Biskut paling simple dan sedap,anak-anak pun suka. Ada yang panggil biskut cornflakes nestum atau biskut diet,sebab kalau lapar makan biskut ini jadi kenyang.
Bahan-bahan
300gm cornflake (beli dekat bakery je,kalau nak guna yang kotak pun boleh terpulang)
500gm / 1 paket nestum
6 sudu makan madu
250gm @ 1 cwn majerin cap pelangai(nak guna butter cup ke apa tak kisah)
1/4 cawan gula aising (kalau suka manis boleh tambah,ini sebab mak n abah nak makan manis kena kurangkan..hihi)
Cara membuat:
1.Ramas conflakes sehingga hancur… (mnja2 je)kemudian masukkan nestum.
2.Gaul madu, gula dan majerin sehingga sebati(guna snduk je)
3.Masukkan majerin, madu n gula yang dah sebati ke dalam conflakes dan nestum tadi.
4.Gaul sehingga kelihatan melekat n basah2 sikit.
5.Masukkan ke dalam acuan mini muffin..dan Padatkan dengan cawan
6.Bakar pada suhu 200°c selama 10minit.. Bgntung pada oven masing-masing.(pnaskan oven selama 10 mnit sblm tu ye)
Kredit :nor zahidah kamal
https://www.rasa.my/resipi-kek-buah-kukus-legend/
http://https://www.rasa.my/resipi-biskut-telur-rebus-paling-sedap-mudah-buat-untuk-raya/
Download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
Pedas & Menyengat. Ini Resipi Cencaru Sumbat Paling Sedap.
Anda dan keluarga suka makan hidangan pedas? Jika ya, menu Cencaru Sumbat perkongsian saudari Ratna Sari Zain ni pasti kena dengan selera. Menu mudah dan memang membuka selera. Sesuai sangatlah cuba untuk sajian makan tengahari atau makan malam ni. Jom lihat bahan-bahan yang diperlukan.
IKAN CENCARU SUMBAT BERASAP
BAHAN-BAHAN:
- 4 ekor ikan cencaru – saiz sederhana
- Air belacan
- Air asam jawa
- Garam & serbuk kunyit untuk perapan
- Gula
- Limau kasturi ( tambahan)
BAHAN KISAR:
- 10 biji bawang merah
- 5 ulas bawang putih
- 1 inci halia
- 1 inci lengkuas
- 4 batang serai
- 10 biji cili burung ( cili padi/kampung)
CARA MEMASAK:
1. Siang ikan dan belah belakang.
2. Kemudian lumur garam serta serbuk kunyit. Jumlahnya agak-agak sahaja.
3. Potong kecil bahan-bahan kisar supaya senang lumat.
4. Masukkan sedikit air dan kisar jangan hancur sangat. Pastikan teksturnya kasar sedikit.
5. Ambil sedikit bahan kisar tadi dan sumbat ke dalam perut ikan. Jangan gunakan semua kerana ia akan digunakan untuk buat kuah nanti.
6. Perap ikan selama 3 jam atau lebih. Kemudian goreng hingga garing. Angkat dan toskan.
7. Untuk kuah, panaskan minyak dan masukkan lebihan bahan kisar tadi.
8. Bila dah garing dan naik bau, masukkan air belacan dan air asam jawa secukupnya.
9. Tunggu sekejap sehingga kering. Kemudian barulah dimasukkan garam serta gula. Akhir sekali masukkan ikan yang digoreng tadi.
10. Gaul rata dan siap untuk dinikmati. Perah limau kasturi untuk lebih sedap.
https://www.facebook.com/poh.ratnasari/videos/10209427225709580/?t=0
Kredit resipi & foto: Ratna Sari Zain
Cuba Sendiri! 5 Jenis Resipi Makanan Street Food Paling Popular.
Antara resipi viral yang disukai netizen dan seisi rumah. Menu street food ini paling mudah disediakan dan lazat ketika dinikmati bersama keluarga. Jom cuba 5 jenis resipi viral ni.
RESIPI DAGING BURGER JUICY
BAHAN-BAHAN:
- 500 gm daging cincang tanpa lemak
- 1 cawan serbuk roti|Roti putih biasa dibakar garing dan kemudian dikisar halus.
- 1/2 cawan susu sejat
- 3 biji telur
- 1 sudu besar lada sulah
- 1 sudu besar garam
- 1 sudu besar sos tiram
- 5 ulas bawang putih dikisar
- 1 ulas bawang besar dikisar
- Daun parsley kering
CARA MEMASAK:
- Campurkan semua bahan dan gaul rata. Jika terlalu berair boleh tambah serbuk roti. Jika terlalu kering boleh tambah susu. Agak boleh dibentuk tu cukup lah.
- Lepas dibentuk boleh terus bekukan atau digoreng.
