Minum petang apa yang sedap? Tentulah kuih muih melayu. Bila sebut kuih muih melayu, sedapnya memang tak boleh bawa bincang. Lemak manis, cukup rasa.Nak buat kuih melayu ni ada langkah tertentu.Siapa kata nak buat bingka pandan tak boleh guna air fryer.Mudah sebenarnya guna air fryer ni.Sedap,lembut.semerbak bau pandan.
Bengkang/Bingka Pandan Versi Air fryer
Bahan-bahan:
1 1/2 cawan tepung gandum
1 cawan pati santan
1 cawan air pandan
3\4 cawan gula/ kalau suka manis 1 cawan
1 sudu teh garam
2 biji telur
2 sudu makan butter
sedikit bijan
sedikit pewarna hijau
Cara membuat:
1.Blend semua bahan di atas kecuali bijan.
2.Masak sekejap atas dapur dengan api perlahan.bila agak likat sikit berwap( jangan sampai berketul-ketul)angkat dan tuangkan ke dalam loyang yang telah dioleskan dengan butter,tuang adunan kemudian tabur bijan.
3.Bakar pada suhu 160,selama 20 minit.
4.Bila dah masak( cucuk dengan lidi sate)kalau tak ada kesan pada lidi tu maknanya dah masak.
5.Tambah lagi 5 min suhu, 180 untuk garingkan atasnya.Suhu bergantung pada AF masing-masing.Kalau kurang masak,tambah lagi masa.
*Saya guna saiz loyang 6′
*Gula 3/4 cawan dah cukup manis bagi saya yang suka kurang manis.Terpulang pada citarasa dan selera masing-masing.Foto & airtangan- Eniza M. Salim
Sarapan atau minum petang mesti jadi lebih seronok kalau ada kuih kegemaran dihidang atas meja. Kali ini RASA kongsikan resipi kuih keria gula melaka homemade yang senang je nak buat. Tak guna tepung tau. Tapi tepung diganti dengan oat.
KERIA OAT
BAHAN-BAHAN
3 biji keledek
5 sudu besar oat
Minyak untuk menggoreng
Gula kelapa atau gula kabung
CARA MEMBUAT
1. Rebus 3 biji keledek dan dilecekkan.
2. Kisar kering 5 sudu oat sehingga jadi tepung.
3. Campur oat dalam keledek dan adun jadi doh.
4. Bentukkan jadi bentuk cincin.
5. Gorenglah sehingga garing.
6. Sambil goreng boleh cairkan gula kelapa dan masak sehingga pekat melekit.
6. Selepas keria masak garing, boleh sira dalam gula kelapa tadi.
TIP
1. Manis tanpa gula putih. Guna gula kelapa atau gula kabung. Tepung gandum ganti oat supaya lebih sihat dan kenyang lebih lama.
2. Kalori masih tinggi tapi gula kelapa lebih rendah indek glicemik daripada gula putih. Lambat terurai dalam darah jadi kenyang lebih lama.
Kuih Lompang adalah antara kuih tradisional yang popular dan digemari ramai. Namun agak sukar untuk jumpa kuih ni yang sedap. Jadi, kalau anda cuba buat sendiri, resipi perkongsian dari FB saudari Jamal dan Asmahan ni antara yang terbaik dan nampak menyelerakan. Jom lihat bahan-bahan yang diperlukan.
KUIH LOMPANG BERLESUNG PIPIT
BAHAN-BAHAN:
350gm gula merah
60gm gula pasir
450ml air
170gm tepung gandum
120gm tepung ubi
60gm tepung beras cap 3 gajah
900ml air
1/2 sudu teh kapur sireh
CARA MEMASAK:
Satukan gula merah, gula pasir dan air dalam periuk. Masak hingga gula larut. Angkat dan sejukkan.
Bila air gula dah sejuk, campurkan bahan-bahan lain. Adun hingga sebati.
Tapis adunan bagi memastikan tiada ketulan dan bahan-bahan larut sempurna.
Bangsa Johor mesti kenal kuih tradisional ni. Kaya dengan rasa labu lemak manis yang cukup berkhasiat. Kuih ni cukup popular di majlis kenduri kendara, jadi manisan untuk hantaran pun boleh. Bahan-bahannya cukup ringkas aje.
Ilmu buat kuih tradisional ni, anak-anak muda elok sangat belajar buat kuih ni. Ni perkongsian cara membuatnya dari Muzzammil Mustafa Sani dari laman webnya dapur.maskulin.com
KUIH KACAU LABU
BAHAN-BAHAN :
350 gram gula pasir
400 ml santan
500 ml air
50 gram tepung jagung | dibancuh dengan sedikit air
1.5kg labu
5 biji telur | dipukul kembang
2 helai daun pandan
Garam
CARA MEMASAK :
1.Masak santan bersama gula dan daun pandan hingga pekat.
2. Kemudian, masukkan telur, labu yang telah dibuang kulit, direbus dan dikisar halus bersama garam.
3. Kacau sebati. Sesudah itu, tuangkan bancuhan air tepung jagung ke dalamnya. Apabila sudah pekat, tuangkan adunan ke dalam loyang. Boleh dibekukan dalam peti sejuk jika suka.
4. Bentukkan kuih mengikut acuan yang digemari. Boleh juga dihias dengan halwa.
Cuba resipi ayam perap mayo sedap dan mudah ini! Diperap dengan madu, mayones dan sos tiram, dijamin lembut, berlemak dan menjilat jari. Klik untuk langkah penuh.