BELI ONLINE
1 senduk rata cili kering kisar
2 sudu besar ketumbar (disangai dan dikisar halus)
1 sudu kecil jintan manis (disangai dan dikisar halus) – BELI ONLINE
1 sudu kecil jintan putih (disangai dan dikisar halus) – BELI ONLINE
4 batang serai (dititik)
1 cawan santan kara
3 cawan air
3 sudu besar kerisik – BELI ONLINE
2 helai daun kunyit (dimayang)
Garam
CARA MEMBUAT:
1. Bahan-bahan seperti bawang besar, bawang putih, halia, lengkuas, kunyit hidup, serbuk kunyit, cili padi dan cili kering kisar, dikisar halus dan ditumis hingga agak garing.
2. Masukkan ketumbar, jintan manis, dan jintan putih. Kacau sekata.
3. Masukkan daging, kacau rata. Biarkan seketika hingga terbit airnya.
4. Masukkan santan dan air. Masaklah hingga likat. Masukkan serai.


5. Perlahankan api. Masukkan kerisik dan garam.
6. Apabila sudah agak kering, masukkan daun kunyit. Kacau seketika. Ketepikan.
BAHAN LOMPANG:
1 1/2 cawan tepung beras
1/2 cawan tepung gandum
1 cawan tepung ubi
4 cawan air
1 sudu besar air kapur
Garam
Pewarna kuning
CARA MEMBUAT:
1. Kacau sebati kesemua bahan dan ketepikan.
2. Sapu minyak pada acuan.
3. Didihkan air kukusan. Apabila air telah mendidih panaskan acuan sekejap kemudian keluarkan.
4. Kacau bancuhan sebelum dimasukkan ke dalam acuan untuk elak mendapan. Sudukan ke dalam acuan. Kukus selama 10-12 minit.



5. Biarkan sejuk. Apabila sudah sejuk bolehlah dikeluarkan. Bolehlah sudukan rendang daging burger yang telah siap dimasak tadi. Bolehlah dihidangkan.
INFO: *untuk bancuhan ini boleh dapat 47 hingga 50 biji kuih lompang.
*untuk bancuhan ini kalau guna tepung beras cap teratai, kurangkan air kepada 3 3/4 cawan)
Sumber kredit: Zainoor Aliza Ali
Dapatkan lebih banyak resipi yang mudah, sedap & cepat masak di laman web RASA:
Resipi Ayam Masak Kicap Pedas Pekat, Confirm Habis Licin Bila Hidang
Tonton lebih banyak video masakan mudah & sedap di Youtube @Majalah Rasa Official
5 Resipi Kuih Apam Yang Sangat Mudah Untuk Dibuat Sempena Hari Bapa


Tak tahu nak makan apa untuk juadah petang? Bosan dah kena asyik menggoreng saja. Nah apa kata, kita buat hidangan yang kukus sahaja. Sihat dan senang!
Ini antara resipi-resipi kuih apam homemade yang sedap dan anda boleh cuba. Pasti puas hati!
Boleh cuba buat sendiri untuk sajian keluarga sempena Hari Bapa nanti.
APAM KARAMEL

BAHAN-BAHAN:
1 cawan gula pasir – beli online di sini
1 cawan air
2 biji telur gred A*
1/2 cawan minyak masak*
2 sudu besar marjerin* – beli online di sini
2 sudu besar susu pekat* – beli online di sini
1 penutup esen vanilla* – beli online di sini
1 sudu teh soda bikarbonat – beli online di sini
1 1/2 cawan tepung gandum – beli online di sini
CARA-CARA:
1.Cairkan dengan api perlahan.. Dah cair semuanya, masukkan air. Biarkan didih. Tutup api. Sejukkan.
2.Kemudian, bahan bertanda * dikisar bersama hingga kembang. Kemudian, masukkan soda bikarbonat, tepung gandum dan gula karamel tadi. Kisar lagi sekali hingga sebati.
3.Panaskan kukusan terlebih dahulu. Kemudian, tuang dlm acuan yg disapu marjerin kukus 45 minit atau hingga masak.
Kredit resipi: Nana Ereena
APAM NASI