CARA GORENG DAGING BURGER:
- Panaskan sedikit minyak dalam kuali leper atau non stick. Susun daging dan balik kan selepas beberapa minit. Goreng selama 20 ke 30 minit.
- Jika nak cepat masak, angkat kepingan daging burger yang digoreng seketika dalam 5 minit setiap sebelahnya, dan kemudian susun atas tray dan bakar selama 10 ke 15 minit pada suhu 200C atau sehingga masak.
RESIPI SANDWICH TUNA
BAHAN-BAHAN:
- 1 tin tuna mayonis Ayam Brand
- 3 sudu besar mayonis
- 1 sudu besar perahan limau nipis atau lemon
- 2-3 sudu besar sos cili – ikut manis, ada sos terlalu manis, jadi kurangkan
- 1 biji parutan lobak merah (optional) – boleh tambah teksture dan volume selain faktor serat bagus dalam sandwich
- Untuk pedas, boleh tambah 2-3 biji cili padi yang dihiris halus.
- *Gaul semua bahan diatas sehingga sebati dan siap.
BAHAN SOS SANDWICH:
- 3 sudu besar sos cili
- 3 sudu besar mayonis
- *digaul rata dan masukkan dalam piping bag plastik
BAHAN LAIN:
- Daun salad hijau secukupnya, dibersihkan awal dan toskan serta keringkan
- 2 biji tomato (buang biji dan air di tengah) dibelah dua dan dihiris nipis
- Sedikit butter yang lembut untuk sapuan di roti
- 1 bungkus roti putih Gardenia paket besar
CARA BUAT SANDWICH UNTUK JUALAN:
- Sapu 3 keping roti dengan butter yang telah lembut ye. Kalau butter masih keras, nanti sapuan tak lancar. Bila butter keras, korang akan tekan-tekan roti tu dan roti tu jadi nipis dan tak cantik. Guna butter atau merjarin berkualiti ye jangan guna marjerin murahan yang jual timbang. Letak tanggungjawab social kita sebagai peniaga untuk sama-sama menjaga kesihatan pelanggan kita.
- Letak inti tuna dalam sesudu besar dan ratakan. Ramai peniaga hanya letak inti di tengah dan tak ratakan. Memang inti tu nampak penuh selambak tapi bahagian bawah tu kosong je. Sebaiknya ratakan inti sampai ke hujung tapi jangan melimpah.
- Letak roti diatasnya menjadi lapisan roti kedua
- Bahagian atas paipkan sos mayonis yang kita buat tu. Letak tomato 2 keping dan kemudian letak pula daun salad. Paipkan lagi sos mayonis ke atas daun salad untuk lekatkan roti dan sayur. Kemudian letak lagi sekeping roti diatas sekali. Jadilah 3 lapis sandwich.
INFO: Cara Potong Sandwich Dengan Cantik
Guna pisau roti ye yang jenis bergerigi untuk potong. Bila potong, jangan tekan terus pisau ke bawah. Ini akan kemek kan sandwich korang dan nampak nipis. Korang kena tarik pisau depan belakang macam kita gergaji kayu untuk potong sandwich tu barulah rotinya tak penyet dan inti serta sayur tak lari dan elok je terpotong.
RESIPI MURTABAK MEE SEGERA
BAHAN-BAHAN:
- Mee segera tanpa perencah | direbus lembut
BAHAN INTI:
- Rempah kari
- Isi ayam | dicincang halus
- Sayur campur
- Bawang besar | dipotong dadu
- Telur
CARA MEMASAK:
- Lepas tu sediakan inti. Terpulang nak macam mana dan bahan sayur tu nak apa. Macam saya buat ni saya tumis sedikit rempah kari dan masukkan sedikit isi ayam cincang dan sayur campur dan bawang besar dipotong dadu. Masak sehingga kering dan sejukkan. Lepas tu pukul telur sebanyak mana yang diperlukan. Lagi banyak lagi sedap lah kan hehehe.. Masukkan inti tadi ke dalam telur dan gaul rata. Saya tambah lada hitam dan sedikit garam dalam telur tu.
- Masukkan mee segera yang direbus. Saya pakai mee cintan yang dalam packet besar tu. Mee nya flat macam kuey teow. Boleh je pakai mee segera biasa.
- Pakai acuan bulat telur ni. Sebab kuali non stick kat rumah takde yang kecil. Kalau ada kuali kecil tak payah pakai acuan ni pun ok. Siap!
KUAH PENCICAH:
Mula-mula sediakan bawang jeruk ni. Perlu disediakan 2-3 jam lebih awal supaya bawang tu rasa jeruk sikit. Caranya perap bawang, cuka, gula (ikut nak manis macam mana) dan sedikit garam. Masukkan juga sedikit pewarna merah.
