
Tak perlu tunggu hari raya baru nak membuat biskut. Biskut paling mudah dibuat, tekap tekap dah siap. Biskut kacang peas ni antara yang disukai ramai. Bolehlah buat banyak untuk kudapan bila berkumpul dengan keluarga nanti.
BISKUT KACANG PEAS
Bahan-bahan:
2 cawan kacang peas yang dah diproses
1 cawan gula halus
1 cawan minyak jagung-BELI ONLINE DI SINI
2 cawan tepung gandum-BELI ONLINE DI SINI
1 sudu teh baking powder-BELI ONLINE DI SINI
1 sudu teh garam halus
1 kuning telur + pewarna kuning untuk sapuan
Cara membuat:
1.Campur semua bahan kering – sebatikan
2.Letak minyak,gaul hingga rata.

3.Ambil secubit dan bulatkan.Sapu dengan kuning telur.

4.Bakar pada suhu 170 selama 15 – 20 minit
Kredit: Amin Salmah Haji Abdullah
Double Choc Chip Kudapan Rangup Untuk Dibawa Pulang Buat Yang Tersayang
Tak tahu nak masak apa? Lubuk resipi RASA kini di SEENI, tak perlu susah lagi.
Download
sekarang!
Popia Nestum Crunchy. Sekali Rasa Gerenti Ulang Kali Makan

Apa kudapan yang sedap dinikmati bila berkumpul nanti? Pastikan yang rangup dan sedap. Paling mudah buat, popia nestum sekali makan susah nak berhenti. Tak susahpun nak membuatnya. Kalau ada lebih bolehlah beri pada yang tersayang.
POPIA NESTUM CRUNCHY
Bahan-Bahan:
- Kulit popia
- Nestum
- Gula kastor
- Horlicks
- Tepung gandum dan air (sedikit) untuk dijadikan gam
Cara membuat:

1.Bahan gam:Tepung gandum dicampur sedikit air. Letak di penjuru popia sebelum gulung.

2.Potong serong untuk dapatkan saiz kulit popia yang cantik.

3.Blend nestum, horlicks dan gula kastor sekali

4.Goreng popia sehingga kekuningan.
Nota: Gambar baru lepas letak popia dalam minyak. Belum kuning. Pastikan masak hingga kuning. Boleh rasa popia dah keras bukan lembik.

5.Tos minyak sekejap sebelum gaul dengan nestum.
6.Sedia untuk disimpan dalam botol dan boleh terus makan.
Kredit: Nur Amirah A Bakar
Kentang Ikan Bilis Berempah Lauk Simple Tapi Tambah Nasi Berkali-Kali
Roti Naan Ala Turkish Bread Lembut Gebu Gebas, Pasti Ramai Yang Suka
Ayam Panggang, Daging Dendeng, Sambal Ikan Masin. 3 Menu Pasti Puas Hati

RASA cadangkan tiga menu ini untuk anda masak sebagai hidangan makan tengah hari atau makan malam. Sedap betul. Rasa lengkap je hidangan tu sebab ada ayam panggang, daging dendeng dan sambal ikan masin.
Makan pulak dengan nasi panas-panas. Ayam panggang tu kalau nak ratah macam tu je pun boleh. Cubalah. Sedap sesangat ni.
AYAM PANGGANG KENTANG BERKEJU

Bahan-bahan
500 gram isi dada ayam (potong dadu)
2 biji kentang (belah empat)
1/2 biji cili benggala hijau (potong dadu)
1/2 biji cili benggala merah (potong dadu)
1 biji bawang Holland (potong dadu besar)
2 tangkai daun rosmary segar
1 sudu teh serbuk thyme
1 sudu teh empingan cili
1 sudu teh serbuk lada hitam
4 sudu makan minyak zaitun
2 sudu makan yogurt
½ cawan parutan keju
3 sudu minyak zaitun
1/2 biji lemon (jus sahaja)
Garam secukup rasa
Cara memasak
1. Campurkan ayam, kentang, cili benggala merah dan hijau, bawang Holland, daun rosemary, serbuk thyme, serbuk lada hitam, empingan cili, jus lemon, yogurt dan minyak zaitun. Gaul rata.
2. Perap lebih kurang 15 minit di dalam peti sejuk.
3. Sementara itu panaskan ketuhar dengan kepanasan 180C.
4. Keluarkan ayam dan letakkan di atas aluminium foil dan taburkan parutan keju di atasnya.
5. Balut bahan perapan dan kemaskan balutan.
6. Akhir sekali bakar dalam ketuhar lebih kurang 15 minit.
7. Keluarkan dari ketuhar dan sedia dihidangkan panas-panas.
DENDENG DAGING BERLADO

