Biskut Kepingan Kurma dan Kekacang, Idea Biskut Daripada Buah Kurma

Share

Ramadan semakin hampir. Pasti banyak buah kurma dijual di sana sini kerana semakin ramai yang ingin mendapatkan manfaat tenaga segara daripada buah yang bertaraf makanan sunah ini.

KEPINGAN KURMA DAN KEKACANG

Bahan-bahan
300 gram kurma dan kekacang (buang biji dan cencang halus)
1 cawan air
50 gram gula kastor
1/2 sudu teh esen vanila
185 gram mentega (dadu kecil)
125 gram gula perang
1 biji telur
175 gram tepung naik sendiri
1/2 sudu teh soda bikabonat
120 rolled oats
1 cawan kacang pistachio (cencang kasar)

Cara memasak
1. Letakkan parchment paper di dalam loyang empat segi berukuran 2½cm x 16cm x 35cm dan minyakkan di sekeliling loyang.
2. Panaskan ketuhar kepada 195 darjah celcius.
3. Masukkan kurma, air, gula dan esen vanila ke dalam periuk kecil dan kacau di atas api serdehana untuk 10 -12 minit atau sehingga kurma menyerap cecair.
4. Sejukkan sebentar di bawah suhu bilik.
5. Putarkan mentega dan gula perang sehingga gebu. Pukul di dalam telur.
6. Gaulkan tepung naik sendiri, soda bikabonat, rolled oats dan kacang pistachio sehingga rata.
7. Campurkan separuh daripada adunan ke dalam loyang, kemudian gunakan bahagian belakang sudu besi dan tekan adunan perlahan sehingga adunan padat dan menjadi sama rata.
8. Taburkan kacang pistachio di atas adunan dan lapiskan pula di atas adunan kacang pistachio dengan campuran kurma dengan berhati-hati.
9. Kemudian taburkan baki kacang pistachio, dan akhiri dengan meletakkan baki adunan diatas campuran kurma dan kacang sehingga ditutupi sepenuhnya.
10. Bakar di dalam ketuhar pada 175 darjah celcius untuk 35 minit. Sejukkan di dalam loyang. Potong empat segi dan hidang panas atau sejuk.

Selamat mencuba!

Published by
Maryam Elyas