Sedapnya Biskut Cornflakes Cheese Ni.

Share

Kalau anda masih tercari-cari apa kuih raya nak buat, masukkan resipi biskut ini dalam list biskut yang akan dibuat menjelang raya nanti. Ianya senang dan tak perlu acuan, bulat-bulatkan atau sudukan je doh ke dalam dulang pembakar.

Biskut Cornflakes Cheese
BAHAN-BAHAN:
250gn cornflakes| ramas-ramas
400gm tepung gandum
400gm tepung segera kek atau cookies
50gm tepung jagung
150gmgula halus
2 biji kuning telur
100gm keju cheddar | parut
2 sudu makan keju parmesan
1/2 sudu teh esen vanilla
1 sudu makan susu tepung

CARA MEMBUAT:

  1. Campurkan tepung kek, gula halus, telur dan esen vanilla.
  2. Aduk rata dengan sendok kayu.
  3. Masukkan tepung gandum dan tepung jagung. Gaul rata.
  4. Tambahkan cornflakes,serbuk keju parmesan bubuk dan parutan keju cheddar.
  5. Aduk hingga sebati.
  6. Ambil 1 sudu teh (15gm doh), letakkan atas loyang dan tekan dengan garpu atau bentuk ikut cita rasa.
  7. Hias atasnya dengan cornflakes yang dihancurkan sedikit. Tekan- tekan supaya cornflakes melekat pada doh.
  8. Bakar pada suhu 140C sehingga kekuningan.
  9. Keluarkan dan sejukkan sebelum simpan dalam bekas kedap udara.

by @fridajoincoffee

Published by
webadmin