Bingka ubi garing di luar dan lembut di dalam. Yang bestnya bingka arau bengkang ubi ini bukan saja senang nak buat, rasa pun bukan main sedap lagi!
Dengan tekstur yang garing di luar lembut di dalam. Rasanya pun manis sedang elok, lemak berkrim yang seimbang.
Tak Susah Pun Buatnya
Orang ingat buat bingka ni susah kan tapi senang sangat sebenarnya. Hanya campurkan semua bahan dan bakar.
Resipi yang dikongsikan oleh puan Baizura Muhammad atau Kak Bai ini memang dah tepat-tepat sukatannya. Insya-Allah CONFIRM JADI. Yang penting ikut bahan dan cara buat dia betul-betul ye.
Bingka Ubi, Garing Di Luar, Lembut Di Dalam
Bahan-bahan:
4 cawan Ubi Kayu (disagat)
2 cawan Santan pekat – boleh beli online di sini
1 cawan Gula Pasir – boleh beli online di sini
½ sudu kecil Garam – boleh beli online di sini
Sedikit Pewarna Kuning
Cara Memasak:
Sebelum sagat ubi, panaskan oven dulu dengan suhu 200C, guna api atas bawah tanpa kipas.
Selepas itu, bolehlah mula sagat ubi menggunakan penyagat. Kena pastikan dapat dapat empat cawan. Beli ubi kayu lebih pun tak apa, kadang ubi itu tak elok.
Sukatan cawan pula tak kisah, asalkan guna satu cawan yang sama dari awal sampai siap bingka ni nanti.
Seterusnya paling senang. Campur je semua bahan. Mula-mula masukkan gula cawan.
Ads
Lepas itu, masukkan santan pekat. Kalau guna santan asli, perah daripada 1 biji kelapa.
Sebagai rujukan untuk beli bahan: Cawan metriks yang Kak Bai pakai tu memerlukan 500ml santan kotak. Ikut cawan masing-masing lah ye. Kita perlukan 2 cawan. Jangan lupa kocak dulu sebelum tuang santan tu.
Kemudian masukkan garam 1/2 sudu kecik. Nampak tak kat sudu tu ada tulis 1/2 tbs (1/2 table spoon). Haa senang kan pakai penyukat metriks macam tu.
Setelah itu, masukkan pewarna kuning. Ikut suka je nak letak banyak mana. Mula-mula letak sikit dulu, kacau dan tengok hasilnya. Kalau masih belum cukup keramat lagi warna kuning tu, bolehlah tambah lagi sampai puas hati.
Kacau rata semua bahan tadi sampai gula hancur. Jangan pandai-pandai nak tambah tepung ke apa. Memang itu je bahan-bahannya. Simple tapi menjadi.
Masa Untuk Bakar:
Ads
Tuang dalam loyang 7 inci. Ratakan. Loyang tu tak perlu sapu atau alas apa-apa sebab nanti santan pekat tu bila dibakar akan jadi berminyak sikit. Jadi, bingka tak melekat dan senang je nak keluarkan – asalkan dah betul2-betul sejuk.
Masukkan loyang dalam oven yang dah dipanaskan tadi. Guna suhu 200C api atas bawah tanpa kipas. Letak dekat rak paling bawah. Bakar dalam 1 jam – 1 1/2 jam.
Kalau jenis suka bingka yang lembut semua, 1 jam dah cukup. Kalau suka yang garing kulitnya, bakar dalam 1 1/2 jam. Atau tengok kalau bahagian atas dah perang, dah boleh angkat. Pendek kata ikut selera masing-masing.
Bila dah masak, keluarkan dari oven. Sejukkan dulu lebih kurang 3-5 jam. Bingka akan lekang sendiri dari loyang bila dah cukup sejuk.
Sejuk ni maknanya pada suhu bilik ya, tak payah masukkan dalam peti sejuk pulak. Tapi kalau dah tak sabar sangat nak makan panas-panas, makan jelah dik.
Kalau nak bingka yang lembut dan lemak berkrim, make sure ikut betul-betul sukatan dan cara buatnya tau. Insya-Allah puas hati dan puas makan.
Buntu fikirkan sarapan apa nak dibuat setiap pagi? Usah risau…Ada macam-macam resipi boleh cuba. Salah satu yang mudah dan pantas adalah cucur. Ha..Terlajak mudah! Jom lihat bahan-bahan yang diperlukan.
CUCUR SOSEJ BERSAMA SAYURAN
BAHAN-BAHAN:
2 cawan tepung gandum
1 biji ubi kentang | dihiris kecil
1 biji bawang besar | dimayang
1 biji telur
2 batang sosej | dihiris nipis
1 cawan air sejuk
1 batang lobak merah | dihiris halus
Sedikit daun kucai | dihiris
Garam secukup rasa
CARA MEMASAK:
Masukkan hirisan sosej, kentang, bawang, lobak merah, daun kucai, tepung dan telur ke dalam mangkuk besar. Gaulkan dan tambah air sedikit demi sedikit.
