Biskut Chocolate Almond Cluster Viral, Guna Tiga Bahan

Share

Biskut chocolate almond cluster ini penuh dengan rasa premium. Dimasukkan juga kepingan biskut oat dark coklat. Hasilnya coklat akan kurang muak dan bila gigit rasa rangup oat, biskut, coklat chip, dan kacang badam. Ha..dapat bayangkan kesedapannya tak?

Penggemar coklat wajib cuba buat sendiri. Anak-anak pun mesti suka. Jarang kanak-anak tak suka coklat kan?

Boleh ikut resipi yang dikongsikan oleh puan Aisyah Humaira ini ye. Gerenti jadi dan super sedap! Selamat mencuba!

Biskut Chocolate Almond Cluster

Bahan-bahan:

1 bungkus besar Munchy Oat Crunch (dipatah kecil-kecil)

500gm almond strips

1 bungkus besar dark chocolate coin

Cara Memasak:

Sangai almond selama 15 minit atau sehingga keperangan dengan api perlahan kemudian sejukkan.

Sementara tunggu kacang sejuk, cairkan dark chocolate coin dengan menggunakan teknik double boil atau menggunakan Macrowave selama beberapa saat.

Bila coklat dah cair, kacau sebati biarkan ia sedikit sejuk atau sedikit suam. Setelah itu masukkan kacang badam, biskut Munchy Oat Crunch ke dalam coklat dan Gaul rata.

Sudukan adunan atas dulang dan sejukkan di dalam peti selama 10 minit dan simpan dalam bekas kedap udara. Mudah je kan?

SERTAI TELEGRAM GENG RASA SHARE RESIPI

Dapatkan lebih banyak resipi di laman web RASA:

 

 

 

 

Tonton lebih banyak video masakan mudah & sedap di Dailymotion @RASA dan Youtube Majalah RASA Official

 

 

 

Published by
Nurul Azwa