Masa kanak-kanak dulu, min ingat lagi ibu tersayang rajin buat biskut buah kana buah ni masa Raya. Resipi orang dulu dulu ni bahan-bahannya ringkas aje. Doh biskut masuk acuan kayu, bila nak keluar hentak sikit
.
Jom semak resipi dari Amanda Rania Zafreen ni.
BISKUT BUAH KANA
BAHAN-BAHAN :
- 150gm mentega
- 90gm gula aising
- 1biji kuning telur
- 180gm tepung gandum | diayak
- 100gm tepung jagung
- 1/2 sudu teh baking powder
- * pewarna ( optional )
- *jem buah-buahn secukupnya.
CARA MEMASAK :
- Pukul mentega, gula dan kuning telur. Pukul sekadar untuk sebati , tak perlu kembang
- Masukkan tepung gandum, tepung jagung & baking powder,gaul sebati.
- Uli tangan pun boleh. Kalau nak masikkan warna boleh ikut citarasa sendiri. Rehatkan sekejap ( 5-10minit)
Gunakan acuan buah kana & cetak sehingga habis. Bakar & sapukan jem semasa biskut masih suam-suam..cantumkan. Siap .
.
Kreatif sungguh pemilik resipi ni biskut buah kana dibuat ikut tema perayaan.. Kalau Hari Raya Aidilfitri, Amanda buat warna kuning + hijau. Kalau utk Xmas saya buat warna hijau + merah. Untuk Tahun Baru Cina dibuatnya merah + kuning.
Biskut 1Msia..semua bangsa boleh rasa
Kredit : Amanda Rania Zafreen
ANDA MUNGKIN JUGA SUKA RESIPI INI :
DAN JUGA RESIPI INI :
VIDEO NI PUN CUKUP MENARIK :
Download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
Kimchi Air Tangan Ibu. Terasa Rangup, Segar dan Pedasnya
Kimchi merupakan makanan tradisi rakyat Korea yang dihasilkan daripada sayur kubis yang dijadikan jeruk dengan bahan ramuan pedas. Selain dimakan begitu sahaja, kimchi juga menjadi pelengkap kepada hidangan nasi goreng, sup kimchi dan mi segera.
Semestinya kimchi mempunyai kombinasi rasa masam, masin, manis dan pedasnya. Namun, adakalanya yang kita beli tidak begitu menepati selera. Terkadang, kimchi yang dibeli terlalu masam dan masin serta kuat rasa jeruknya.
Namun, berbeza dengan kimchi air tangan ibu kepada pemilik akaun Facebook Aisyah Humaira ini iaitu Rohani bt Che Yahya. Menurutnya, kimchi air tangan ibunya paling sedap dan kena dengan seleranya. Rangup, segar dan pedas. Cukup sempurna rasa masam, masin, dan manisnya. Serta sedikit rasa berlemak daripada serbuk cili. Disebabkan itu, beliau sudi berkongsi resipi air tangan ibunya kepada semua. Jom kita cuba buat.
KIMCHI
BAHAN-BAHAN SAYUR:
1 biji kubis panjang (pilih yang besar)
1 batang lobak merah (dihiris halus memanjang) – Boleh beli online di sini
1 tangkai daun bawang
1 genggam daun kucai
½ biji sengkuang (dihiris nipis memanjang)
1 sudu kecil bijan disangai (optional)
Garam kasar secukupnya (untuk perap kubis) – Boleh beli online di sini
BAHAN-BAHAN PES:
4 sudu besar serbuk cili Baba’s (atau mengikut pedas disukai) – Boleh beli online di sini
4 susu besar cili kisar/cili boh
6 sudu besar cuka makan
3 sudu besar minyak bijan – Boleh beli online di sini
Sos ikan secukup rasa
Gula dan garam secukup rasa
BAHAN-BAHAN KISAR:
1 biji epal Fuji
½ biji buah lai/pir
2 biji bawang besar
2 ulas bawang putih
1 inci halia
1 sudu makan udang kering – Boleh beli online di sini
CARA MEMASAK:
Cuci kubis hingga bersih. Hiris ikut saiz disukai dan tabur garam kasar pada setiap helaian kubis.
Perap 1jam. Setelah siap perap, bilas kubis dengan air sambil tekan-tekan dan buang air masin daripada kubis.
Toskan dan tekan-tekan lagi supaya kering air pada kubis. (Jika air banyak, kimchi akan jadi terlalu berkuah)
Dalam bekas besar, masukkan semua bahan pes dan bahan kisar lalu kacau sebati. Cuba rasa sedikit, pes kimchi mesti rasa pedas-pedas, manis, masin dan masam.
Masukkan kubis dalam bekas berisi pes tadi bersama semua bahan sayur di atas dan ratakan pes pada keseluruhan sayur.
Siap. Enak makan yang baru siap. Terasa rangupnya dan boleh jerukkan dengan perap simpan di dalam peti.
Kredit: Aisyah Humaira
[ Sertai Telegram Geng Rasa Share Resipi ]
Dapatkan lebih banyak resipi di laman web RASA:
Cuaca Panas Begini, Nikmatnya Dapat Air Longan Herbs Tanpa Soda
Tonton lebih banyak video masakan mudah & sedap di Dailymotion @Rasa & Youtube @Majalah Rasa Official
Resipi Kek Keju Leleh Pandan Paling Sedap & Dijamin Menjadi. Tak Perlu Bakar Pun!
Kek Pandan gebu yang dinikmati bersama krim dan parutan keju. Memang sedap! Bagi anda yang suka sangat makan Kek Keju Leleh ni, boleh cuba resipi perkongsian saudari Ummydarwisha Mansor ni. Pasti puas hati.
KEK KUKUS PANDAN
BAHAN A:
- 3 biji telur
- 1 sudu makan ovalette
- 1 cawan gula halus
- 1 sudu teh esen vanilla
- 1 sudu teh pes pandan
- Pewarna hijau epal secukupnya
BAHAN B:
- 1 ½ cawan tepung gandum
- 1 sudu teh baking powder
- 1/2 sudu teh soda bikarbonat
- 1/2 sudu teh cream tartar
- 1/2 cawan minyak masak
CARA MEMASAK:
- Satukan bahan-bahan A. Pukul hingga kembang dan gebu.
- Kemudian masukkan tepung gandum yang telah diayak bersama baking powder, soda bikarbonat dan cream tartar.
- Sebatikan adunan menggunakan spatula atau senduk sehingga sekata.
- Seterusnya masukkan minyak masak. Kacau lagi hingga adunan menjadi licin berkilat.
- Tuang adunan kek ke dalam bekas dan kukus menggunakan api besar selama 15 minit atau sehingga kek masak.
- Angkat dan sejukkan.
BAHAN CREAM CHEESE
BAHAN-BAHAN:
- 250gm krim keju
- 1 cawan susu pekat manis
- 1 cawan krim putar ( whipping cream)
- 1 cawan susu segar
HIASAN:
- 1 buku keju cheddar – diparut
CARA MEMASAK:
- Satukan semua bahan dan pukul hingga tidak berketul.
- Tuang adunan krim keju ke atas kek yang siap dikukus dan disejukkan seketika.
- Tambah parutan keju cheddar dengan secukupnya.
- Sedia untuk dinikmati.
Kredit resipi & foto: Ummydarwisha Mansor
Aneka Resipi Masakan Ringkas Yang Sesuai Masak Dikala Musim Tak Ada Air.
Bila tiba ketika bekalan air terganggu, pastinya resah tak leh nak habaq terutamanya bagi kaum-kaum ibu. Mana tidaknya air tu sangat berguna dalam nak uruskan hal-hal seharian di rumah. Nak memasak, membasuh dan macam-macam lagi. Tambah pula cuaca panas, anak-anak pasti acap kali nak mandi. Bagi ibu-ibu yang pening fikir menu di hari-hari air tak ada ni, berikut adalah 9 resipi mudah yang boleh anda masak.
1. DAGING GORENG BERTELUR
BAHAN-BAHAN:
- 200gm daging | dihiris nipis dan kecil
- 50gm bawang Holland | dihiris
- 2 ulas bawang putih | dicincang halus
- 2 biji telur
- Sedikit serbuk pati ayam
- Sedikit serbuk kunyit
- ½ sudu teh garam halus
- Sedikit minyak masak
CARA-CARA MEMASAK:
- Gaul daging serbuk kunyit, garam dan serbuk pati ayam dan diperap selama 10 minit
- Panaskan minyak masak dan goreng daging sehingga masak dan garing sedikit. Ketepikan.
- Tukar minyak baru, tumiskan bawang holland dan bawang putih sehingga naik bau.
- Pecahkan dua biji telur dan masukkan sedikit serbuk pati ayam.
- Masukan telur ke dalam bahan tumisan bawang kacau sehingga separuh masak.
- Masukkan daging yang telah digoreng dan gaul bersama telur, kacau sehingga telur sebati bersama daging selama 2-3 minit.
- Angkat dan sedia untuk dihidangkan.
INFO CHEF: Boleh tumiskan sedikit cili giling semasa menumis bawang yang dihiris atau potong cili padi untuk rasa yang sedikit pedas.
2. NASI GORENG AYAM PAPRIK
BAHAN-BAHAN:
- 2 mangkuk nasi putih
- 1 biji telur
- 50gm sayur campur | lobak merah, kacang pis, jagung
- 2 biji bawang merah | dicincang
- 2 ulas bawang putih | dicincang
- 3 ulas cili padi | dihiris halus
- Sedikit serbuk pati ayam
- 1 sudu sos tiram
- Garam secukup rasa
- Minyak untuk menggoreng
BAHAN AYAM PAPRIK:
- 150gm isi ayam | dihiris nipis dan kecil
- 50gm lobak merah | dihiris memanjang
- ½ biji cili banggala hijau | dihiris
- 2 helai daun limau kasturi | dihiris
- 1 batang serai | dititik
- 5 biji cili padi | dihiris
- 1/2 biji bawang besar | dihiris
- 2 ulas bawang putih | dihiris
- 1 sudu makan sos tiram
- ½ sudu makan sos cili
- Garam secukupnya
- Minyak masak secukupnya
CARA MEMASAK:
- Panaskan minyak, tumiskan bawang merah, putih dan hirisan cili hingga wangi.
- Masukkan sayur campur, kacau seketika kemudian masukkan serbuk pati ayam.
- Seterusnya, masukkan nasi, sos tiram dan sedikit garam. Kacau rata dan sekata.
- Ketepikan nasi,masukkan sedikit minyak. Pecahkan telur, kacau hingga berketul-ketul.
- Kemudian gaulkan dengan nasi, selepas seminit dua, tutup api dan ketepikan.
- Untuk menyediakan ayam paprik. Panaskan minyak dalam kuali lain, tumiskan bawang merah, putih dan serai dalam kuali hingga wangi.
- Masukkan hirisan ayam, kacau dua tiga minit.
- Masukkan pula hirisan lobak merah, cili benggala, sos tiram, sos cili, cili padi dan daun limau purut.
- Akhir sekali lengkapkan rasa dengan garam.
- Hidangkan bersama nasi goreng tadi.
3. SAMBAL SARDIN CILI PADI
BAHAN-BAHAN:
- 1 tin sardin | saiz sederhana
- 2 sudu makan pes cili kering
- 1/2 biji bawang besar |dihiris
- 2 ulas bawang putih |dicincang
- 5 biji cili padi | belah dua
- 1 biji kentang | buang kulit dan potong wedges
- 1 sudu makan air asam jawa
- Garam dan gula secukup rasa
- Minyak masak untuk menumis
CARA MEMASAK:
- Panaskan minyak dalam kuali, tumiskan bawang besar dan bawang putih hingga wangi.
- Masukkan pes cili kering, kacau hingga pecah minyak.
- Tambahkan sedikit air, masukkan kentang, biarkan sehingga kentang empuk.
- Masukkan ikan sardin berserta air asam jawa. kacau sehingga mendidih.
- Perasakan dengan garam dan gula secukupnya dan masukkan cili api yang dihiris.
- Sedia untuk dihidangkan.
INFO CHEF: Lebih sedap jika ikan sardin digoreng terlebih dahulu.
4. SUP AYAM KENTANG
BAHAN-BAHAN:
- 100gm isi dada ayam | dihiris
- 100gm tulang leher ayam | potong 3cm
- 250ml air
- 1 biji bawang merah | dihiris
- 2 ulas bawang putih |dihiris
- 2cm halia | dihiris halus
- 1 bunjut sup bunjut
- Sedikit serbuk pati ayam
- 2 biji kentang | potong wedges
- Garam secukupnya
- Sedikit minyak untuk menumis
CARA MEMASAK:
- Panaskan minyak dan tumis bawang merah,bawang putih serta halia yang dihiris sehingga naik bau. Kemudian masukkan air.
- Apabila air mereneh, masukkan tulang leher ayam dan rebus sehingga empuk.
- Masukkan pula sup bunjut dan kentang. Didihkan sehingga kentang empuk sedikit. Perasakan dengan garam dan sedikit serbuk pati ayam.
- Akhir sekali masukkan isi ayam yang siap dipotong dan masak selama lima minit lagi.
- Sebelum dihidangkan, taburkan hirisan daun sup dan daun bawang ke dalam sup.
INFO CHEF: Boleh hiris cili api untuk rasa yang pedas dan makan bersama sup.
5. KUETIAU KERANG
BAHAN-BAHAN:
- 300gm kuey tiaw
- 150gm kerang | direbus dan buang kulit
- 4 ekor udang | dibersihkan
- 2 biji telur
- Sedikit tauge
- Sedikit daun kucai
- 1 sudu makan pes cili kering
- 1 sudu makan sos tiram
- 1 sudu makan sos cili
- 1 sudu makan kicap pekat manis
- Garam dan perasa secukupnya
- Minyak masak untuk menumis.
CARA MEMASAK:
- Panaskan minyak, goreng udang sehingga bertukar warna kemerahan.
- Ketepikan dalam kuali, tumiskan bawang merah dan putih hingga wangi, kemudian masukkan pes cili kering.
- Kacau bersama udang goreng tadi hingga pecah minyak.
