Biskut kelapa ini adalah antara kuih raya atau biskut legend. Bila lihat dan makan, terimbau zaman kanak-kanak. Yang pasti, biskut ini tetap ada peminatnya.
Masih dalam bulan Syawal tapi biskut raya dah habis. Mungkin boleh buat biskut ini untuk dijadikan hidangan tetamu yang masih berkunjung ke rumah. Atau boleh dijadikan buah tangan bila pergi beraya di rumah rakan atau saudara-mara.
Boleh cuba resipi yang dikongsikan oleh puan Sarimah Kadiron ini ye. Selamat mencuba!
Mentega dan gula dikacau sebati. Masukkan telur dan esen vanilla. Kacau hingga rata. Masukkan kesemua tepung an telah diayak sedikit-sedikit bersama kelapa. Uli sebati.
Setelah itu terap dengan bentuk acuan kesukaan masing-masing. Susun di atas tray pembakar.
Ads
Bakar dengan suhu 160C. Tapi kena ikut oven masing-masing ye. Siap!
Kek gulung bukan hanya rasanya sedap malah cara menggulung kek yang cantik tanpa pecah menjadikan bentuknya tampil menarik. Suhu amat penting bila membuat kek gulung. Jangan gulung kek semasa ia panas atau bila sudah terlalu lama dibiarkan sejuk. Kek gulung boleh tahan lama jika di freezer, 1-2 bulan tetapi jika di fridge biasa dalam semingga sahaja boleh bertahan. Jom lihat cara-cara membuatnya .
BAHAN-BAHAN :
3 biji telur
*Telur gred A akan menghasilkan kek lebih lembut
60 gm tepung gandum (1/2 cawan)
80 gm gula pasir (3/4 cawan)
*gula halus pon boleh asal bukan gula batu
p/s: Sukatan cawan sebaiknya guna cawan yang digunakan sukat untuk buat kek. Dan guna sukatan dari penimbang adalah lebih baik.
CARA MEMASAK:
LANGKAH 1 :
Pukul telur bagi berbuih macam ni dengan whisk. Whisk tangan je dulu pon boleh.
LANGKAH 2 :
Isikan dalam mangkuk lain air panas, pastu buat teknik double boiler. Kacau selalu sehingga suam telur tadi. Dah suam, angkat/alihkan dari air panas tadi dan masukkan gula.
LANGKAH 3 :
Setelah masukkan gula, kacau dengan whisk electric. Pukul hingga gebu.
LANGKAH 4 :
Setelah adunan menjadi gebu, berhenti memukul. Untuk memastikan adunan telah gebu atau belum, uji dengan menggunakan pencungkil gigi. Kalau lidi tegak terpacak, maknanya adunan telah kembang sepenuhnya dan boleh berhenti memutar.
LANGKAH 5 :
Masuk tepung yang dah diayak. Gaul guna spatula.
LANGKAH 6 :
Gaul sampai sebati. Nampak macam licin macam nya haaa. Omputih panggil “ribbon stage” gittchuuu.
LANGKAH 7 :
Tuang adunan kek ke dalam loyang bersaiz 9 inci. Bakar selama 15 minit pada suhu 170C. Pastikan ketuhar telah dipanaskan terlebih dahulu pada suhu yang sama selama 10 minit sebelum dimasukkan kek. Letak loyang di rak tengah, menggunakan api atas bawah.
Dah siap masak, sejukkan. Balut dengan plastik wrap seperti dalam gambar. Tujuan dia bagi kek tak kering. Tunggu hingga kek betul-betul sejuk.
LANGKAH 8 :
Untuk filling, terpulang mengikut citarasa. Boleh letak jem, nutella atau buttercream. Resipi ini menggunakan fresh cream Vivo. Caranya ialah putaer fresh cream hingga gebu. Setelah kek sejuk, bolehlah disapu.
LANGKAH 9 :
Sapu fresh cream hingga rata dan tidak terlalu tebal. Kerana jika terlalu tebal, kek susah untuk digulung. Tabur chocolate rice jika suka.
LANGKAH 10 :
Gulung dengan berhati-hati dan tidak tergopoh gapah. Balut kek dengan kemas dan simpan di dalam peti sejuk selama 2-3 jam sebelum dipotong. InsyaAllah jadi comey macam ni. Tak merekah. Tak pecah.
Kek Tapai Ubi Kayu ni nampak sangat sedap dan gebu.Biasanya Tapai Ubi dimakan begitu sahaja, dinikmati bersama kuah santan atau dimakan bersama cendol. Rasanya yang manis dan sedikit masam memang membuka selera. Di sesetengah tempah, tapai juga ada dimasak seakan pisang goreng. Menerusi perkongsian saudari Izza Howzin, beliau menunjukkan cara-cara membuat kek menggunakan tapai ubi ni. Unik kan? Menurut beliau kek ini memang sedap dan gebu. Puan-puan bolehlah cuba.
1. Ambil tapai ubi dan buang uratnya. Kemudian kisar bersama santan. Ketepikan.
2. Pukul gula, telur dan ovallette hingga kental.
3. Masukkan tepung naik sendiri dan adun hingga sebati.
4. Masukkan kisaran tapai dan santan tadi. Sebatikan.
5. Seterusnya masukkan mentega cair. Pukul seketika.
6. Ambil loyang bersaiz 9 atau 10 inci kemudian oles sedikit mentega. Tuang adunan ke tadi.
7. Tabur parutan keju dengan secukupnya. Boleh juga digantikan dengan parutan coklat.
8. Bakar kek pada suhu 180C selama 45 minit atau sehingga kek masak.
9. Sedia untuk dinikmati.
Biskut Bangkit Kelapa ni memang sedap buat kudapan petang sambil menikmati secawan kopi. Rasa rangup yang mencair di mulut kekal disukai dari zaman dahulu hinggalah ke generasi sekarang.
Jom semak perkongsian resipi dari Shanasz Aisy. Ringkas aje reipinya. Langkah memasak pun mudah sangat. Bila digigit teringat kenangan menikmatinya di kampung halaman, masa kecil kecil dahulu kan
BISKUT BANGKIT KELAPA
.
BAHAN-BAHAN :
2 1/2 Cawan Tepung ubi 1 1/2 Cawan tepung gandum cap ROS 1 biji telurr 1 buku mentega atau boleh ganti marjerin 250gm 1 Cawan gula 1 penutup esen Vanila 2 cawan kelapa parut di sangai tanpa minyak
CARA MEMASAK : 1. Satukan mentega, gula, esen vanila dan telur. 2. Pukul hingga kembang dan sebati, guna senduk kayu pun boleh, masukkan tepung sedikit demi sedikit, perlahan-lahan.
3. Masukkan kelapa, gaul rata uli sampai tak melekat di tangan.
4. Terap, bakar selama 20 minit atau keperangan. Panaskan lebih dahulu oven dengan suhu 160 darjah Celcius.
5. Bila dah sejuk, masukkan dalam bekas kedap udara.
.
Cuba resipi ayam perap mayo sedap dan mudah ini! Diperap dengan madu, mayones dan sos tiram, dijamin lembut, berlemak dan menjilat jari. Klik untuk langkah penuh.