Biskut Black Walnut KitKat ini, tengok rupanya taklah begitu menarik kan? Tapi, rasanya sangat sedap. Jadi, jangan pandang sebelah mata pada biskut ini ye.
Zaman sekarang, biskut sebegini bukan dihidangkan waktu musim perayaan saja tapi bila-bila masa bila teringin. Bahkan, boleh buat dan simpan stok untuk anak-anak makan kat rumah. Mesti anak-anak suka.
Bila bakar biskut ni, harum semerbak satu rumah baunya. Rasanya pula ranggup dan premium mewah dengan pelbagai rasa.
Sila cuba resipi yang dikongsikan oleh puan Aisyah Humaira ini ye.
Bahan A :
3 ketul mentega (250gm tiap satu) – boleh beli online di sini
2-3 cawan gula perang lembut (atau ikut manis disukai) – boleh beli online di sini
3 sudu besar gula kastor – boleh beli online di sini
2 sudu kecil mentega vanilla
6 sudu besar minyak jagung – boleh beli online di sini
2 sudu besar coklat emulco
**Satukan semua bahan dan kacau rata sahaja jangan sampai kembang
4 cawan teh tepung gandum – boleh beli online di sini
1 sudu kecil baking powder – boleh beli online di sini
2 cawan teh tepung jagung – boleh beli online di sini
1 1/2 sudu kecil emplek
1/4 cawan teh serbuk dark coklat
1/2 cawan serbuk coklat cadbury (atau boleh guna serbuk koko biasa)
*Ayak semua bahan diatas dalam besen
1 bungkus coklat kitkat @kitkatmalaysia (potong kecil)
1/2 cawan coklat chip – boleh beli online di sini
1 cawan kacang badam nibs
1/2 cawan mini cornflakes – boleh beli online di sini
1 cawan cornflakes kisar
Kacang walnut (bakar atau sangai separuh masak) – boleh beli online di sini
Kacau bahan A dengan senduk kayu sekadar rata dan masukkan bahan B yang telah diayak. Masukkan separuh-separuh dahulu, sambil kacau hingga adunan tidak terlalu keras atau lembik. Jika terlalu lembik tambah tepung gandum.
Masukkan semua bahan C dan kacau rata semuanya. Adunan mesti lembut tapi tidak lembik melekat di tangan. Simpan adunan 1jam atau lebih dalam peti.
Panaskan oven sebelum bakar. Sudukan adunan saiz kecil di atas loyang dan letak coklat kitkat yang dipotong atasnya bersama kacang walnut.
Bakar biskut pada suhu 165C selama 35 minit atau sehingga masak. Siap.
SERTAI TELEGRAM GENG RASA SHARE RESIPI
Dapatkan lebih banyak resipi di laman web RASA:
Tonton lebih banyak video masakan mudah & sedap di Dailymotion @RASA dan Youtube Majalah RASA Official