Sempena kehadiran Hari Raya Aidiladha ni di samping nak fikir lauk daging korban, kena juga cari idea nak
buat biskut apa. Sebagai kudapan ahli keluarga bila berkumpul nanti.

Biskut dari bijirin atau ‘cereal’ memang tak pernah mengecewakan. Kini dan selamanya terjamin lazat. Jom
cuba buat 4 resepi biskut bijirin yang sungguh ‘yummy’ ni dari Nor Shahidah Mohd Mahayadin dari
Yummilicous Cakes n Cookies.

Biskut Bijirin Yummilicious Memang Sungguh Yummy. Jom Ngunyah di Aidiladha Ni.

1. Cereal & sunflower seed cookies

Biskut Bijirin Yummilicious Memang Sungguh Yummy. Jom Ngunyah di Aidiladha Ni.

BAHAN-BAHAN :

  • 85 gm mentega
  • 85 gm gula kastor
  • ½ biji telur
  • ½ sudu teh esen vanilla
  • 142 gm tepung gandum | diayak
  • 1 sudu teh serbuk penaik | diayak
  • 30 gm biji bunga matahari
  • 30 gm campuran ceri hijau dan merah

Bahan hiasan :

  • Serbuk nestum secukupnya
  • Biji bunga matahari panggang secukupnya

CARA MEMASAK :
1. Pukul mentega dengan gula hingga kembang.
2. Masukkan esen vanilla, telur, pukul rata
3. Masukkan tepung gandum,dan baking powder.
4. Masukkan biji bunga mata dan ceri.
5. Gaul rata hingga terbentuk doh.
6. Jemput sedikit dan salut dengan serbuk nestum, dan hiaskan kuaci di atasnya.
7. Panaskan oven, bakar pada suhu 170 darjah celcius, bakar sehingga perang keemasan.

Saiz hidangan : 30- 40 keping
Waktu memasak: 15-17 minit
Keistimewaan: Rangup dan enak dengan kuaci bunga matahari
Anggaran kos: RM17

INFO : Anda boleh juga menggunakan kuaci atau biji labu

IKLAN

2. MELTING MOMENTS COOKIES

Biskut Bijirin Yummilicious Memang Sungguh Yummy. Jom Ngunyah di Aidiladha Ni.
BAHAN-BAHAN :

  • 85 gm mentega
  • 85 gm gula kastor
  • 1/2 biji telur
  • 1/2 sudu teh esen vanilla
  • 142 gm tepung gandum | diayak
  • 1 sudu teh serbuk penaik | diayak
  • 30 gm corn flakes | dihancur

Bahan hiasan:

  • Cornflakes hancur secukupnya untuk hiasan.

CARA MEMASAK :
1. Pukul mentega dan gula hingga kembang.
2. Masukkan esen vanilla dan telur, pukul rata.
3. Masukkan tepung gandum dan serbuk penaik, gaulkan.
4. Masukkan cornflakes hancur, gaul rata hingga jadi doh
5. Jemput sedikit doh dan golekkan ke dalam cornflakes hancur.
6. Panaskan oven, bakar pada suhu 170 darjah celcius, bakar hingga perang keemasan.

Saiz hidangan: 30- 40 keping
Waktu memasak: 15- 17 minit
Keistimewaan: Rasa corn flakes yang sungguh sedap
Anggaran kos: RM15

INFO : Anda boleh juga memasukkan bahan campuran lain seperti biskut Marie hancur. Adunan ini sangat
lembut.

IKLAN

3.BISKUT OATMEAL WITH CHOC & PISTACHIO

Biskut Bijirin Yummilicious Memang Sungguh Yummy. Jom Ngunyah di Aidiladha Ni.

BAHAN-BAHAN :

  • 120 gm mentega
  • 50 gm gula kastor
  • 80 gm cip coklat
  • 80 gm oat segera
  • 150 gm tepung gandum | diayak
  • 1 sudu teh baking soda @ soda bikarbonat | diayak
  • 1 sudu teh esen vanilla

Bahan hiasan :

  • Coklat dan kacang pistachio (hancur) secukupnya

CARA MEMASAK :
1. Pukul mentega dengan gula hingga kembang. Masukkan esen vanilla.
2. Masukkan tepung gandum dan baking soda.
3. Masukkan oat dan cip coklat.
4. Bentukkan dan susun dalam dulang pembakar yang telah digriskan mentega.
5. Panaskan oven , bakar dalam suhu 170 darjah celcius hingga perang keemasan.
6 .Bila dah sejuk hiaskan dengan coklat dan kacang pistachio

Saiz hidangan : 25 – 30 keping
Waktu memasak: 15 -17 minit
Keistimewaan: Coklat dan oat gandingan biskut yang sedap
Anggaran kos: RM16

IKLAN

INFO : Hiaskan dengan kacang pistachio yang sudah dipanggang. Kacang juga boleh dimasukkan dalam
ramuan jika suka, dalam anggaran 30 gm.

4.COFFEE AND CEREAL COOKIES

Biskut Bijirin Yummilicious Memang Sungguh Yummy. Jom Ngunyah di Aidiladha Ni.

BAHAN-BAHAN :

  • 50 gm mentega
  • 1 biji telur | kuning sahaja
  • 20 gm gula aising
  • 80 gm tepung naik sendiri | diayak
  • 30 gm instant coffee | diayak
  • ½ sudu teh esen vanilla

Bahan hiasan :

  • Corn flakes hancur dan cip coklat putih, secukupnya

CARA MEMASAK :

1.  Pukul mentega dan gula aising hingga kembang.
2. Masukkan vanilla dan kuning telur dan pukul rata.
3. Masukkan tepung naik sendiri serta pes serbuk kopi segera.
4. Adun menjadi doh hingga boleh diterap dengan acuan biskut @ cookie cutter
5. Hiaskan dengan corn flakes hancur dan cip coklat putih.
6. Panaskan oven, bakar pada suhu 170 darjah celcius, bakar sehingga perang keemasan.

Saiz hidangan : 30 keping
Waktu memasak: 15- 20 minit
Keistimewaan: Berperasa dan beraroma kopi yang harum dengan kerangupan corn flakes
Anggaran kos: RM 14

INFO : Anda boleh memasukkan sedikit corn flakes untuk rasa yang lebih rangup.

Tak tahu nak masak apa? Lubuk resipi RASA kini di SEENI, tak perlu susah lagi.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI