Korang pernah tak tiba-tiba rindu sesangat nak makan masakan air tangan ibu. Tidak ada yang lebih sedap selain dari air tangan ibu, walaupun hanya sambal dan singgang ikan. Jika memori ini mengusik perasaan, apa kata anda cuba masak masakan ibu yang menjadi kegemaran anda. Atau boleh saja cuba menu yang dikongsikan oleh chef Sue Arukin yang diwarisi dari bondanya tercinta.
ASAM REBUS IKAN KEMBUNG
BAHAN-BAHAN:
4-5 ekor ikan kembung | siang, bersih dan tos
4 keping asam gelugor
1 batang serai | titik
3 cawan air
Garam dan gula secukupnya
BAHAN KISAR HALUS:
5 biji cili merah
5 biji lada hitam
4 ulas bawang merah
2 ulas bawang putih
1 inci lengkuas muda
1 inci kunyit hidup
CARA MEMASAK:
Ads
Masukkan bahan-bahan B ke dalam kuali beserta air.
Didihkan hingga mereneh.
Masukkan pula asam gelugor, serai dan ikan.
Biarkan terus mereneh hingga semua bahan sebati.
Sesuaikan rasanya dengan menambah garam dan gula secukup rasa.
Tutup api dan sedia dihidangkan.
GULAI LEMAK KUNING PISANG MUDA IKAN MASIN
BAHAN-BAHAN:
500ml santan pekat
500ml santan cair
8 biji pisang muda | bersihkan kulit luar dan rebus
10 potong ikan masin talang/duri | rendam dan bersihkan
10 biji cili padi hijau
2 inci kunyit hidup
2 batang serai | ketuk
1 sudu teh garam kasar
Lada sulah, gula dan garam halus secukup rasa
CARA MEMASAK:
Cili padi, kunyit kidup dan garam kasar ditumbuk lumat lalu masukkan ke dalam periuk bersama serai dan santan cair.
Didihkan dengan api yang sederhana.
Masukkan ikan masin dan didihkan hingga ikan masin agak empuk.
Masukkan pisang muda yang telah direbus dan tuang santan pekat perlahan-lahan.
Didihkan lagi dengan api yang kecil sambil dikacau perlahan jangan sampai pecah santan.
Sesuaikan rasa dengan menambah lada sulah dan sedikit gula. Tambah garam jika perlu.
Gulai sedia dihidangkan.
KERABU PUCUK UBI, JANTUNG PISANG & TAUGE
BAHAN-BAHAN:
10 tangkai pucuk ubi | rebus empuk & hiris
1 biji jantung pisang | rebus empuk & hiris
150gram tauge | celur
1 biji kelapa parut | putihnya sahaja
3 biji cili merah
5 bij cilipadi
3 ulas bawang merah | bakar
2 ulas bawang putih | bakar
1 inci belacan | bakar
1 inci ubi cekur | bakar
Perahan limau secukupnya
Garam dan gula secukup rasa
CARA MEMASAK:
Cili padi, cili merah, bawang merah bakar, bawang putih bakar, ubi cekur dan belacan ditumbuk lumat.
Di dalam mangkuk besar, satukan kelapa parut dengan bahan-bahan tumbuk dan kacau rata.
Masukkan pucuk ubi dan jantung pisang rebus diikuti dengan tauge celur. Kacau lagi hingga sebati.
Tambah garam dan gula secukup rasa.
Perahkan limau ke dalam kerabu dan sesuaikan rasanya.
Kerabu sedia dihidangkan.
Ads
MASAK LEMAK PUTIH LABU & IKAN BILIS
BAHAN-BAHAN:
500ml santan cair
300ml santan pekat
1/2 biji labu saiz sederhana | bersihkan, potong dadu besar & rebus empuk
1 labu bawang besar | mayang halus
1 batang serai | titik
½ cawan ikan bilis | bersihkan
2 biji cili merah | hiris halus
Garam dan lada sulah secukup rasa
CARA MEMASAK:
Di dalam periuk, satukan snatan cair, ikan bilis, cili merah, bawang besar dan serai lalu didihkan dengan api yang kecil.
Masukkan labu yang telah direbus bersama santan pekat.
Didihkan lagi dengan api perlahan hingga semua bahan masak sebati.
Tambah garam dan lada sulah secukup rasa.
Sedia dihidangkan.
