Biskut Keju Mudah & Sedap Dengan Rasa Keju Cheddar

Share

Ni ramuan biskut keju atau cheese yang ada ramuan keju dalam adunan sekali. Bukan sekadar letak hiasan aje.

Rangup dan senang mencair dalam mulut, ni biskut keju @ cheese cookies yang mudah dibuat. Kaya dengan rasa keju, ramuan keju jangan kedekut masa masuk dalam adunannya. Jom masukkan resepi ni dalam koleksi buku biskut nanti.

BISKUT CHEESE

BAHAN-BAHAN :
250gm Mentega
180gm Gula Aising
2 biji Kuning Telur
250gm Tepung Ubi – sanggar 10 min
225gm Tepung Jagung
1/2 st baking powder
70gm Parutan Keju Cheddar- utk letak dlm adunan


kuning telur dan sedikit parutan keju – utk hiasan

CARA MEMASAK :

1. Pukul Mentega & Gula sehingga sebati.

2. Masukkan kuning telur & pukul sehingga sebati.

3. Masukkan bahan2 kering.

4. Canai & terap.Sapukan sedikit kuning telur di permukaan biskut dan taburkan sedikit parutan keju atas setiap biskut.

5.Bakar 160C 15 -20 minit.

 VIA :FB Resepi Masakan Terkini

ANDA MUNGKIN JUGA SUKA RESIPI INI :

ANDA MESTI SUKA RESIPI INI :

Published by
Faridah Talib