Bingka ubi garing di luar dan lembut di dalam. Yang bestnya bingka arau bengkang ubi ini bukan saja senang nak buat, rasa pun bukan main sedap lagi!
Dengan tekstur yang garing di luar lembut di dalam. Rasanya pun manis sedang elok, lemak berkrim yang seimbang.
Orang ingat buat bingka ni susah kan tapi senang sangat sebenarnya. Hanya campurkan semua bahan dan bakar.
Resipi yang dikongsikan oleh puan Baizura Muhammad atau Kak Bai ini memang dah tepat-tepat sukatannya. Insya-Allah CONFIRM JADI. Yang penting ikut bahan dan cara buat dia betul-betul ye.
4 cawan Ubi Kayu (disagat)
2 cawan Santan pekat – boleh beli online di sini
1 cawan Gula Pasir – boleh beli online di sini
½ sudu kecil Garam – boleh beli online di sini
Sedikit Pewarna Kuning
Sebelum sagat ubi, panaskan oven dulu dengan suhu 200C, guna api atas bawah tanpa kipas.
Selepas itu, bolehlah mula sagat ubi menggunakan penyagat. Kena pastikan dapat dapat empat cawan. Beli ubi kayu lebih pun tak apa, kadang ubi itu tak elok.
Sukatan cawan pula tak kisah, asalkan guna satu cawan yang sama dari awal sampai siap bingka ni nanti.
Seterusnya paling senang. Campur je semua bahan. Mula-mula masukkan gula cawan.
Lepas itu, masukkan santan pekat. Kalau guna santan asli, perah daripada 1 biji kelapa.
Sebagai rujukan untuk beli bahan: Cawan metriks yang Kak Bai pakai tu memerlukan 500ml santan kotak. Ikut cawan masing-masing lah ye. Kita perlukan 2 cawan. Jangan lupa kocak dulu sebelum tuang santan tu.
Kemudian masukkan garam 1/2 sudu kecik. Nampak tak kat sudu tu ada tulis 1/2 tbs (1/2 table spoon). Haa senang kan pakai penyukat metriks macam tu.
Setelah itu, masukkan pewarna kuning. Ikut suka je nak letak banyak mana.
Kacau rata semua bahan tadi sampai gula hancur. Jangan pandai-pandai nak tambah tepung ke apa. Memang itu je bahan-bahannya. Simple tapi menjadi.
Tuang dalam loyang 7 inci. Ratakan. Loyang tu tak perlu sapu atau alas apa-apa sebab nanti santan pekat tu bila dibakar akan jadi berminyak sikit. Jadi, bingka tak melekat dan senang je nak keluarkan – asalkan dah betul2-betul sejuk.
Masukkan loyang dalam oven yang dah dipanaskan tadi. Guna suhu 200C api atas bawah tanpa kipas. Letak dekat rak paling bawah. Bakar dalam 1 jam – 1 1/2 jam.
Kalau jenis suka bingka yang lembut semua, 1 jam dah cukup. Kalau suka yang garing kulitnya, bakar dalam 1 1/2 jam. Atau tengok kalau bahagian atas dah perang, dah boleh angkat. Pendek kata ikut selera masing-masing.
Bila dah masak, keluarkan dari oven. Sejukkan dulu lebih kurang 3-5 jam.
Bingka akan lekang sendiri dari loyang bila dah cukup sejuk.
Sejuk ni maknanya pada suhu bilik ya, tak payah masukkan dalam peti sejuk pulak. Tapi kalau dah tak sabar sangat nak makan panas-panas, makan jelah dik.
Kalau nak bingka yang lembut dan lemak berkrim, make sure ikut betul-betul sukatan dan cara buatnya tau. Insya-Allah puas hati dan puas makan.
SERTAI TELEGRAM GENG RASA SHARE RESIPI
Dapatkan lebih banyak resipi di laman web RASA:
Tonton lebih banyak video masakan mudah & sedap di Dailymotion @RASA dan Youtube Majalah RASA Official