UBI KAYU TUMIS BILIS
Ads
BAHAN-BAHAN;
300gm ubi kayu | potong dadu kecil dan rebus empuk
1/2 cawan ikan bilis
3 tangkai cili kering | potong kecil
1 biji cili merah | hiris
1 labu bawang besar | mayang halus
4 ulas bawang putih | hiris halus
1 sudu teh serbuk cili
2 tangkai daun kari
Garam dan gula secukup rasa
2 sudu makan minyak masak
CARA MEMASAK:
Di dalam kuali panaskan minyak masak.
Goreng ikan bilis hingga garing dan toskan.
Menggunakan minyak yang sama, tumis bawang besar, bawang putih, cili merah dan cili kering hingga wangi.
Masukkan serbuk cili dan daun kari lalu tumis beberapa minit lagi.
Masukkan ubi rebus dan ikan bilis goreng. Gaul sebati.
Tambah garam dan gula secukup rasa.
Sedia dihidangkan.
Tak tahu nak masak apa? Lubuk resipi RASA kini di SEENI, tak perlu susah lagi. Download seeNI sekarang!
Kita selalu kurang selera makan ketika demam. Rasa tak sedap badan dan tekak pun tak selesa nak menelan. Apa kata cuba buat sup telur yang diperkaya dengan kentang. Sedap sangat tau. RASA berikan resipi memasak sup telur yang dicampur kentang. Lauk yang jenis berkuah seperti sup ini boleh membantu mengurangkan rasa tak sedap badan dan membantu juga demam lebih cepat berlalu pergi.
SUP TELUR
sup telur fb.
BAHAN-BAHAN
• Minyak masak untuk menumis
• 2 biji bawang merah (hiris)
• 2 ulas bawang putih (hiris)
• 1 inci halia (hiris)
• Batang sederi (hiris)
• 2 biji ubi kentang potong kecil
• Cendawan kering (rendam air panas 15 minit sebelum dimasak)
• Sedikit suhun dan tauhu kering (direndam dulu)
• Garam
• 4 biji telur ayam
• Daun sup
CARA MEMBUAT
1. Tumis bahan hiris. Kemudian masukkan air ikut kepada sebanyak mana kuah yang kita mahu.
2. Masukkan ubi kentang dan biarkan empuk. Masukkan cendawan.
3. Masukkan suun dan tauhu kering yg di rendam seketika.
4. Masukkan garam. Pecahkan telur satu demi satu. Jangan kacau kerana tak nak telur pecah. Biarkan mendidih seketika.
5. Tabur daun sup.
Teringin nak makan kuih cara, acuan pula tak ada. Acuan takoyaki adalah, tapi boleh saja kita olah cara kita. Comel pula buat kuih cara manis guna acuan takoyaki ni,makan pun senang. Seketul tu sekali ngap je.
KUIH CARA MANIS BAHAN-BAHAN: 2 cawan tepung gandum 1 biji telur gred A – pukul dulu 2 cawan santan 1 cawan air pandan – kisar 4 helai daun pandan & 1 cawan air.Tapiskan Sedikit gula Sedikit garam Sedikit esen vanilla – jika suka Pewarna hijau
CARA MEMBUAT : 1) Masuk semua bahan-bahan di atas dalam bekas. Gaul rata.Tuang dalam blender,kisar halus. 2) Tuang dalam jag sederhana.Panaskan acuan takoyaki atas dapur gas. Api perlahan. Sapu minyak. 3) Tuang adunan penuh dalam acuan. Biarkan seketika,baru letak sedikit gula dalam adunan.Tutup dengan penutup periuk. Agak-agak nampak naik adunan atau sedikit kekuningan dekat tepi kuih,boleh angkat & keluarkan menggunakan lidi atau terbalikkan acuan atas bekas yang sesuai. 4) Untuk tuang adunan seterusnya,mesti kacau-kacau dulu adunan dalam jag,baru tuang. 5) Ulang sehingga habis adunan.Siap untuk dinikmati.
Jika anda peminat kek kukus, anda memang perlu cuba resipi kek lumut kukus yang dikongsi oleh saudari Nor Hairiyah Hassim ni. Nampak sedap kan? Menurut pemilik resipi, kek ini jika makin lama disimpan, makin sedap rasanya. Nak cuba? Jom lihat bahan-bahan yang diperlukan.