Anak-anak bila dapat biskut coklat,senyap sunyi. Sebalang pun boleh dihadap mereka dalam masa sehari sahaja. Biskut coklat ni saya save dari tahun 2019 dari tuan punya resipi,Nor AwAnis. Biskut ini betul-betul rasa coklat yang cair di mulut. Lama saya cari resipi biskut coklat yang betul-betul menepati cita rasa.
Biskut coklat
Bahan-bahan:
1 ketul butter (butter pastikan suhu bilik, bila lembut, senang nak kacau guna senduk)
1 biji kuning telur
1 cawan gula halus
1/2 cawan serbuk koko-beli online di sini
1/2 cawan tepung jagung-beli online di sini
3 cawan tepung gandum (kalau lembik sangat tambah lagi)-beli online di sini
1 sudu kecil esen vanila-beli online di sini
Coklat rice/coklat chips untuk hiasan
Cara membuat:
1.Kacau butter dan kuning telur, saya guna senduk je.
2.Kemudian msukkan gula halus & esen vanila.Kacau lagi
3.Kemudian masukkan serbuk koko, tepung jagung dan tepung gandum sikit-sikit.Tambah kalau adunan lembik tapi jangan sampai keras sangat. Sedang-sedang tak lekat kat tangan sangat. Uli sebati.
4.Tekap adunan.Sapu telur putih dan tabur coklat rice /lain-lain untuk hiasan.
5.Kemudian bakar suhu 160 selama 30 minit (ikut oven masing-masing).
Kredit :Anis Awanis dan resipi dicuba Azza Ahsani