Bila sebut sahaja Biskut Kelapa, pasti terbayangkan kesedapan dan kerangupan air tangan mak-mak kita ketika masih kecil dulu bukan? Tak nafikan Biskut Kelapa ini memang ‘lejen.’ Dulu-dulu Biskut Kelapa ini antara kudapan wajib yang mesti ada di atas meja hidangan. Kini, Biskut Kelapa masih lagi tetap kekal ‘evergreen’ dan diminati pula anak-anak muda. Nah ini resipi membuat Biskut Kelapa yang dikongsikan oleh Emmy Masturah
Terasa hari ni nak makan kek yang zaman mak kita dulu. Cukup rasa dan tidak menjemukan.Cara buat kek orang lama tidak menggunakan banyak bahan pun untuk diadun , namun rasanya amatlah sedap. Buat kek ni yang pentingnya ikut sukatan yang betul pasti menjadi. Dikongsikan resepi kek marjerin yang mudah dan sedap..
Kek marjerin
Bahan-bahan:
*1 1/2 cawan self raising flour(ayak)/gandum+ 1 sudu kecil baking powder -BELI ONLINE DI SINI
*1 cawan gula kastor -BELI ONLINE DI SINI
*1 cawan marjerin-BELI ONLINE DI SINI
*1 penutup esen vanilla -BELI ONLINE DI SINI
*4 biji telur
Cara memasak:
1.Adungula kastor dan marjerin hingga putih berkrim.
2.Masukkan esen vanilla. Kemudian masukkan telur sebiji demi sebiji dalam adunan tadi
3.Masukkan gandum sikit-sikit sampai sebati.
4.Sapu loyang dengan marjerin.Masukkan adunan tadi dan bakar suhu 180 selama 40 minit mengikut oven masing-masing.
Biskut Milo Rangup atau Milo Cookies ni adalah salah satu biskut mudah dan sedap yang anda boleh cuba. Tidak menggunakan banyak bahan serta kaya dengan rasa coklat. Kanak-kanak pasti suka. Bagi yang nak cuba resipi perkongsian saudari Ahriany Ahmad ni, jom lihat bahan-bahannya.
RESIPI BISKUT MILO RANGUP
BAHAN-BAHAN :
250gm mentega
110gm gula perang
1 biji telur gred A
185gm serbuk Milo
2 sudu teh esen vanilla
500gm tepung gandum
CARA MEMASAK:
1. Masukkan mentega, gula perang dan esen vanilla ke dalam bekas. Pukul selama 5 minit.
2. Kemudian masukkan telur dan putar lagi sehingga rata.
3. Masukkan serbuk Milo sedikit demi sedikit dan putar lagi sehingga semuanya rata.
4. Akhir sekali, masukkan tepung dan uli sehingga menjadi doh. Bentukkan buat, susun atas loyang pembakar dan leperkan dengan garpu.
5. Bakar pada suhu 160C selama 20 minit atau sehingga biskut masak. Masa mngkin berbeza ikut ketuhar masing-masing.
Wujudnya rempah ratus bukan hanya berguna untuk melazatkan masakan saja terkandung khasiat yang baik di dalam kulit kayu manis termasuk menurunkan berat badan.
Manfaat kayu manis untuk diet
Manfaat kayu manis yang pertama adalah untuk menurunkan berat badan. Penelitian dari University of Michigan Life Sciences Institute menemui bahawa kulit kayu manis mengandungi zat yang disebut dengan Cinnamaldehyde. Zat ini berguna untuk membantu pembakaran lemak yang berkumpul di dalam tubuh.
Untuk tujuan tersebut, rebuslah kayu manis dan kemudian minum air rebusan tersebut dengan campuran madu.
Manfaat kayu manis untuk wajah
Manfaat kayu manis lainnya adalah berguna untuk kecantikan kulit, khususnya kecantikan wajah. Sebabnya kulit kayu manis memiliki sifat anti biotik dan anti mikroba yang akan melindungi kulit dari ruam, reaksi alergi dan infeksi.
Manfaat kayu manis untuk wajah ini ialah dengan cara mengoleskan minyak esensial jika kulitmu mengalami radang atau kemerahan. Selain itu,campuran serbuk kulit kayu manis dengan madu juga berguna untuk mencegah jerawat atau gangguan kulit lainnya.
Tinggi zat antioksidan
Kulut kayu manis merupakan rempah-rempah yang tinggi akan kandungan zat antioksidan di dalamnya. Zat ini memiliki pelbagai manfaat seperti mengurangkan kerosakan akibat radikal bebas dalam tubuh, memperlambat proses penuaan serta mencegah stres oksidatif, termasuk memiliki kemampuan membatasi pembentukan oksida nitrat dalam darah dan lipid (lemak) yang boleh menimbulkan gangguan otak, penyakit barah, hingga penyakit berbahaya lainnya.
Beberapa jenis antioksidan yang banyak ditemui di dalam kulit kayu manis adalah polifenol, asam fenolik dan flavonoid.
Melawan diabetes
Kulit kayu manis memiliki sifat sihat lainnya iaitu anti diabetes. Zat semulajadi dalam bahan ini akan menghalang enzim tertentu yang disebut alanin yang akan membuat glukosa diserap ke dalam darah. Terlalu banyak proses inilah yang kemudian meningkatkan risiko diabetes.
Meningkatkan pendengaran
Selain itu bagi menjaga kesihatan pendengaran rajinlah minum air rebusan kayu manis. Sebab kayu manis begitu tinggi zat semulajadi untuk menajamkan pendengaran.
Meredakan sakit gigi
Kesakitan akibat sakit gigi amatlah menyiksakan. Anda boleh mengubatinya dengan minum air rebusan kayu manis untuk mengurangkan rasa sakit dan pembengkakkan gusi.
Bahan C:
Sedikit serbuk kulit kayu manis (untuk ditabur)
Cara membuat bahan A :
1. Campurkan semua bahan dan kacau sehingga sebati dan tapis.
2. Cara membuat bahan B : Masak air dan gula sehingga menjadi keperangan
3. Cara membuat puding telur
Bahan B yang masih panas dituangkan ke dalam cawan anggaran satu sudu makan.
4. Selepas selesai tuang bahan B tuangkan pula bahan A tadi dan taburkan sedikit kulit kayu manis.
5. Kukus selama satu jam dan sejukkan di dalam peti ais dan sedia untuk dihidang.
RESIPI: Chef Ard Abd Aziz dan Chef Nurul Akmar Paizan
Kek Epal Buah Pala
BAHAN-BAHAN :
Bahan ‘filling’ inti epal :
5 biji epal | dipotong kiub
1 biji jus oren
1/2 biji jus lemon
4gm serbuk kulit kayu manis
3gm kulit oren | disagat
2 sudu makan mentega
2gm buah pelaga
2gm jintan manis
3gm buah pala | dikisar
2 sudu makan tepung kastad
Bahan untuk ‘crumble’:
300gm tepung gandum
150gm gula
220gm mentega | disejukkan
1/2 sudu teh esen vanila
Bahan doh pes gula :
500gm tepung gandum
250gm mentega
2 biji telur
1 sudu teh esen vanila
Bahan untuk kek span vanila:
125ml air
500gm tepung span vanila
125ml minyak masak
500gm telur
* Kek ini terdiri daripada empat lapisan, di bawah sekali doh pes gula, diikuti span vanilla , inti epal dan crumble.Crumble lapisan paling atas.
CARA MEMASAK :
Cara masak inti epal :
1. Panaskan mentega sehingga cair, masukkan jus oren, gula, buah pelaga, buah pala, jintan manis, kiub epal dan kulit oren.
2. Masak sehingga lembut dan tambah serbuk kayu manis
3. Akhir sekali masukkan tepung kastad yang dibancuh sedikit air. Masak sehingga kuahnya pekat dan biarkan ia sejuk. 4. Letakkan atas span vanila
Cara masak crumble :
1. Ramas mentega menggunakan hujung jari sehingga adunan menjadi sekata.
2. Campurkan gula, esen vanilla, dan gaul hingga sebati.
3. Kepalkan menjadi satu adunan memanjang dan sejukkan. Setelah itu parut adunan dan bakar atas dulang pembakar pada suhu 180 darjah celcius selama 15 minit.
4. Hiaskan di atas kek.
Cara masak doh pes gula :
1. Pukul gula dan mentega hingga sebati.
2. Masukkan telur satu persatu, akhir sekali masukkan tepung gandum sedikit demi sedikit hingga habis.
3. Seterusnya gelekkan doh ikut acuan tin kek bulat
4. Bakar pada suhu 180 celcius selama 20 minit. Ini adalah dasar lapisan kek, paling bawah. Letakkan span vanila di atasnya.
Cara masak span vanila :
1. Masukkan kesemua bahan kek kecuali minyak masak ke dalam mesin pengadun.
2. Putarkan hingga kembang
3. Kemudian masukkan minyak perlahan-lahan sehingga sebati.
4. Bakar pada suhu 180 darjah celcius, atas dan bawah selama 13- 15 minit.
RESIPI : CHEF S.T GANA & SURIANI YUP, Hotel Crystal Crown, PJ, Selangor
APPLE TURNOVER
BAHAN-BAHAN:
1 paket puff pastry | suhu bilik
BAHAN INTI:
4 biji epal hijau | potong dadu
4 cawan air
1. 2 sudu makan jus lemon
2 sudu makan mentega
1/2 cawan gula merah
1 sudu teh serbuk kayu manis
1 sudu teh tepung jagung
1 sudu makan air
1 sudu teh esen vanila
CARA MEMASAK:
1. Panaskan oven pada suhu 200C
2. Potong buah epal dadu halus dan letakkan ke dalam bekas yang berisi air dan dicampurkan jus lemon kemudian ketepikan.
3. Panaskan pan kuali kecil, letakkan mentega dan masukkan gula merah, serbuk kayu manis serta buah epal tadi. Masak dalam dua minit dan masukkan bancuhan 1 sudu teh tepung jagung serta air.
4. Gaulkan rata, setelah likat angkat dan sejukkan.
5. Ambil kulit puff potong empat segi kecil dan letak inti epal. Sapukan sedikit air di tepi dan bentukkan menjadi 3 segi.
6. Aturkan di dulang pembakar dan dalam 2 inci jaraknya, sapukan susu atau telur merah di atasnya.
7. Bakar pada suhu 180C selama 25 minit sampai masak garing..
BAHAN SUGAR GLAZE:BAHAN-BAHAN:
1 cawan gula aising
1 sudu teh susu
1 sudu teh esen vanila
CARA MEMASAK:1. Gaulkan semua bahan ke dalam mangkuk kecil, kacau sampai sekata.
2. Sapukan ke atas puff tunggu sampai kering dan sedia dihidangkan.
Ayam masak kicap memang ada banyak versi, ada yang berkuah dan ada yang kering. Tapi jika juga ayam masak kicap versi pekat dan pedas boleh guna resipi perkongsian Almie Amira