BAHAN-BAHAN
1 cawan nasi sejuk*
1 1/4 cawan air suam*
3/4 cawan gula halus*
1 cawan tepung beras – beli online di sini
1 cawan tepung gandum
1 sudu besar yis mauripan – beli online di sini
½ sudu kecil garam halus
CARA-CARA:
1.Mula-mula, bahan yang bertanda * dikisar bersama. Kemudian, masukkan tepung beras, tepung gandum dan yis. Kacau hingga sebati.
2.Akhir sekali, masukkan garam halus. Kacau lagi. Kemudian, perap dalam ½ jam hingga ke satu jam di dalam bekas yang bertutup rapat.
3.Tuang dalam acuan yang sudah disapu dengan minyak. Kukus selama 15 minit (pastikan air sudah mendidih, baru letak adunan untuk dikukus).
Kredit resipi: Nurul Izzah Joelati
APAM KAMPUNG

BAHAN-BAHAN:
3 cawan tepung gandum
2 cawan air suam
1 cawan gula
1 paket yis mauripan
CARA-CARA:
1.Campur semua ke dalam bekas. Kacau sebati.
2.perapkan adunan lebih kurang 1 jam dalam keadaan bertutup.
3.Sapu sedikit minyak pada acuan/loyang. Tuang adunan (adunan jangan dikacau)
4.Kukus selama 15 minit. Kalau yang nak guna loyang kukus selama 1 jam atau sehingga apam masak.
Kredit Resepi : Siti Hadirah
APAM MEKAR

BAHAN-BAHAN:
3 biji telur
1 cawan gula
1 sudu makan ovalet – beli online di sini
1 cawan ice cream soda
3 cawan tepung gandum
1 sudu kecil baking powder – beli online di sini
(ayak dua bahan ini)
CARA-CARA:
1. Putar telur, gula dan ovalet hingga betul-betul kembang dan kental. Masuk air ice cream soda. Putar perlahan bagi sebati. Kemudian, baru masukkan tepung yang telah diayak tadi sikit-sikit sambil diputar perlahan. Bila dah sebati, matikan mixer, adunan siap.
2.Bahagikan adunan ikut bilangan warna yang dikehendaki. Seterusnya, sediakan papercup yang telah dimasukkan ke dalam acuan kuih lompang atau apa-apa acuan yang sama saiz dengan papercup yang diguna.
3. Isikan adunan ke dalam papercup. Boleh masukkan adunan yang berwarna putih dahulu, kemudian baru letakkan adunan warna merah dan adunan hijau. Pastikan adunan memenuhi papercup.
4. Panaskan kukusan. Kukus 5 minit sahaja dengan api besar. Pastikan air kukusan betul-betul mendidih untuk dapatkan apam jadi mekar.
Kredit resipi: Maklong Alis Hussin
APAM MILO

BAHAN-BAHAN
6 biji telur
2 cawan tepung gandum
2 cawan gula
½ cawan milo – beli online di sini
CARA-CARA:
1. Pukul telur dan gula sampai berbuih/putih/kembang. Boleh juga gunakan alat pengisar.
2.Masuk tepung gandum. Kisar lagi sampai sebati.
3. Adunan tadi bahagi kepada dua iaitu satu warna asal dan satu adunan lagi letak milo. Kacau sebati.
4. Tuang selang seli dalam loyang kalau nak nampak menarik. Loret guna lidi atau garfu untuk nampak berbunga-bunga (ikut suka tiada paksaan)
5. Kukus selama 20 minit.
*Bagi yg xsuka manis boleh kurangkan manis
Kredit: Eyza Cik Bunga
Dapatkan lebih banyak resipi yang sedap, mudah dan cepat dimasak di laman web Rasa:
https://www.rasa.my/geramnya-tengok-kek-sarang-semut-yang-cantik-ni/
https://www.rasa.my/roti-goreng-sardin-resipi-mudah-je-tapi-sangat-sedap/
https://www.rasa.my/resipi-nasi-goreng-kambing-paling-sedap-sekali-cuba-pasti-nak-lagi/
Tonton lebih banyak video masakan mudah dan sedap di YouTube @Majalah Rasa Official:

