Bingka Roti Pandan, Aroma Harum Semerbak Buat Ketagih Nak Makan

Share

Dah lama rasanya tidak membuat bingka roti. Seminggu dua ni banyak cerita tersalah beli roti gardenia pandan kelapa. Selalu beli roti gardenia. Dah kebetulan ada roti pandan ni kita bakar la bagi naik lagi aromanya dengan bahan-bahan tambahan yang ada. Nak guna roti putih pun boleh saja.


BINGKA ROTI PANDAN
Bahan-bahan:
6-7 keping roti pandan/putih


1/4 cawan susu cair/air biasa
200ml santan
1 cawan air/air pandan
1/2 cawan gula (suka manis lebihkan)
1 cawan tepung gandum
1 biji telur
Sedikit esen vanilla (optional)-BELI ONLINE DI SINI
Sedikit garam #zida2004
Sedikit emulco/esen pandan (optional)-BELI ONLINE DI SINI
Sedikit pewarna hijau-BELI ONLINE DI SINI
Bahan topping/tabur pilihan
– Saya letak bijan hitam, kismis dan sekaya

Cara memasak:
1.Carik-carikkan atau potong roti. Rendam dengan susu cair/air paras-paras roti sahaja.
2.Dalam bekas lain, campurkan santan, air/air pandan, gula, tepung, telur, esen vanilla, garam, emulco/esen pandan dan pewarna hijau. Kacau sebati hingga gula larut dan tepung tiada ketulan.


3.Masukkan rendaman roti ke dalam bekas campuran bahan lain tadi. Kacau sebati tapi tidak perlu hingga roti hancur.

4.Sapukan butter pada periuk atau loyang. Masukkan adunan roti ke dalamnya.
5.Ratakan sedikit. Taburkan bahan topping diatasnya.

6.Bakar selama 50 minit – 1 jam dengan api gas paling perlahan atau bakar dengan oven suhu 180°C api atas bawah mengikut oven masing-masing.

7.Sejukkan baru dikeluarkan dari periuk/ loyang dan dipotong. Siap untu dihidang

Kredit:#norfazidagda

Published by
Putri Adila Saari