Ada yang dah mula buat biskut raya ke? Biskut ni buat dari sekarang pun boleh saja dimakan. Tambah kalau dapat biskut ala famous amos ni gerenti tak henti makan. Kalau ada yang nak mencuba boleh ikut resipi yang dikongsikan ini. Akui pemilik resipi, 90% bau, rasa dan tekstur macam famous amos. Ada rasa melt sikit dan so creamy.Nak biskut sedap guna pure butter dan choc chip mahal sikit. Kalau ikut langkah demi langkah gerenti menjadi.

Biskut Ala Famous Amos

BAHAN A

  • 250gm tartura salted butter – suhu bilik
  • 1/2 cawan minyak jagung/minyak masak-beli online di sini
  • 1 1/2 cawan gula perang
  • 1 biji telur
  • 1 sudu kecil butter oil
  • BAHAN B (ayak bersama)
  • 4 cawan tepung gandum
  • 1 sudu kecil soda bikarbonat-beli online di sini
  • 1 sudu kecil baking powder
  • BAHAN C
  • 1 1/2 cawan chocolate chip
  • 1/2 cawan badam cincang – sangai-beli online di sini
  • 1/2 cawan kelapa parut kering – sangai (bahan ni ramai yang tak tahu tapi sebenarnya ada dalam famous amos)
  • Biskut Ala Famous Amos Ni Gerenti Ketagih Nak Makan

 

Cara membuat:

Biskut Ala Famous Amos Ni Gerenti Ketagih Nak Makan

Biskut Ala Famous Amos Ni Gerenti Ketagih Nak Makan

Ads

1.Satukan bahan A dan gaul sebati.

Biskut Ala Famous Amos Ni Gerenti Ketagih Nak Makan

2.Kemudian campurkan bahan B ke dalam bahan A dan gaul sebati

Biskut Ala Famous Amos Ni Gerenti Ketagih Nak Makan

Biskut Ala Famous Amos Ni Gerenti Ketagih Nak Makan

3.Masukkan bahan C ke dalam adunan A+B dan gaul sebati.

4.Tutup adunan dengan plastik dan simpan dalam peti sejuk selama satu jam.

Biskut Ala Famous Amos Ni Gerenti Ketagih Nak Makan

Biskut Ala Famous Amos Ni Gerenti Ketagih Nak Makan

5.Selepas satu jam,cubit adunan sebesar siling 10 sen ke atas dulang (ikut saiz yang disukai).

6.Panaskan oven 160°c selama 10 minit.

7.Bakar cookies selama 20-25 minit.

Ads

Biskut Ala Famous Amos Ni Gerenti Ketagih Nak Makan

8.Sejukkan sebelum disimpan dalam bekas.

**adunan yang belum digunakan simpan dalam peti ais. Nak guna baru keluarkan.

**pure butter , butter oil , choc chip mahal dan kelapa parut perlu ada kalau nak dapat bau dan rasa seakan akan famous amos. Kalau tak letak atau digantikan dengan bahan yang murah seperti marjerin , choc chip murah memang tak akan dapat rasa seakan famous amos. Butter oil juga perlu dalam cookies ni. Saya cakap berdasarkan pengalaman.

Kredit: Nur Haziqah

Resipi Cucur Mudah Untuk Hidangan Minum Petang 

Ads

Resipi Pulut Kuning & Rendang Ayam Mak, Sekali Masak Dapat 30 Bekas

Singgang Daging Jadi Lebih Sedap. Tambah 1 Bahan Ni Comfirm Best

 

Tak tahu nak masak apa? Lubuk resipi RASA kini di SEENI, tak perlu susah lagi.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI