Biskut Buah Kana Kembali Nostalgia Dulu-dulu.

Share

Masa kanak-kanak dulu, min ingat lagi ibu tersayang rajin buat biskut buah kana buah  ni masa Raya. Resipi orang dulu dulu ni bahan-bahannya ringkas aje. Doh biskut masuk acuan kayu, bila nak keluar hentak sikit
.
Jom semak resipi dari Amanda Rania Zafreen ni.

BISKUT BUAH KANA
BAHAN-BAHAN :

  • 150gm mentega
  • 90gm gula aising
  • 1biji kuning telur
  • 180gm tepung gandum | diayak
  • 100gm tepung jagung
  • 1/2 sudu teh baking powder
  • * pewarna ( optional )
  • *jem buah-buahn secukupnya.

CARA MEMASAK :

  1. Pukul mentega, gula dan kuning telur. Pukul sekadar untuk sebati , tak perlu kembang
  2. Masukkan tepung gandum, tepung jagung & baking powder,gaul sebati.
  3. Uli tangan pun boleh. Kalau nak masikkan warna boleh ikut citarasa sendiri. Rehatkan sekejap ( 5-10minit)


Gunakan acuan buah kana & cetak sehingga habis. Bakar & sapukan jem semasa biskut masih suam-suam..cantumkan. Siap .


.

Kreatif sungguh pemilik resipi ni biskut buah kana dibuat ikut tema perayaan.. Kalau Hari Raya Aidilfitri, Amanda buat warna kuning + hijau. Kalau utk Xmas saya buat warna hijau + merah. Untuk Tahun Baru Cina dibuatnya merah + kuning.

Biskut 1Msia..semua bangsa boleh rasa

Kredit : Amanda Rania Zafreen

 

ANDA MUNGKIN JUGA SUKA RESIPI INI :

DAN JUGA RESIPI INI :

VIDEO NI PUN CUKUP MENARIK :

 

Published by
Faridah Talib