Menjelang nak hari raya ni, dah bolehlah buat biskut raya pilihan. Bolehlah buat biskut yang senang dan sedap,biskut Florentine. Resipi ni boleh dapat dalam 220 keping yang tebal-tebal sikit dari mereka yang buat jualan. Memang berbaloi la buat sendiri.
Bahan-bahan:
500 gram golden florentina
250 gram flake almond
250 gram green pumpkin seed
250 gram sun flower seed
100 gram black sesame seed
Cara membuat:
1. Goreng kekacang atas dapur / bakar dahulu kekacang selama 5 minit (tapi step ni saya tak buat).
2. Campur semua bahan dalam bekas dan kacau sekata.
3. Masukkan dalam cup muffin. Sayu buat tebal-tebal sikit sebab nak makan sendiri (cup ni boleh guna berulang kali)
4. Bakar 130° selama 15 minit sehingga keperangan (tengok atas oven masing-masing. Saya bakar lebih 30 minit. Bila dah keperangan, angkat. Suhu tu nak guna lebih pun ikut la sebab masuk round ke-3 saya ejas naik sikit)
5. Tekan sikit kat bawah cup bagi dia tercabut keluar.
Sumber : Izzati Hamid