KONGSI RESIPI DAN GAMBAR: enyabdullah.com
RESIPI ROTI JOHN
BAHAN-BAHAN:
- Roti john/roti oblong (belah tengah)
- Daging kisar ramly (daging burger pon ok)
- Bawang merah,cili merah, cili api
- 2-3biji telur
- Planta
- Sos cili
- Mayonis
- Thousand island
- Sayuran : timun, kubis
- Sedikit garam
CARA MEMASAK:
- Satukan telur, daging, dan bawang hiris, cili hiris dan juga garam. Ketepikan.
- Sapu roti dgn planta . Ketepikan.
- Sapu kuali dengan sedikit planta, masukkan dging tadi dan biarkan daging tu sampai masak.
- Tekapkan roti tersebut diatas daging tadi. Biarkan sekejap baru diterbalikkan.
- Bila dah masak, baru angkat dan letak sayur dan sos yang ada. Siap dipotong, mudah kan?
Sedapnya! Mesti kenyang dan anak-anak suka kan? Selamat mencuba.
Kongsi resipi: Tengku RosElyza Raja Muhammad
RESIPI APAM BALIK
BAHAN-BAHAN:
Bahan-bahan untuk apam balik:
- 2 cawan tepung gandum
- 1/4 cawan gula
- 1 sudu teh soda bikarbonat
- 1 sudu teh baking powder
- 1 biji telur
- 1 1/2 cawan susu full cream atau susu cair
- 1/2 sudu kecil garam
- sedikit pewarna kuning
- Sedikit minyak, untuk disapu pada kuali
Bahan-bahan untuk di tabur:
- sebuk kacang tanah (goreng tanpa minyak dan kisar kasar)
- 1 tin jagung krim
- gula pasir secukupnya
CARA MEMASAK:
Cara-cara untuk apam balik:
- Ayak tepung bersama baking powder, soda bikarbonat dan garam.
- Pukul telur bersama gula sehingga sebati. Masukkan susu dan pewarna kuning. Teruskan kacau sehingga sebati.
- Masukkan bahan ayak dan kacau sehingga adunan tepung menjadi licin dan tidak berketul.
- Perap selama 1 jam. Panaskan kuali non stick dan ambil tisu atau kain bersih. Lap permukaan kuali dengan minyak cukup sekadar lapisan nipis di permukaan.
- Tuang adunan anggaran satu senduk lebih. Biarkan seketika sehingga gelembung udara naik.
- Tabur sedikit gula, jagung dan kacang tanah. Lipat dan angkat apam balik.
KONGSI RESIPI DAN GAMBAR: Che’ Nom
Cara Buat Pulut Lemak Serunding Yang Sedap & Mudah.
Rasanya hampir sama dengan pulut bakar yang dibalut dengan daun pisang dan inti serunding, tapi kalau anda malas nak bakar dan tak ada daun pisang. Kukus je pulut dan bila sudah masak gaul dengan serunding yang siap disediakan. Untuk resipi penuh boleh rujuk resipi yang dikongsikan ini, buat lebih boleh hulur sedikit kepada jiran sebelah menyebelah.
PULUT LEMAK SERUNDING
BAHAN-BAHAN:
1 cawan beras pulut
1 cawan santan cair
Garam & gula secukup rasa
Daun pandan
BAHAN SERUNDING:
1/2 biji kelapa parut | putih sahaja
2 sudu besar udang kering |kisar kasar
1 ulas bawang putih | tumbuk
1 batang serai | tumbuk
1 ulas bawang merah |tumbuk
1/2 cm halia |tumbuk
1 sudu teh serbuk kunyit
2 sudu besar pes cili kering
2 sudu besar gula | boleh tambah jika kurang
Sedikit garam
CARA MEMASAK:
1. Untuk menyediakan pulut. Cuci beras pulut hingga bersih, kemudian rendam sekejap (lenih kurang 10-15 minit) kemudian tos.
2. Satukan santan, garam, gula ke dalam periuk kacau sehingga garam dan gula hancur.
3. Kemudian masukkan beras dalam periuk bersama daun pandan dan santan tadi. Masak menggunakan periuk elektrik.
4, Bila mendidih, kacau dan tutup semula biarkan pulut masak.
5. Untuk menyediakan Serunding Kelapa. Masukkan kelapa dalam mangkuk bersama bahan kisar, serbuk kunyit, udang kering pes cili, garam dan gula.
6. Gaul rata, jika kurang gula dan garam boleh tambah lagi.
7. Panaskan kuali, goreng sangai serunding hingga sedikit garing.
8. Tutup api bila sudah masak dan cukup rasa.
9. Bentukkan pulut guna acuan atau bulat-bulatkan kemudian gaulkan dengan serunding.
10. Pulut serunding sedia dihidangkan.
INFO : Selain masak pulut menggunakan periuk, pulut juga boleh dikukus, cara seperti kukus pulut kuning.