Bingsu Dari Korea, 2 Bahan Jer Siap Pencuci Mulut Yang Sedap Dan Segar!

Share

Resipi dari perkongsian Mamadee, Bingsu merupakan alternatif pencuci mulut yang lebih sihat dan menyegarkan. Bingsu adalah hidangan dari Korea. Sebenarnya topping untuk Bingsu ini anda boleh pelbagaikan dengan pilihan buah-buahan masing-masing. Ada juga yang letakkan kacang merah dan mochi dalam Bingsu. Pendek kata, terserah kepada anda untuk bereksperimentasi dengan hidangan Bingsu ini. Selamat mencuba!

 

RESIPI BINGSU MANGGA & TEMBIKAI

BAHAN-BAHAN:

  • 3 cawan susu segar |yang dibekukan
  • 1 sudu makan susu pekat manis

CARANYA:

  1. Masukkan kedua-dua bahan ini ke dalam plastik zip bag seperti dalam gambar.
  2. Baringkan plastik tersebut dalam fridge. Biarkan susu tersebut beku.
  3. Setelah susu beku, keluarkan daripada zip bag tersebutdan masukkan kedalam food processor/pengisar untuk parut/ hancurkan susu segar beku tersebut.Setelah susu segar tersebut dah hancur, anda masukkan kedalam mangkuk (gambar seperti dibawah).
  4. Masukkan separuh susu tersebut dalam mangkuk. Kemudian lapiskan dengan buah-buahan pilihan. Letakkan juga cereal seperti cornflakes setelah letakkan buah.
  5. Kemudian penuhkan mangkuk dengan susu segar beku yang telah dihancurkan tadi. Hiaskan dengan buah-buahan pilihan.
  6. Akhir sekali letakkan sedikit susu pekat manis di atas parutan susu segar tadi. Siap untuk dihidang.

NOTA: *Bingsu cepat cair, jadi pastikan anda terus makan setelah Bingsu disediakan

 

Konsi resipi: mamadeekitchen

Published by
Mastura Abu Kassim