Dah lama rasanya tidak membuat bingka roti. Seminggu dua ni banyak cerita tersalah beli roti gardenia pandan kelapa. Selalu beli roti gardenia. Dah kebetulan ada roti pandan ni kita bakar la bagi naik lagi aromanya dengan bahan-bahan tambahan yang ada. Nak guna roti putih pun boleh saja.
BINGKA ROTI PANDAN Bahan-bahan: 6-7 keping roti pandan/putih 1/4 cawan susu cair/air biasa 200ml santan 1 cawan air/air pandan 1/2 cawan gula (suka manis lebihkan) 1 cawan tepung gandum 1 biji telur Sedikit esen vanilla (optional)-BELI ONLINE DI SINI Sedikit garam #zida2004 Sedikit emulco/esen pandan (optional)-BELI ONLINE DI SINI Sedikit pewarna hijau-BELI ONLINE DI SINI Bahan topping/tabur pilihan – Saya letak bijan hitam, kismis dan sekaya
Cara memasak: 1.Carik-carikkan atau potong roti. Rendam dengan susu cair/air paras-paras roti sahaja. 2.Dalam bekas lain, campurkan santan, air/air pandan, gula, tepung, telur, esen vanilla, garam, emulco/esen pandan dan pewarna hijau. Kacau sebati hingga gula larut dan tepung tiada ketulan. 3.Masukkan rendaman roti ke dalam bekas campuran bahan lain tadi. Kacau sebati tapi tidak perlu hingga roti hancur. 4.Sapukan butter pada periuk atau loyang. Masukkan adunan roti ke dalamnya.
5.Ratakan sedikit. Taburkan bahan topping diatasnya. 6.Bakar selama 50 minit – 1 jam dengan api gas paling perlahan atau bakar dengan oven suhu 180°C api atas bawah mengikut oven masing-masing.
Ads
7.Sejukkan baru dikeluarkan dari periuk/ loyang dan dipotong. Siap untu dihidang Kredit:#norfazidagda
Manisan,pana cotta, muffin dan bikut memang sedap makan setelah puas menikmati hidangan berempah majlis perkahwinan. Sekiranya anda masih mencari menu sesuai untuk Candy Buffet majlis perkahwinan anak atau rakan, jom semak lima resipi hebat daripada hotel The Pearl Kuala Lumpur ni.
Resipi yang diberi ni adalah ilham oleh barisan Chef The Pearl Kuala Lumpur Hotel yang diketuai Chef Pastri Wan Kaisa Ibrahim. Selamat mencuba.
1. PECAN BUTTERSCOTCH MUFFIN
BAHAN-BAHAN :
Bahan muffin :
300gm tepung naik sendiri
100gm gula halus
6gm baking powder
2gm garam
100ml susu
2 biji telur
6gm esen vanilla
100gm minyak jagung
30gm kacang pecan | ditumbuk
30gm coklat putih | dicairkan
100gm karamel
Bahan karamel :
100gm gula
20ml air
*Masak gula dengan air sehingga warna keperangan menjadi karamel
Bahan butterscotch:
150gm gula
50gm krim
25gm mentega
3gm garam
CARA MEMASAK : Cara masak butterscotch :
1. Masak gula dan tambahkan air, masakkan dua bahan ini sehingga warna keperangan.
2. Masukkan krim dan kacau hingga likat sedikit, dan masukkan garam.
Cara masak muffin :
1. Pukul telur dan gula hingga kembang.
2. Ayak bahan kering (tepung, baking powder dan garam), masukkan ke dalam adunan telur dan gula tadi.
3. Pukul hingga sebati , masukkan esen vanilla, coklat putih, diikuti dengan minyak jagung.
4. Kacau kesemua adunan hingga sebati.
5. Tuangkan ke dalam cawan kertas muffin bersaiz sederhana
6. Paipkan butterscotch dan hiaskan kacang pecan di atasnya
7. Panaskan oven dengan suhu 175 C- 180 C, dan bakar selama 20-25 minit atau hingga keperangan.
Saiz hidangan : 20 biji, cawan kertas sederhana
Waktu memasak : 25 minit
Cara memasak : Bakar
Jenis masakan : Muffin
Keistimewaan : Rangup dengan kacang pecan dan manis butterscotch & karamel
Anggaran kos : RM 25
INFO CHEF : Usah tuang adunan melebih sukatan cawan kertas yang digunakan jika mahukan muffin terbentuk cantik.
