Biskut cornflakes antara biskut raya yang mendapat tempat di hati semua. Selain Cornflakes Madu, Cornflakes Coklat ini juga mudah untuk menghasilkannya. Cuma guna tiga bahan.
Jika dihidangkan, inilah biskut raya yang selalu ‘licin’ dahulu. Kanak-kanak pasti menggemarinya.
Ikuti perkongsian resipi biskut Cornflakes Coklat ini daripada Norhayati Ahmad. Sangat mudah dan sedap.
BAHAN-BAHAN:
500g coklat masakan – Boleh beli online di sini
500g cornflakes – Boleh beli online di sini
1 botol besar mentega kacang kasar Lady’s Choice – Boleh beli online di sini
CARA MEMASAK:
Masukkan coklat masakan dan mentega kacang ke dalam kuali. Kacau dengan api yang perlahan. Sentiasa kacau bagi mengelakkannya daripada hangit.
Apabila bahan sudah sebati dan ada gelembung-gelembung keluar, baru masukkan cornflakes dan kacau rata.
Setelah itu, masukkan ke dalam cup comel.
Setelah siap semuanya, bolehlah disimpan di dalam bekas kedap udara.
NOTA:
Tidak perlu simpan di dalam peti sejuk. Coklat akan kering dengan sendiri.
Biasanya saya gunakan coklat Beryl’s, tapi sebabb nak buat 1 adunan saja, saya guna coklat seperti di atas. Tetap rasa sedap.
Kalau nak tabur kekacang atau manik warna-warni pun boleh. Ikut kreativiti masing-masing. Tapi saya suka yang ori begini.
Selamat mencuba.
Kredit: Norhayati Ahmad
[ Sertai Telegram Geng Rasa Share Resipi ]
Dapatkan lebih banyak resipi di laman web RASA:
Tonton lebih banyak video masakan mudah & sedap di Dailymotion @Rasa & Youtube @Majalah Rasa Official