Menjelang nak hari raya ni, dah bolehlah buat biskut raya pilihan. Bolehlah buat biskut yang senang dan sedap,biskut Florentine. Resipi ni boleh dapat dalam 220 keping yang tebal-tebal sikit dari mereka yang buat jualan. Memang berbaloi la buat sendiri.
Bahan-bahan: 500 gram golden florentina 250 gram flake almond 250 gram green pumpkin seed 250 gram sun flower seed 100 gram black sesame seed
Cara membuat: 1. Goreng kekacang atas dapur / bakar dahulu kekacang selama 5 minit (tapi step ni saya tak buat).
Ads
2. Campur semua bahan dalam bekas dan kacau sekata.
3. Masukkan dalam cup muffin. Sayu buat tebal-tebal sikit sebab nak makan sendiri (cup ni boleh guna berulang kali)
Ads
4. Bakar 130° selama 15 minit sehingga keperangan (tengok atas oven masing-masing. Saya bakar lebih 30 minit. Bila dah keperangan, angkat. Suhu tu nak guna lebih pun ikut la sebab masuk round ke-3 saya ejas naik sikit) 5. Tekan sikit kat bawah cup bagi dia tercabut keluar.
Varuval tu maksudnya garing..haa terjadilah ayam masak garing yang sungguh lazat ini. Masakan India ini antara sajian popular di kalangan masyarakat India. Orang Melayu pun gerenti suka lah.
Ni Deepavali dah makin dekat, jom kita cuba resipi ni, boleh beri kejutan pada rakan India korang.Jom ikut langkah memasaknya seperti yang dikongsikan oleh Kalaivani a/p Krishnasamy ini.
AYAM VARUVAL
BAHAN PERAP:
1/2 ekor Ayam
Halia
Bawang putih
Serbuk kunyit
Serbuk kari
Garam
CARA MEMASAK:
1. Perap ayam dengan semua bahan perapan
2. Perap ayam dalam satu jam. Kemudian boleh goreng macam biasa dalam minyak yang banyak (deep fry)
BAHAN VARUVAL:
4 sudu besar jintan manis
15 ulas bawang putih
Daun kari
Cili kering
3 biji bawang besar
Halia-ditumbuk halus
1 biji tomato
3 sudu besar serbuk cili/ cili kering kisar
CARA MEMASAK:
Goreng jintan manis dalam minyak. Ketepikan.
2 Goreng cili kering, bawang putih dan daun kari. Ketepikan juga. Bahan-bahan ini nak letak banyak pun boleh sebab tidak akan pedas dan tidak akan ade bau bawang putih. Lagi tambah lagi sedap.
3. Panaskan sedikit minyak, tumis bawang besar, halia, bawang putih dan tomato. Tumis sampai bawang tukar warna.
4. Sudah bertukar wana boleh masukkan serbuk cili kering atau cili kering kisar. Tambah ikut selera masing-masing sebab varuval tidak boleh pedas sangat sebab nanti tidak sedap. Masak atas minyak jangan letak air sebab air dari bawang itu pun dah cukup. Kalau mahu lebih sedap tambah lagi bawang.
5. Perasakan dengan garam dan gula. Tunggu sampai garing dan pecah minyak sebab varuval kena garing dan rasa manis sedikit
6. Kemudian masukkan bahan-bahan yang sudah digoreng tadi jintan manis, cili kering, bawang putih dan daun kari. Gaul hingga sebati.
7. Selepas itu masukkan ayam yang digoreng tadi. Gaul sebati dan rasakkan lagi jika perlu tambah bahan perasa.
8. Sudah siap boleh tutup api. Boleh taburkan daun pudina atau daun ketumbar.
Kalau buat tauhuhomemade ni nmemang seronok. Jika dibeli, sekeping tauhu anggaran harganya ialah 50sen sekeping. Jika anda hasilkan sendiri di rumah, dengan kos yang sedikit, anda boleh hasilkan banyak tauhu. Boleh kongsi dengan jiran tetangga ataupun dijadikan sumber pendapatan sampingan. Berminat nak buat? Jom lihat cara-cara pembuatan tauhu perkongsian dari saudari Mimi Ly.
CARA BUAT TAUHU HOMEMADE
BAHAN-BAHAN:
1kg kacang soya – direndam semalaman
10 sudu besar cuka makan – cuka boleh diganti dengan GDL. Fungsinya sama iaitu untuk membekukan soya
2 helai kain bersih – boleh guna kain lampin baru atau kain lain yang bersesuaian
2 buah bekas penapis – sama besar
CARA MEMASAK:
Kisar kacang soya dengan air dengan nisbah 1 cawan kacang soya bersamaan 2 cawan air biasa. Kisar sekali sahaja.
2. Tuang soya yang dikisar ke dalam bekas yang telah dialas menggunakan kain. Perah air soya. Lakukan hingga habis. Hampas soya perlu dibuang.
3. Masukkan air tapisan soya ke dalam periuk besar. Kacau sentiasa hingga keluar bau soya dan berasap-asap. Semasa proses ini, teruskan kacau kerana tak nak bagi soya pecah. Setelah 5 minit, baru padamkan api. Tunggu 5 minit lagi supaya suam sedikit.