Bahan-bahan
500 gram daging (rebus dan hiris nipis dan lebar)
10 biji cili merah
8 biji bawang merah
4 ulas bawang putih
1 biji tomato (potong dadu)
1 batang serai (ketuk)
2 cm halia
Minyak masak secukupnya
Garam dan gula secukupnya
Sedikit air rebusan daging
Cara memasak
1. Tumbuk kasar bawang merah, bawang putih dan cili merah. Ketepikan.
2. Panaskan minyak di dalam kuali dan goreng daging yang telah direbus terlebih dahulu hingga garing. Angkat dan ketepikan.
3. Tinggalkan sedikit minyak di dalam kuali dan tumis bahan yang telah ditumbuk kasar tadi hingga terbit harum.
4. Setelah itu masukkan daging yang telah digoreng tadi. Tambahkan serai dan hirisan halia. Perasakan dengan garam, dan gula secukup rasa.
5. Jika suka, tambahkan sedikit air rebusan daging agar tidak kering. Masak hingga semua rempah meresap ke dalam daging.
6. Angkat dan sedia dimakan dengan nasi panas.
IKAN MASIN JENAHAK SAMBAL PETAI

Bahan-bahan
100 gram isi ikan masin jenahak (dipotong dadu)
100 gram isi petai
1 biji bawang besar (dihiris)
3 ulas bawang merah (dikisar kasar)
2 ulas bawang putih (dikisar kasar)
3 sudu makan pes cili kering
1 sudu makan air asam jawa
1 sudu makan sos cili
Garam dan gula secukup rasa
Minyak masak untuk menggoreng dan menumis
Cara memasak
1. Cuci ikan masin dan petai kemudian toskan berasingan.
2. Panaskan minyak goreng ikan masin dan petai secara berasingan dan ketepikan.
3. Keluarkan minyak tinggalkan sedikit untuk menumis.
4. Tumiskan bawang merah dan putih kisar hingga wangi kemudian masukkan pes cili.
5. Masukkan air asam jawa, garam dan gula secukup rasa dan pecah minyak.
6. Masukkan ikan masin dan petai kemudian gaul rata.
7. Tutup api dan hidangkan.
Selamat memasak!
Asam Pedas Kuah Berempah Ikan Tenggiri, Makan Kuah Banjir Memang Layan. Nasi Confirm Bertambah!

Asam pedas kuah berempah ikan tenggiri, makan dengan nasi letak kuah sampai banjir memang Layan. kalau makan macam ni nasi confirm bertambah.
Guna ikan tenggiri memang sedap, tapi kalau nak guna ikan lain pun sedap je. Ikan parang, kembung, jenahak dan pari antara yang sering menjadi pilihan untuk dijadikan asam pedas.
Kuah yang tidak terlalu cair dan tidal terlalu pekat tapi kuat dengan rasa berempah yang menyelerakan. Rasa ikan tenggiri dinaikkan lagi dengan aroma daun liamu purut dan kesom.
ASAM PEDAS BEREMPAH IKAN TENGGIRI

BAHAN-BAHAN:
- 2 biji bawang merah*
- 3 ulas bawang putih*
- Halia*-sebesar ibu jari
- Belacan*
- 1 sudu teh ketumbar*
- 1 sudu teh jintan manis*
- 1 sudu teh jintan putih*
- 1 sudu teh lada hitam*
- Belacan*
Bahan bertanda * dikisar hingga lumat.
- Cili giling
- 2 batang serai-dititik
- Asam jawa
- Serbuk kunyit
- 1/2 sudu teh halba
- Daun kesom
- Daun limau purut
- 1 ekor ikan tenggiri (boleh tukar dengan ikan kesukaan anda)
- Bendi

CARA MEMASAK:
1. Panaskan sedikit minyak. Tumis sebentar halba.

2. Masukkan bahan kisar, cili giling, serai dititik & serbuk kunyit.

3. Tumis sehingga pecah minyak.

4. Bila bahan tumis dah pecah minyak. Masukkan air asam jawa dan sedikit air. Terpulang ikut banyak mana air.

5. Renihkan seketika dan masukkan sayur bendi.

6. Kemudian masukkan pula daun kesom & daun limau purut

7.Bila bendi sudah separuh masak masukkan ikan, garam & serbuk perasa. Renehkan sehingga ikan masak.

KREDIT RESIPI & GAMBAR: Rosni Musa
[Sertai Telegram Geng Rasa Share Resipi]
Dapatkan lebih banyak resipi yang mudah, sedap & cepat masak di laman web RASA:
Resipi Udang Berempah Sedap, Masak Sendiri Barulah Puas Makan

