Kalau anda masih tercari-cari apa kuih raya nak buat, masukkan resipi biskut ini dalam list biskut yang akan dibuat menjelang raya nanti. Ianya senang dan tak perlu acuan, bulat-bulatkan atau sudukan je doh ke dalam dulang pembakar.
Biskut Cornflakes Cheese
BAHAN-BAHAN:
250gn cornflakes| ramas-ramas
400gm tepung gandum
400gm tepung segera kek atau cookies
50gm tepung jagung
150gmgula halus
2 biji kuning telur
100gm keju cheddar | parut
2 sudu makan keju parmesan
1/2 sudu teh esen vanilla
1 sudu makan susu tepung
CARA MEMBUAT:
- Campurkan tepung kek, gula halus, telur dan esen vanilla.
- Aduk rata dengan sendok kayu.
- Masukkan tepung gandum dan tepung jagung. Gaul rata.
- Tambahkan cornflakes,serbuk keju parmesan bubuk dan parutan keju cheddar.
- Aduk hingga sebati.
- Ambil 1 sudu teh (15gm doh), letakkan atas loyang dan tekan dengan garpu atau bentuk ikut cita rasa.
- Hias atasnya dengan cornflakes yang dihancurkan sedikit. Tekan- tekan supaya cornflakes melekat pada doh.
- Bakar pada suhu 140C sehingga kekuningan.
- Keluarkan dan sejukkan sebelum simpan dalam bekas kedap udara.
Download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
Bingka Labu Sesedap Rasa, Cukup Lemak Dan Manisnya
Apa jua jenis bingka semuanya enak untuk dinikmati. Namun tidak semua yang dibeli itu memenuhi citarasa dengan rasa lemak dan manis yang sempurna. Labu selain dibuat gulai, enak juga dibuat kuih bingka. Kalau ada yang teringin bingka labu boleh cuba ikut resipi yang dikongsi oleh Fauziah Yahya .
Bingka Labu
Bahan-bahan :
2 cawan tepung gandum
1 cawan gula pasir
2 cawan labu dilecek – rebus dulu labunya
3 cawan santan – 1 kotak santan kecil jadikan 3 cawan
3 biji telur – apa-apa gred pun boleh
3 sudu marjerin
1 sudu kecil garam
1 sudu kecil esen vanilla
1 sudu kecil pewarna kuning
Sedikit bijan
Cara memasak :
1.Kisar ke semua bahan hingga sebati.
2.Sapukan loyang dengan sedikit marjerin masukkan ke dalam loyang dan tabur bijan.
3.Bakar 1 jam pada suhu 180C hingga masak gunakan api atas bawah.
4.Tunggu sejuk baru boleh dipotong.
Kredit: Fauziah Yahya
Cara Buat Kuih Bengkang Tumis Utara Sedap Untuk Minum Petang
http://www.rasa.my/lemak-manis-kuih-jongkong-lejen-ni-nikmat-dimakan-ketika-sejuk/
7 Makanan Korea Pedas Tahap Dewa Yang Boleh Keluar Peluh Jantan. Cuba Resipi Ni.
Korea memiliki rasa yang boleh jadi sangat pedas pada sesetengah orang. Masyarakat Korea menganggap semakin pedas makanan, maka akan semakin lazat. Jadi jika korang memang pecinta korea dan mencari yang benar-benar sedap terangkat, korang mesti cuba semua makanan super pedas ni. Jom kita kenal.
Cuba 2 resipi yang kami kongsikan untuk menguji kekebalan lidah anda. Sebelum tu pastikan sediakan air atau apa sahaja yang boleh mengurangkan pedas ya.
- Tteokbokki (떡볶이)
Tteokbokki adalah makanan favorie di antara penggemar makanan Korea. Ini merupakan makanan jalanan dari Korea yang boleh ditemui hampir semua penjuru Korea. Kue beras dan kue ikan dimasak dalam sos merah yang memiliki rasa manis dan pedas seimbang.
Jika di Korea Dongdaemun Yeopgi Tteokbokki (동대문 엽기 떡볶이) salah satu tempat makan tteokbokki popular di Seoul yan yang menyajikan hidangan pedas ini. Sementara di salah satu tempat di Seolleung Station (선릉역) terdapat satu Seonmae Tteokbokki yang sangat terkenal (선매 떡볶이). Sebelum memesan, pelanggannya diingatkan dengan Papan Tanda yang tertulis Ini sangat, sangat pedas. Kami tidak bertanggung jawab! Kira pedas betul tu. Apakah boleh kalahkan sekilo cilipadi?
RESIPI:
BAHAN-BAHAN:
- 1 cawan tepung pulut
- setengah cawan air
- 1 sudu teh garam
CARA MEMBUAT Tteokbokki :
- Uli tepung pulut bersama air;
- Jadikan ianya berbentuk silinder (comel-comel je tau);
- Potong dalam panjang jari kelinking (atau ikut suka hati);
- Rebus sehingga tteok timbul. Angkat dan biarkan sejuk.
BAHAN KUAH:
- 2 ulas bawang putih (dicincang halus);
- 1 sudu teh garam;
- 1 camca gula;
- setengah kiub pati ikan bilis;
- 2 sudu serbuk cili (di campur bersama air) pastikan jangan terlalu cair;
- Ayam/daging/fishcake/fishball/telur/sosej (ikut citarasa anda);
- Sayur kucai/sawi/carrot/kobis (ikut citarasa anda).
CARA MEMASAK:
- Tumis bawang putih
- Goreng ayam sehingga naik bau (apa- apa bahan yang disukai)
- masukkan serbuk cili
- tambahkan air, masukkan pati ikan bilis
- masukkan tteok tadi dan sayur.
- Biarkan sehingga kuah pekat sehingga yang disukai .
- Siap! tuang dalam mangkuk dan boleh dimakan.
Ramenpedas.com Sumber: blackbeggies / google
2. Kaki ayam (닭발)
Kaki ayam adalah makanan yang popular di antara banyak negara Asia, dan begitu pula dengan di Korea. Yang membezakan adalah orang Korea membuatnya, kerana kaki ayam cenderung menjadi salah satu masakan paling lazat di sana. Di Korea ia dimasak dengan sangat pedas dan dikatakan memerlukan untuk merasanya. Ada banyak lokasi di seluruh Korea, tapi salah satu lokasi yang popular dikatakan di Stesen Sinnonhyeon.
RESIPI
BAHAN-BAHAN:
- 500gm isi kaki ayam
- Sedikit lada hitam biji
- 60ml air kelapa muda
CARA MEMASAK:
Rebus isi kaki ayam bersama lada hitam dan air kelapa lebih kurang 5 minit. Kemudian tos dan ketepikan.
BAHAN SOS
(A)
- Sedikit minyak bijan
- 1 sudu besar bawang putih cincang
- 1 sudu besar jus halia
- 1.5 sudu besar madu
- 1 sudu besar sos plum
- 3 sudu besar kicap cair
- 3 sudu besar serbuk cili
- 2 sudu besar red pepper paste
- Sedikit lada sulah
(B)
- Segenggam daun bawang
- Sedikit cili padi cincang
- 2 sudu besar air
CARA MEMASAK:
- Masukkan sedikit minyak bijan dalam pan dan tumis bawang putih berserta jus halia, madu, sos plum, kicap cair, serbuk cili, red pepper paste dan lada sulah.
- Kemudian masukkan isi kaki ayam.
- Di pan yang lain, tumis daun bawang dan cili padi.
- Letak air dan masukkan isi kaki ayam yang telah diperasakan tadi. Siap!
RED PEPPER PASTE
- 1 sudu besar taucu (hancurkan), 2 sudu besar serbuk cili, 3 paket chili flakes Dominos (atau kisar je cili kering tanpa air), gula . Campur semua, ketepikan.
RED PEPPER PASTE ni sama dengan gochujang la. Kalau korang takde, bolehlah guna alternatif secara manual tu. Rasa dia lebih kurang je. Selamat mencuba!
Sumber :Babab.net
3. Jjamppong (짬뽕
Jjamppong adalah masakan campuran Korea-Cina, dan ini memiliki rasa cukup pedas di restoran biasa yang ditemukan di Korea. Mee bercampur makanan laut dengan kuah berwarna merah terang yang memberi banyak peringatan tentang kepedasannya. Di Korea Restoran terdapat sebuah restoran di Seoul yang pernah mendapat liputan stesen TV (Infinity Challenge alias 무한 도전, Sponge 2.0, dll.) untuk jjamppongnya yang sangat pedas.
4. Jokbal Pedas atau Trotter (매운 족발)
Jokbal (족발) adalah makanan yang popular bagi orang-orang yang ingin memesan makanan waktu malam. Di Korea ia menjadi pelengkap untuk acara minum-minum. Di Korea jokbal di Gongdeok. Jokbalpedas tidak begitu lazim, jadi Changsin-dong Spicy Jokbal (창신동 매운 족발) adalah salah menu khas Seoull di Dongdaemun. Restoran terkenal ini juga telah mendapat banyak liputan acara TV dan ia dikatan khas untuk orang-orang pecinta kulinari yang berjiwa petualang. Untuk mengimbangi tingkat kepedasan, pesanlah nasi.