4. Tapis soya sekali lagi. Ia bertujuan untuk membuang sisa hampas yang ada serta menjadikan tauhu cantik dan lembut.
5. Masukkan air soya ke dalam bekas bersesuaian. Biarkan 5 minit dan masukkan cuka makan. Kacau seketika dan biarkan soya menjadi ketulan-ketulan. Anggaran masa dalam 15-20 minit.
6. Selain cuka, boleh juga menggunakan GDL ( serbuk tao fa). Ia boleh dibeli di kedai bakeri. Nisbahnya ialah 30gm GDL dilarutkan dengan 60gm air suam. Kemudian campurkan ke dalam air soya tadi. Tunggu sehingga berketul sama seperti proses menggunakan cuka tadi.
Sediakan bekas tapis. Alas kain lampin. Di bawah tapis beralas diletakkan satu lagi bekas supaya air lebihan tauhu mudah menitis ke bawah.
7. Tuang bancuhan soya berketul tadi dengan berhati-hati. Tutup kain dengan elok.
8. Letakkan satu lagi tapis dan juga pemberat. Biar sehingga tauhu sejuk dan bila dibuka, tauhu tidak melekat pada kain.
9. Potong tauhu, simpan dalam bekas berair dan letak dalam peti sejuk.
Nota:
Jika guna kain lampin, pilih kain lampin yang belum digunakan lagi (baru).
Untuk agen pembeku, pilih salah satu sahaja sama ada mahu guna cuka atau GDL. Jangan guna kedua-duanya sekaligus.
Untuk tauhu lebih tahan lama, masukkan 2 sudu makan cuka ke dalam air rendaman tauhu.
Tengah usha BLENDER baru ke tu? Meh pilih dekat SINI. RASA senaraikan pilihan blender terbaik buat anda. Ada banyak pilihan & pastinya pada harga mampu milik.
Jom cuba resipi guna TAUHU di bawah ni. Macam-macam boleh masak. Memang mudah, sedap & gerenti jadi.
Salah satu menu yang sangat sesuai dihidangkan di majlis rumah terbuka. Laksam tidak memerlukan cara memasak yang rumit menjadikan ia sentiasa menjadi pilihan ramai. Rasanya pun sedap. Jom cuba!
RESIPI LAKSAM
BAHAN-BAHAN:
500gm (1 paket) tepung beras cap bunga teratai
500gm tepung gandum
2.3 liter air suam hangat
1/2 sudu makan garam halus
CARA MEMASAK:
1. Campurkan semua bahan dan kacau sebati. Kemudian tapis bagi mengelakkan adunan berketul.
2. Guna tudung periuk atau loyang untuk mengukus laksam. Paling mudah guna penutup periuk. Sapu sedikit minyak di permukaan penutup periuk sebelum dituang adunan laksam tadi. Minyak perlu sapu pada kali pertama sahaja. Selepas laksam pertama masak, dah tak perlu sapu lagi untuk laksam kedua dan seterusnya.
3. Tuang adunan laksam ke atas penutup periuk dengan secukupnya. Jangan terlalu tebal.
4. Kukus selama 3-4 minit kemudian angkat. Tanda laksam dah masak ialah bila ia kelihatan sedikit menggelembung.
5. Sejukkan laksam seketika kemudian barulah boleh digulung. Jangan gulung ketika masih panas.
6. Ulang langkah sehingga semua adunan habis.
KUAH LAKSAM
BAHAN-BAHAN:
10 ekor ikan sardin/selayang saiz sederhana – bersihkan, rebus dengan asam keping dan sedikit garam
1 sudu makan lada hitam – kisar
2 ulas bawang merah besar
2 ulas bawang putih
1/2 inci halia
500ml santan kara
2 keping asam gelugur
Garam dan bahan perasa secukupnya
CARA MEMASAK:
Asingkan isi ikan sardin rebus, kisar dengan air secukupnya. Masukkan ke dalam periuk.
Kisar juga bawang besar, bawang putih dan halia. Masukkan juga ke dalam periuk bersama isi ikan kisar tadi.
Masukkan lada hitam dan asam keping. Biarkan hingga mendidih. Kacau sekali sekala supaya bahan sekata.
Seterusnya masukkan santan, garam dan perasa dengan secukupnya. Kacau sentiasa supaya santan tak berketul.
Masak hingga kuah laksam mendidih. Siap!
SAMBAL CILI GARAM
BAHAN-BAHAN:
Cili kering secukupnya – dibuang biji
Garam secukup rasa
Sedikit minyak masak
CARA MEMBUAT:
Kisar semua bahan dan masak hingga mendidih. Tujuan supaya air sambal sedikit kering dan tahan lama.
Bila dah siap, boleh dihidangkan bersama laksam, kuah dan ulam-ulaman.
INFO: Sukatan laksam diatas untuk hidangan 10-12 orang. Gandakan jika nak jumlah yang lebih banyak.
Jom cuba resipi meatball homemade sedap menyengat tanpa MSG! Sihat, mudah disediakan dan sesuai untuk hidangan keluarga. Ikuti langkah mudah ini sekarang.