Biskut Black Walnut KitKat ini, tengok rupanya taklah begitu menarik kan? Tapi, rasanya sangat sedap. Jadi, jangan pandang sebelah mata pada biskut ini ye.
Zaman sekarang, biskut sebegini bukan dihidangkan waktu musim perayaan saja tapi bila-bila masa bila teringin. Bahkan, boleh buat dan simpan stok untuk anak-anak makan kat rumah. Mesti anak-anak suka.
Bila bakar biskut ni, harum semerbak satu rumah baunya. Rasanya pula ranggup dan premium mewah dengan pelbagai rasa.
Sila cuba resipi yang dikongsikan oleh puan Aisyah Humaira ini ye.
Biskut black walnut Kitkat
Bahan A :
3 ketul mentega (250gm tiap satu) – boleh beli online di sini
2-3 cawan gula perang lembut (atau ikut manis disukai) – boleh beli online di sini
Kacau bahan A dengan senduk kayu sekadar rata dan masukkan bahan B yang telah diayak. Masukkan separuh-separuh dahulu, sambil kacau hingga adunan tidak terlalu keras atau lembik. Jika terlalu lembik tambah tepung gandum.
Masukkan semua bahan C dan kacau rata semuanya. Adunan mesti lembut tapi tidak lembik melekat di tangan. Simpan adunan 1jam atau lebih dalam peti.
Panaskan oven sebelum bakar. Sudukan adunan saiz kecil di atas loyang dan letak coklat kitkat yang dipotong atasnya bersama kacang walnut.
Bakar biskut pada suhu 165C selama 35 minit atau sehingga masak. Siap.
Kek Pisang Coklat perskongsian Chef Ninja dari page Rasa Share Resipi ni nampak sedaplah. Nak buatnya pun mudah. Hanya campurkan semua bahan dan adun sahaja guna blender. Tak perlu susah-susah pukul guna mixer dan sebagainya. Ada cara mudah, lagilah laju bila buat kerja kan? Bagi anda yang nak cuba resipi Kek Pisang Coklat mudah ni, berikut adalah bahan-bahan serta cara membuatnya. Selamat mencuba!
CARA MEMASAK: 1. Ayak tepung gandum, baking powder, soda bikarbonat ke dalam satu bekas. Ketepikan. 2. Kisar (blend) telur, gula dan esen vanilla selama 6 minit. Berhenti sekejap-sekejap ya bagi elak blender jem. 3. Kemudian masukkan minyak dan blend lagi. 4. Bila sudah sebati, masukkan pisang yang telah dilenyek. Blend juga sekejap. 5. Tuang bahan kisar ke dalam bekas tepung tadi. Kacau sebati menggunakan senduk. 6. Sapu loyang 8×8 inci dengan mentega atau lapik menggunakan baking paper. 7. Tuang adunan ke dalam loyang dan susun hirisan pisang dan coklat coin di atasnya.
8. Panaskan ketuhar dan bakar pada suhu 160c selama 45 – 50 minit. Lagi garing lagi sedap rasa kek ini kerana bila sudah masak, ia akan jadi semakin lembab.
Kek Batikadalah antara manisan yang paling mudah nak dihasilkan. Ia antara manisan yang digemari ramai tak kira tua atau muda.
Untuk membuat Kek Batik, ia hanya menggunakan bahan-bahan yang ringkas malah ia juga tidak memerlukan ketuhar. Cukup sekadar ada kuali dan loyang. Oleh sebab itu ramai yang suka nak buat manisan ini terutamanya bagi yang tidak punya ketuhat dan juga microwave di rumah.
Kek Batik biasanya berupa biskut yang disalut dengan coklat. Namun seiring dengan perubahan zaman serta kreativiti dalam pengolahan resipi, kini muncul pelbagai resipi Kek Batik pelbagai rasa yang sangat enak.
Nak cuba buat Kek Batik yang sedap untuk keluarga? Seleksi aneka resipi dibawah ini boleh anda cuba. Pasti puas hati. Jom cuba!
1. Panaskan kuali,dengan api sederhana. Cairkan buttercup dan masukkan susu pekat. 2. Seterusnya masukkan milo, serbuk koko dan air. Kacau sebati. 3. Masukkan biskut marie dan kacau sebati anggaran dalam 5-7minit. 4. Lapik plastik dalam loyang untuk memudahkan kek batik dikeluarkan nanti. 5. Masukkan kek batik yang siap dimasak tadi ke dalam loyang dan padatkan. 6. Simpan dalam peti sejuk selama 1 jam sebelum dikeluarkan dan dipotong.
Cairkan buttercup dan masukkan susu pekat coklat. Kacau sebati.
Masukkan biskut. Kacau dengan cepat sehingga sebati. Padamkan api.
Masukkan biskut ke dalam bekas dan tekan hingga padat. Kemudian simpan dalam peti sejuk supaya mengeras. Jika suka kek abtik lembut, tak perlu simpan dalam peti sejuk.