5. Donkasseu (alias Donkatsu) & Curry (돈까쓰 & 카레)
Masyarakat Korea telah mengambil sendiri donkatsu dari hidangan Jepun . DonkatsuKorea memiliki tekstur yang kurang peat biasanya sedikit l manis. Ini adalah makanan yang popular untuk dinikmati di restoran gimbap kerana harganya cukup murah, cepat untuk dibuat dan rasanya sangat sangat lazat. Tapi donkkasseu(ejaan bahasa Korea) tidak dikenal sebagai makanan pedas. Itulah mengapa banyak yang terkejut terkejut menemukan Onnuri-e Donkatteu (온누리 에 돈까쓰) di acara terkenal Korea Sponge 2.0. Pengunjung tidak harus mencicipi donkkasseu pedas super, mereka juga memiliki menu regular. Tapi jika ingin mendapatkan rasa yang pedas (dengan saiz hidangan sangat besar) dan menyelesaikan semuanya, gambar anda akan ditampal dinding dan mendapat donkkasseu percuma.
6. Ramyun (라면)
Mi Ramyun merupakan makanan ringan yang orang Korea saat mereka tidak memiliki stok makanan di peti sejuk. Dan meskipun itu adalah makanan ringan sederhana yang seharusnya menjadi makanan cepat disajikan, orang Korea tetap suka rasa pedas. Yang paling popular adalah Shin Ramyun, dan salah satu mi instan terpedas yang boleh dicuba. Jika ke Korea dan mahu mencuba yang lebih pedas, pergilah ke Teumsae Ramyun di Myeongdong. Tempat ini sudah ada selama 30 tahun menyajikan ramyun special dengan kepedasan berbeza.
7. Bibim Naengmyeon (비빔 냉면)
Kebanyakan orang kenal mul naengmyeon (물 냉면) , mi soba ultra lazat dengan rempah sejuk yang super menyegarkan. Tetapi tidak ramai orang yang tahu pedasnya, bibim naengmyeon (비빔 냉면). Minya hampir sama tetapi naimbmyeon bibimbal dicampur dengan sos pedas yang dibuat dari gochujang. Di Korea tempat terkenal adalah di Haeju Naengmyeon (해주 냉면) yang menjualnya dengan ramuan rempah-rempah pedas.
Botok Botok, Resipi Lejen Memang Tiada Tandingan
Botok botok adalah hidangan istimewa terutama masyarakat di Batu Pahat, Johor. Hidangan sangat mudah disediakan cuma mencari pucuk ulam ulaman kampung agak mencabar. Namun, terpulang kepada selera masing masing untuk menambah seberapa banyak jenis ulam.
Botok botok menjadi kegilaan bagi yang sukakan ulam ulaman dan sayur. Selain itu, botok botok yang baru keluar dari kukusan dan dihidangkan panas panas mengeluarkan aroma herba yang amat menggoda selera. Hanya yang pernah merasai keenakkan botok botok akan tahu betapa nikmatnya hidangan ini.
Botok Botok Johor
- Ikan Kembung / Tenggiri
gaulkan ikan yang telah dibersihkan dengan serbuk kunyit dan sedikit garam halus - 10 sudu besar rempah kari ikan
- 2 sudu besar rempah soto (jika suka)
- 1 sudu kecil serbuk cili
- sedikit kerisik (jika suka)
- sedikit air asam
- air suam
- sedikit garam
gaulkan sehingga menjadi pes, jangan terlalu cair.
Ulam ulaman
- Pucuk ubi
- Pucuk puding kuning
- Pucuk puding mangkuk
- Daun selasih
- Daun kunyit (racik halus)
- Pucuk tenggek burung
- Pucuk belinjau
- Pucuk betik (muda)
- Daun pegaga
- Daun pucuk bebuas / buas buas (susah dapat)
- Pucuk gajus
- Pucuk sekentut
- Pucuk ulam raja
- Daun Pisang untuk membungkus (layurkan atas api sehingga lembut dan tidak pecah ketika membungkus)
Cara memasak:
1.Selang selikan daun ulam atas daun pisang.
2.Letakkan 2 sudu pes rempah atas ulaman.
3.Letakkan ikan, taburkan daun kunyit yang telah diracik.
4.Tambah sesudu pes rempah di atas daun kunyit.
5.Tutupkan dengan daun ulam ulaman.
6.Bungkus kemas.
7.Kukus dengan api yang sederhana selama 30-45 minit.
8.Botok botok akan mengeluarkan air rempah setelah masak, hati-hati ketika mengangkat keluar dari pengukus.
9.Hidangkan panas bersama nasi.
Resipi : Pakcik Salleharon Ahmad
Ada yang nak menukar periuk nasi? Boleh beli online DI SINI