Biasanya bila buat coklat cip pastilah rasa coklat atau koko. Tapi Orange Chocolate Chip Cookies @ Biskut Oren Coklat Cip ni beraroma dan kaya dengan rasa oren .

Bagi mereka yang inginkan kelainan rasa bolehlah cuba resipi yang dikongsikan oleh Farisha Sofea dalam FB Rasa Share Resipi ini. Untuk menyedapkan lagi biskut ini coklat cip, hirisan badam dan cornflakes menjadikan ia rangup dan nikmat dikunyah. Berbaloi dicuba.

ORANGE CHOCOLATE CHIP COOKIES



.

BAHAN-BAHAN :

Bahan A :

IKLAN
  • 250gm mentega
  • 160gm gula kastor
  • 1 biji telur gred A
  • 1 biji kuning telur gred A
  • 1 sudu kecil esen oren
  • pewarna oren

Bahan B ( diayak ) :

  • 300gm tepung gandum
  • 20gm tepung jagung
  • 1/2 sudu kecil serbuk penaik
  • 1/2 sudu kecil soda bikarbonat
  • 1/2 sudu kecil emplex

Bahan C :

  • 150gm coklat cip
  • 100gm hirisan badam
  • 50gm cornflakes ( diramas halus )


.

CARA MEMASAK :
1. Pukul mentega bersama gula sehingga sebati .
2. Masukkan telur satu demi satu sambil dipukul rata .
3. Masukkan pula esen oren dan juga pewarna .
4. Kemudian satukan Bahan B ke dalam Bahan A .
5. Kacau sebati .
6. Akhir sekali masukkan Bahan C .
7. Kaup balik adunan sehingga semua adunan mesra .
8. Ambil sedikit adunan dan letakkan di dalam loyang pembakar .
9. Pastikan dijarakkan sedikit kerana biskut akan mengembang ketika dibakar .
10.Ulang proses sehingga selesai .
11. Panaskan oven, bakar pada suhu 170C selama 30 minit atau sehingga masak bergantung kepada oven masing masing .

12. Setelah masak , sejukkan seketika sebelum disimpan di dalam bekas kedap udara .


.

Selamat mencuba ya.

FB : Farisha Sofea
IG : _farisha_sofea
FB : Rasa Share Resipi

 

NAK BELI OVEN PALING EFISYEN DAN TERBAIK, JOM BELI ONLINE DI SINI

ANDA MUNGKIN JUGA SUKA VIDEO MASAKAN INI :