Gaul adunan supaya sebati dan masukkan garam mengikut cita rasa.
Panaskan minyak dan sudukan adunan tepung ke dalam minyak panas. Balik-balikkan cucur dan goreng sehingga kekuningan.
Siapa suka Cucur Badak, kuih tradisi ini antara kuih yang memang tak lapuk dek hujan dan tak lekang dek panas. Sentiasa menjadi carian untuk kudapan sarapan mahupun minum petang. Tapi semakin hari kuih ini semakin mahal harganya. Kalau korang peminat kuih ini mesti 2-3 biji tak cukup. Apa kata korang buat sendiri kuih ini.
CUCUR BADAK BAHAN-BAHAN:
INTI:
1/2 biji kelapa parut | putih sahaja
2 sudu makan udang kering
2 sudu makan pes cili kering
1 sudu teh air asam jawa
3 ulas bawang merah | kisar
1 ulas bawang putih | kisar
1 cm halia | kisar
1 batang serai | kisar
Garam dan gula secukup rasa
DOH:
250gm keledek | rebus dan lenyek
1/2 cawan tepung gandum
1 sudu teh garam
CARA MEMASAK:
Campurkan semua bahan kisar bersama kelapa parut, pes cili, garam, gula dan air asam jawa.
Gaul rata, kemudian rasa jika tidak cukup garam atau gula boleh tambah lagi (inti ini sedikit manis).
Panaskan 1 sudu minyak masak dalam kuali, kemudian masukkan inti yang sudah digul rata tadi.
Kacau hingga Sedikit garing,
Tutup api dan ketepikan.
Gaulkan tepung bersama garam halus.
Kemudian masukkan tepung sedikit demi sedikit dalam bekas berisi keledek yang telah dilenyek.
Uli hingga menjadi doh lembik dan tidak melekat di tangan.
Ambil sedikit doh sebesar bola pingpong, leperkan dan masukkan inti di tengah kemudian bulatkan semula dan leperkan sedikit. Lakuka hingga habis adunan.
Mulut rasa nak mengunyah yang manis. Min cadangkan buat resipi kuih lapis coklat pandan yang pasti korang suka. Boleh layan makan, gabungan pandan dan coklat memang harum jer . Bolehlah cuba nanti .Sedap yakmat ampa tau dak
KUIH LAPIS COKLAT PANDAN
BAHAN A 2 cawan tepung beras(cap teratai) 1 cawan tepung gandum 2 sudu besar tepung jagung 2 cawan santan 1 sudu kecil garam
BAHAN B 1 tin susu cair 1 cawan santan 1 ¹/⁴ cawan gula pasir( 1 cawan lebih) 2 helai daun pandan(simpul)
BAHAN C 3 sudu besar serbuk koko+ 4 sudu besar air suam =kacau biar sebati 1 sudu kecil pewarna hijau(nak terang lagi..boleh tambah lagi)
*Kalau betul-betul ikut sukatan memang akan dapat kuih lapis yang cun
Cara memasak: 1.Satukan semua bahan B.Masak atas api sambil-sambil kacau sampai gula hancur. 2.Ketepikan bahan B yang dimasak tadi. Biar suam-suam sikit. 3.Masukkan semua bahan A dalam bekas. Kacau-kacau biar sebati. 4.Bila bahan B yang kita masak tadi dah suam, campurkan bahan A dan B.Kacau sebati dan tapis. 5.Bahagikan adunan kepada 2 bahagian. 6.Satu adunan letak serbuk koko yang dibancuh tadi(kacau sebati) 7.Satu adunan lagi masukkan pewarna hijau.
8.Panaskan kukusan.Penutup kukusan kena bungkus supaya air wap tidak menitik. 9.Letak loyang yang dah disapu minyak dalam kukusan biar panas sekejap. Tuang adunan selapis selapis. 10.Mula-mula .tuang warna coklat dulu selapis. Guna senduk bulat yang besar.Tuang haruslah rata dalam loyang. 11. Kukus dalam 5 minit setiap lapisan, api sederhana.Dah cukup 5 minit, buka kukusan. Kemudian tuang yang hijau .Tutup dan kukus lagi 5 minit. 12.Ulang langkah tuang selapis-selapis sampai habis adunan. 13.Untuk adunan yang terakhir,kukus selama 20 minit.
14.Dah siap masak,keluarkan kuih lapis dari kukusan.Sejukkan baru boleh dipotong menggunakan pisau plastik Selamat mencuba. Resipi :Cikpooja
Cuba resipi ayam perap mayo sedap dan mudah ini! Diperap dengan madu, mayones dan sos tiram, dijamin lembut, berlemak dan menjilat jari. Klik untuk langkah penuh.