- Masukkan kerang dan kuey tiaw, sos tiram, sos cili dan kicap pekat manis.
- Ketepikan kuey tiaw dalam kuali pecahkan telur dan gaul rata.
- Perasakan dengan garam dan perasa secukupnya.
- Sebelum angkat, masukkan tauge dan kucai. Kacau seketika dan hidangkan.
INFO CHEF: Jika ingin basah boleh tambah sedikit air.
6. AYAM GORENG KUNYIT LADA BENGGALA
BAHAN-BAHAN:
Bahan Perap Ayam:
- 500gm isi ayam | hiris nipis, cuci dan tos
- 1 sudu teh serbuk kunyit
- 1 sudu teh garam halus
- 1/2 sudu teh serbuk lada sulah
Bahan Hirisan:
- 1/2biji cili benggala hijau | hiris memanjang
- 1/2 biji cili benggala merah | hiris memanjang
- 2 tangkai cili merah | hiris
Bahan Tumis:
- 4ulas bawang putih | cincang
- 1 biji bawang besar | hiris
- 3cm halia muda | hiris halus
Bahan-Bahan Lain:
- 1 sudu teh serbuk lada hitam
- 1 sudu makan sos tiram
- 1/2 sudu teh perasa ayam
- Garam, gula dan perasa secukupnya
- Minyak masak secukupnya
CARA MEMASAK:
- Masukkan isi ayam dalam mangkuk bersama bahan perapan yang lain. Gaul rata dan perap sekurang-kurangnya 15 minit.
- Panaskan minyak dalam kuali, goreng ayam yang telah diperap tadi hingga kekuningan. Angkat dan ketepikan.
- Keluarkan minyak, tinggal sedikit dan tumis bawang merah, bawang putih dan halia hingga wangi.
- Masukkan ayam goreng, bahan hirisan. Kacau rata 1-2 minit.
- Kemudian perasakan dengan sos tiram, perasa ayam, garam dan gula secukup rasa.
- Kacau seketika, kemudian tutup api.
- Sedia dihidangkan.
7. SAMBAL TELUR HANCUR
BAHAN-BAHAN:
- 4 biji telur
- 5 biji bawang merah | kisar
- 2 ulas bawang putih |kisar
- 5 sudu makan cili kisar
- Minyak untuk menumis
- Garam dan gula secukup rasa
- Sedikit asam jawa
ANDA MUNGKIN SUKA:
CARA MEMASAK:
- Panaskan minyak di dalam kuali. Tumis bahan yang dikisar sehingga pecah minyak.
- Setelah pecah minyak, masukkan air asam jawa, garam dan gula secukup rasa. Kacau perlahan.
- Setelah kuah mendidih dan sedikit kering airnya, masukkan telur satu persatu.
- Jangan kacau dahulu, biarkan telur sedikit keras barulah digaulkan keseluruhan.
- Angkat dan sedia dihidangkan.
8. SINGGANG PEDAS IKAN KEMBUNG
BAHAN-BAHAN:
- 2 ekor ikan kembung |bersihkan
- 30gm lengkuas |dihiris
- 10gm halia |hiris
- 1 batang serai |hiris
- 2 biji bawang besar |belah enam
- 15gm cili padi
- 10gm kunyit hidup hiris
- 200ml air
- 10gm asam keping
CARA MEMASAK:
- Masukkan kesemua bahan ke dalam periuk kecuali ikan. Biarkan kuah mereneh.
- Perlahankan api dan masukkan ikan. Biarkan selama beberapa minit, bergantung pada saiz ikan tersebut.
- Tutup api dan angkat. Sedia untuk dihidangkan.
INFO CHEF: Boleh masukkan cili padi ketuk untuk sedikit rasa pedas.
9. BIHUN SINGAPURA
BAHAN-BAHAN:
- 600gm bihun | direndam lembut dan tos kan
- 3 sudu makan minyak masak
- 3 ulas bawang putih | diketuk
- 300gm ayam | dihiris nipis
- 200gm kucai |dipotong pendek
- 250gm kubis |racik halus
- 1 batang lobak merah |disagat
- 1 cawan air
- 1 sudu makan lada hitam kisar
- Garam secukup rasa
- Telur dadar | dihiris
- Cili merah | dihiris
CARA MEMASAK:
- Panaskan minyak masak di dalam kuali. Tumiskan bawang putih sehingga wangi.
- Masukan ayam dan lada hitam. Kacau rata.
- Apabila mendidih masukkan mihun, kubis, lobak merah, garam dan air. Kacau rata.
- Bila nampak mihun lembut masukkan daun kucai.
- Gaulkan rata sehingga nampak bihun lembut. Rasakan garam.
- Bila hidang, taburkan hirisan telur dadar dan cili merah.
INFO CHEF: Boleh gantikan hirisan ayam dengan hirisan daging yang telah direbus lembut.