Sempena kehadiran Hari Raya Aidiladha ni di samping nak fikir lauk daging korban, kena juga cari idea nak
buat biskut apa. Sebagai kudapan ahli keluarga bila berkumpul nanti.
Biskut dari bijirin atau ‘cereal’ memang tak pernah mengecewakan. Kini dan selamanya terjamin lazat. Jom
cuba buat 4 resepi biskut bijirin yang sungguh ‘yummy’ ni dari Nor Shahidah Mohd Mahayadin dari
Yummilicous Cakes n Cookies.
1. Cereal & sunflower seed cookies
BAHAN-BAHAN :
85 gm mentega
85 gm gula kastor
½ biji telur
½ sudu teh esen vanilla
142 gm tepung gandum | diayak
1 sudu teh serbuk penaik | diayak
30 gm biji bunga matahari
30 gm campuran ceri hijau dan merah
Bahan hiasan :
Serbuk nestum secukupnya
Biji bunga matahari panggang secukupnya
CARA MEMASAK :
1. Pukul mentega dengan gula hingga kembang.
2. Masukkan esen vanilla, telur, pukul rata
3. Masukkan tepung gandum,dan baking powder.
4. Masukkan biji bunga mata dan ceri.
5. Gaul rata hingga terbentuk doh.
6. Jemput sedikit dan salut dengan serbuk nestum, dan hiaskan kuaci di atasnya.
7. Panaskan oven, bakar pada suhu 170 darjah celcius, bakar sehingga perang keemasan.
Saiz hidangan : 30- 40 keping Waktu memasak: 15-17 minit Keistimewaan: Rangup dan enak dengan kuaci bunga matahari Anggaran kos: RM17
INFO : Anda boleh juga menggunakan kuaci atau biji labu
Ads
2. MELTING MOMENTS COOKIES
BAHAN-BAHAN :
85 gm mentega
85 gm gula kastor
1/2 biji telur
1/2 sudu teh esen vanilla
142 gm tepung gandum | diayak
1 sudu teh serbuk penaik | diayak
30 gm corn flakes | dihancur
Bahan hiasan:
Cornflakes hancur secukupnya untuk hiasan.
CARA MEMASAK :
1. Pukul mentega dan gula hingga kembang.
2. Masukkan esen vanilla dan telur, pukul rata.
3. Masukkan tepung gandum dan serbuk penaik, gaulkan.
4. Masukkan cornflakes hancur, gaul rata hingga jadi doh
5. Jemput sedikit doh dan golekkan ke dalam cornflakes hancur.
6. Panaskan oven, bakar pada suhu 170 darjah celcius, bakar hingga perang keemasan.
Saiz hidangan: 30- 40 keping Waktu memasak: 15- 17 minit Keistimewaan: Rasa corn flakes yang sungguh sedap Anggaran kos: RM15
INFO : Anda boleh juga memasukkan bahan campuran lain seperti biskut Marie hancur. Adunan ini sangat
lembut.
Ads
3.BISKUT OATMEAL WITH CHOC & PISTACHIO
BAHAN-BAHAN :
120 gm mentega
50 gm gula kastor
80 gm cip coklat
80 gm oat segera
150 gm tepung gandum | diayak
1 sudu teh baking soda @ soda bikarbonat | diayak
1 sudu teh esen vanilla
Bahan hiasan :
Coklat dan kacang pistachio (hancur) secukupnya
CARA MEMASAK :
1. Pukul mentega dengan gula hingga kembang. Masukkan esen vanilla.
2. Masukkan tepung gandum dan baking soda.
3. Masukkan oat dan cip coklat.
4. Bentukkan dan susun dalam dulang pembakar yang telah digriskan mentega.
5. Panaskan oven , bakar dalam suhu 170 darjah celcius hingga perang keemasan.
6 .Bila dah sejuk hiaskan dengan coklat dan kacang pistachio
Saiz hidangan : 25 – 30 keping Waktu memasak: 15 -17 minit Keistimewaan: Coklat dan oat gandingan biskut yang sedap Anggaran kos: RM16
Ads
INFO : Hiaskan dengan kacang pistachio yang sudah dipanggang. Kacang juga boleh dimasukkan dalam
ramuan jika suka, dalam anggaran 30 gm.
4.COFFEE AND CEREAL COOKIES
BAHAN-BAHAN :
50 gm mentega
1 biji telur | kuning sahaja
20 gm gula aising
80 gm tepung naik sendiri | diayak
30 gm instant coffee | diayak
½ sudu teh esen vanilla
Bahan hiasan :
Corn flakes hancur dan cip coklat putih, secukupnya
CARA MEMASAK :
1. Pukul mentega dan gula aising hingga kembang.
2. Masukkan vanilla dan kuning telur dan pukul rata.
3. Masukkan tepung naik sendiri serta pes serbuk kopi segera.
4. Adun menjadi doh hingga boleh diterap dengan acuan biskut @ cookie cutter
5. Hiaskan dengan corn flakes hancur dan cip coklat putih.
6. Panaskan oven, bakar pada suhu 170 darjah celcius, bakar sehingga perang keemasan.
Saiz hidangan : 30 keping Waktu memasak: 15- 20 minit Keistimewaan: Berperasa dan beraroma kopi yang harum dengan kerangupan corn flakes Anggaran kos: RM 14
INFO : Anda boleh memasukkan sedikit corn flakes untuk rasa yang lebih rangup.
Tak tahu nak masak apa? Lubuk resipi RASA kini di SEENI, tak perlu susah lagi.
Download
sekarang!
Biskut Red Velvet Crunchy atau Red Velvet Crunchy Cookies ni adalah salah satu resipi biskut raya yang wajib anda cuba. Jika anda masih tercari-cari, resipi yang satu ni semestinya tidak rugi anda buat. Sangat sedap dan menjadi kegemaran ramai. Berbaloi sangat. Anak-anak suka, orang dewasa pun makan banyak kalau ada biskut ni. Saudari Rozmaliza Omarada kongsikan resipinya. Jom cuba!
Nak kek cantik kena sabar masa menuangkan adunannya. Tuang sikit-sikit baru cantik kejadiannya. Lepas tu lorekkan di atasnya, baru cantik kejadian kek majerin tu.
Apa pun kita tengok resipi dari Puan June Ahmad. Siap tunjuk cara tuang. Kata June resipinya sama sahaja dengan Soft Butter Cake cuma dia tukar majerin, salah satu adunan (lapisan tu) boleh letak serbuk koko biar rasa coklat sedikit.
Kek Marble Pandan perkongsian saudari Farisha Sofea ni nampak sangat sedap. Bila sebut mengenai Kek Marble, memang ramai yang suka. Kek biasa-biasa je tapi rasanya sangat luar biasa. Dari budak kecil, hinggalah ke orang dewasa, semua menggemarinya. Kek ‘evergreen’ orang kata. Kalau nak buat sendiri, bahan-bahannya pun simple sahaja. Jom buat Kek Marble Pandan ni untuk kudapan anda dan keluarga. Pasti berselera menikmatinya.
CARA MASAK KEK MARBLE PANDAN SEDAP GUNA SUKATAN CAWAN
Nak makan kuetiau tapi malas nak keluar? Jom belajar cara buat kuetiau homemade yang mudah, bersih dan jimat. Resipi lengkap Kak Yong Ima Shida, confirm jadi!