2. PANNA COTTA WITH FRESH BERRIES
BAHAN-BAHAN :
250ml krim masakan
50ml susu segar
3ml esen vanila
10gm gelatin
40ml air
Buah-buahan secukupnya | dipotong kecil :
Strawberi
Anggur
Kiwi
Oren
CARA MEMASAK :
1. Campurkan krim masakan, susu segar, gula dan esen vanila ke dalam periuk dan panaskan hingga mendidih.
2. Sementara tunggu mendidih, campurkan gelatin dan air kacau hingga tidak berketul dan biarkan selama 5 minit (blooming )
3. Setelah campuran pertama tadi mendidih dalam periuk, perlahankan api dapur dan cairkan campuran kedua (gelatin) ke dalam ketuhar gelombang mikro
4. Tuangkan campuran kedua ke dalam periuk tadi dan kacau hingga sebati dan terus tuangkan ke dalam bekas yang mahu digunakan.
5. Letakkan bekas tadi ke dalam chiller selama satu malam.
6. Setelah panna cotta sudah siap, hiaskan hidangan anda menggunakan buah-buahan yang siap dipotong
Saiz hidangan : 20 cawan bekas plastik, 20ml setiap satu
Waktu memasak : 35 minit
Cara memasak : Bakar
Jenis masakan : Puding
Keistimewaan : Kaya dengan rasa susu dan krim dan masam manis buah-buahan
Anggaran kos : RM 25
INFO CHEF : Adunan yang siap dimasak harus dituang segera dalam bekas, jika tidak ia akan mengental sebelum sempat dituang.
3. LEMON MERINGUE STICK
BAHAN-BAHAN :
240gm putih telur
450gm gula halus
45gm tepung jagung
150gm gula aising
15ml jus lemon
CARA MEMASAK:
1. Pukul putih telur dan gula hingga kembang.
2. Keluarkan dari dalam mixer dan gaulkan dengan bahan lain menggunakan spatula.
3. Masukkan tepung jagung, gula aising dan jus lemon ke dalam bahan yang telah kembang tadi masukkan kesemua bahan itu satu persatu.
4. Gaulkan secara ‘fold in’ dan kacau perlahan-lahan.
5. Paipkan adunan yang telah siap di atas pembakar yang dilapik atas kertas minyak mengikut bentuk dan kreativiti anda.
6. Bakar di dalam oven bersuhu rendah 45-50 darjah Celcius selama 3hingga 3 jam setengah.
Saiz hidangan : 4-5 orang makan
Waktu memasak : 3 jam setengah
Cara memasak : Bakar dengan suhu rendah
Jenis masakan : Pencuci Mulut
Keistimewaan : Meringue berperasa limau yang penuh zest
Anggaran kos : RM 8
INFO CHEF : Pastikan bekas yang anda gunakan untuk membuat meringue adalah kering dan bersih kerana meringue sensitif dengan air
4. CINNAMON SUGAR SHORTBREAD COOKIES
BAHAN-BAHAN :
108gm mentega
60gm gula
163gm tepung gandum
30gm serbuk kayu manis
30gm gula
CARA MEMASAK :
1. Masukkan mentega dan gula ke dalam mixer dan pukul hingga kembang.
2. Masukkan tepung yang telah diayak perlahan-lahan ke dalam adunan
3. Gaul sehingga ia menjadi doh semula kemudian simpan doh tersebut ke dalam chiller selama 15 minit.
4. Keluarkan doh dan canaikan sehingga 3 sm tebal.
5. Terap doh dalam bentuk bulan dan susun atas dulang pembakar yang dilapik kertas minyak.
6. Campurkan serbuk kayu manis dengan gula dan gaul sebati, taburkan atas permukaan doh.
7. Masukkan ke dalam oven dengan suhu 170-180 darjah Celcius selama 25-30 minit.
Saiz hidangan : 30 keping
Waktu memasak : 30 minit
Cara memasak : Bakar
Jenis masakan : Biskut
Keistimewaan : Biskut rangup beraroma dan rasa kulit kayu manis berempah
Anggaran kos : RM 10
INFO CHEF : Jangan lupa menyimpan doh di dalam chiller untuk biskut yang lebih rangup.
5. PANDAN MACAROON WITH KAYA FILLING
BAHAN-BAHAN :
Bahan A :
150gm gula aising
150gm serbuk badam
55gm putih telur
10gm perasa pandan
Bahan B :
55gm putih telur
43gm air
150gm gula
Bahan inti kaya :
100gm kaya
50gm topping cream
*Pukul topping cream hingga kembang, masukkan kaya dan kacau hingga sebati.
CARA MEMASAK :
Langkah untuk bahan A :
1. Ayak gula aising dan serbuk badam ke dalam satu mangkuk.
2. Campurkan putih telur ke dalam tepung tadi dengan cara kaup balik dan kacau dengan perlahan, jangan kacau terlalu lama kerana ia akan menjadi cair
3. Kacau hingga sebati dan kemudian letakkan perisa pandan ke dalamnya dan kacau hingga sebati.
Langkah untuk bahan B :
1. Masukkan putih telur ke dalam dalam mixer dan pukul hingga kembang.
2. Gula dan air perlu dimasak hingga suhu 121 darjah Celcius
3. Masukkan air gula yang dimasak tadi ke dalam mixer sambil guna kelajuan paling tinggi. Tuangkan air gula perlahan-lahan ke dalam mixer.
4. Pukul hingga kembang dan stabil (jika terbalikkan mangkuk mixer, meringue di dalamnya tidak akan jatuh).
Langkah final :
1. Campurkan adunan A dan B dengan cara kaup balik , gaul hingga sebati.
2. Setelah siap anda boleh paipkan macaroon di atas dulang berlapik kertas minyak
3. Gunakan pewarna makanan yang anda mahu gunakan dan paipkan mengikut bentuk yang disukai.
4. Biarkan dalam suhu bilik dalam 10 hingga 15 minit.
5. Bakar dalam oven dalam suhu 180-185 darjah Celcius selama 20-25 minit
6. Biarkan macaroon yang siap dibakar dalam suhu bilik sehingga ianya sejuk
7. Paipkan inti di tengah-tengah sebelum cantumkan kedua belah macaroon
Saiz hidangann: 30 keping, satu set dua belah
Waktu memasak : 30 minit
Cara memasak : Bakar
Jenis masakan : Meringue
Keistimewaan : Manisan berperisa pandan yang lembut dan cair di mulut
Anggaran kos : RM 21
INFO CHEF : Penyediaan maroon perlu dibuat dengan cepat untuk mengelakkan adunan daripada mencair.
FOTO : AZFARINA SULAIMAN
RESIPI : KETUA PASTRI CHEF WAN KAISA IBRAHIM, MUHAMMAD SYAMSUL FITRI ABD JALIL, NUR FARHANA MOHD SAID & MOHDHAZRIL ROAIZAD
TERIMA KASIH : THE PEARL HOTEL KUALA LUMPUR, Batu 5, Jalan Klang Lama, KL. www.pearl.com.my
Peminat lasagna boleh try buat lasagna guna biskut cracker ni. Nampak macam senang nak buat. Rasanya pun mesti rangup-rangup sikit kan? Jom try. Tak susah pun.
LASAGNA BISKUT CRACKER
BAHAN PERAP INTI
1 tiub daging cencang
3 ulas bawang putih
1 inci halia
4 sudu serbuk kari
Sedikit lada sulah
Garam secukup rasa
Sedikit minyak masak untuk menumis
1 biji bawang Holland (untuk menumis nanti)
CARA PERAP INTI DAGING
1. Satukan semua bahan inti (kecuali minyak masak dan bawang holland) dalam sebuah bekas.
2. Perapkan sekejap dalam lebih kurang 5 minit.
3. Sediakan kuali dan panaskan sedikit minyak untuk menumis.
4. Potong dadu bawang Holland. Tumis sekejap dan masukkan inti daging perap tadi.
5. Masak hingga garing. Bila dah masak ketepikan.
BAHAN UNTUK DILAPIS
1 cawan susu cair
1 cawan santan
1 cawan air
Marjerin | untuk sapu pada loyang
1 pek biskut cracker
10 biji telur ayam | pecahkan dan kacau
Sedikit daun bawang / daun sup
Hirisan cili
Parutan keju
CARA CELUP & LAPISKAN BISKUT
1. Siap buat inti, kita nak melapis pula. Lebih kurang macam buat cheesekut.
2. Satukan susu cair, santan dan air dalam periuk. Panaskan.
3. Sementara itu, boleh lapik loyang dengan aluminium foil. Sapukan marjerin keliling loyang 8 inci.
4. Celup biskut cracker dalam adunan susu dan santan tadi. Jangan lama nanti biskut lembik. Susun dalam loyang.
5. Letak inti daging. Ratakan telur di atas inti daging. Tambahkan daun bawang atau daun sup dan cili yang dihiris.
6. Letakkan sedikit parutan keju jika suka.
7. Letak telur lagi.
8. Ulang langkah 4 hingga 7 sampailah habis biskut dan inti daging.
9. Bakar pada suhu 170 selama 40 minit atau ikut kapasiti oven masing-masing.
10. Selesai membakar, hiasilah topping lasagna ikut kreativiti masing-masing.
Kadang-kadang selera makan kita ni berubah nak yang lauk simple je. Paling penting sekali nasi kena panas. Kalau nasi panas, makan dengan lauk apa sekalipun confirm berselera. Saya akan kongsikan 4 resipi mudah berasakan telur. Sesuai untuk yang bujang ataupun surirumah yang nak lauk ringkas dan berkhasiat untuk anak-anak di rumah. Jom kita cuba!
Jom cuba resipi meatball homemade sedap menyengat tanpa MSG! Sihat, mudah disediakan dan sesuai untuk hidangan keluarga. Ikuti langkah mudah ini sekarang.